Showing posts with label Gardener. Show all posts
Showing posts with label Gardener. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Supermakwannabe as a gardener



Assalamualaikum...

According to Wikipedia, A gardener is someone who practices gardening, either professionally or as a hobby. He or she will take care of the garden and has gardening skills per se.

So, I am a gardener too! I grow my own crops (jangan muntah darah dulu...I do have some tanaman okay) and now adding flowers into the list. Tapi kan....I forgot to ask the supplier apa kah nama pokok bunga ni! All I know, it's easy to take care. Tahan panas, outdoor type of plant. Kadang-kadang boleh la letak baja taik ayam ke kambing ke. Siram tu kalau miss pun tak pe lagi sebab dia memang tahan lasak.

Sepokok RM5 I beli dekat Yah Nursery Seksyen 27 Shah Alam. Sebab lupa tanya nama pokok bunga ni, soon nak kena repeat the trip. Ada modal boleh tambah sejenis pokok bunga lagi...

Who else here suka bercucuk tanam angkat tangan? :p

They say, gardening is a good therapy. It makes us feel renewed. Imagine the beautiful flowers blossoming...dengan warna yang cantik sejuk mata memandang... arrrghh rasa best kan? Jangan ingat shopping je theraphy okay!

Tata..


p/s: I already have belalai gajah, terung, kunyit and limau purut in my kebun...

Friday, September 12, 2014

Air Epal HIjau dan Daun Belalai Gajah


Assalamualaikum..

This post ada special sikit. Supermakwannabe as a gardener, wifey and beauty & health consultant! How so? tamak kuasa tak? hahahha..

Gardener
Ever since we got to know Daun Belalai Gajah (Sabah Snake Grass) ni is a natural remedy for thyroid (mostly untuk cancer cases dan pelbagai penyakit lain), MrBawsman beli anak pokok untuk di tanam sendiri. Who else have to take care the plant if not me?

Dengar kata tak cerewet nak jaga pokok ni. Kalau diletak tempat yang tak terlalu terik matahari daun nya akan jadi lebih gemuk/besar. Nak tanam anak pokok pun senang sebab dari batang pokok yang dipatahkan pun boleh tumbuh jadi anak pokok. Daun dia boleh buat ulam, dikeringkan jadi teh dan blend untuk jus.

Sekarang ni pagi-pagi lepas siram pokok ni...terus petik daun untuk dibuat jus.


Wifey
What's good for the loved ones mesti kita buat kan? Kalau ikut kebanyakkan blog, nak jadi ubat...at least 30 helai daun belalai gajah ni blend dengan sebiji epal hijau. Nak sedap sikit boleh tambah perahan lemon. Lepas blend..don't keep it for more than 5 minutes. Nanti khasiat hilang. Boleh diminum sebelum atau selepas sarapan pagi.

Anything that will make you get better MrBawsman!


Beauty & Health Consultant
Besides hospital medication, I do believe in natural remedies. Sebab rasa banyak makan ubat doktor ni, kot macam-macam side effectnya. So this belalai gajah is said to be a natural remedy for various illness. Boleh check it out dekat other blogs/websites. In fact ada dijual teh uncang dan jus dalam botol which can be consumed straight away.

I guess next time I should try this juice too sebab among the benefits adalah membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan. We supermak needs lots of energy!

Thursday, August 7, 2014

Tanam sendiri terung

Assalamualaikum...

11 syawal dah... orang sibuk update gambar raya...I nak update gambar terung! boleh tak??? Tak kira lah..nak bangga jugak ni. Just right before balik raya seminggu hari tu ..nampak warna ungu terung tu dah keluar sikit... haaiiiii ada la 2 biji! Weeeeee...


At first susah hati... Nanti balik, ada rezeki ke lagi nak tengok dia berbuah sampai besar. Ke layu dan terus mati? Allah itu Maha Besar. Di beri pertolongan melalui kazen ku Petak Hijau. Dia bagi idea untuk letak botol berisi air dekat pokok tu. She's a real gardener weh. Mesti idea ni tested dan boleh pakai!. Oh ya, macam mana pulak pokok tu nak dapat air kalau letak botol macam tu je? Haaaa... kenalah cucuk dulu botol tu bagi ada lubang-lubang kecil untuk air keluar secukupnya.

Bila dah balik seminggu selepas itu.... TADAAAAAA.....


Sikit masa lagi boleh tuai dah. Dulu beli pokok ni RM5 je. Ada dua biji terung juga...tapi tak sempat tuai sebab jadi keras dan kuning... tersalah letak baja 'overdose'. Yang kali ini..besar harapan boleh tuai dan rasa homegrown terung.

Cantik tak warna purple? Haaaa..ni petunjuk untuk warna tema raya tahun ni. Hehehehehe...

Korang suka berkebun ke tak?

Thursday, September 19, 2013

Informasi tentang ulat daun

ulat daun
Ulat daun yang berjaya ditangkap petang tadi sedang berehat di atas daun limau purut saya yang tinggal separuh saja.

Tanam.com ada cadangan bernas untuk penggunaan pesticide buatan sendiri yang organik. Hampir sama ramuan yang telah saya catat pada entri yang lalu dan juga telah saya cuba buat seminggu yang lepas. Masih ada ulat. Mungkin perlu tau juga kekerapan semburan pesticide yang lebih efektif.

Kali ni bukan nak cerita pasal langkah yang diambil untuk menangani ulat daun perosak tanaman saya (rasa lebih formal pulak bahasakan diri saya), tetapi informasi yang saya dapat mengenai ulat ini setelah membuat perbandingan gambar di google. Menarik sekali bila terjumpa entri ini yang memberitahu rupanya ulat itu adalah larva kupu-kupu Asia berekor cabang (swallowtail). Tiba-tiba rasa macam nak cari balik dalam tong sampah yang saya buang daun bersama ulat petang tadi. :-)



Sumber dari kompas.com mengatakan larva ini mempunya teknik penyamaran yang pelbagai untuk menghindari ancaman pemangsa. Larva muda menyamar seperti kotoran burung dan berubah menjadi hijau menjelang fasa akhir sebelum menjadi kepompong. OooOooO..memang persis taik burung la tadi. Sekali tengok dekat2 ada muka. Sah la ulat!

Till then peeps..






Sunday, September 8, 2013

Daun kunyit berlubang apa rawatannya?


According to Wikipedia "A gardener is someone who practices gardening, either professionally or as a hobby. Gardening is considered to be a relaxing activity for many people". I'm practicing gardening as a hobby from now on. Yes indeed it is relaxing activity. I feel good especially during harvesting time and feel bad during time like this, when my crop is decayed.

Orang kita selalu kata tak rugi berbudi pada tanah. Memang tepat sekali uols! You can start planting herbs or crops which you can use for cooking. Tumeric leaves or daun kunyit boleh digunakan sebagai bahan memasak rendang dan masak lemak. Kunyit pula boleh diguna dalam masakan serta dijadikan serbuk kunyit digunakan untuk tujuan menggoreng. Banyak kegunaan tu. Jika berminat untuk membuat serbuk kunyit boleh rujuk di sini.

Berbalik pada daun kunyit I yang berlubang , apa rawatannya? I dah tanya cousin Awin and do some google search. Mungkin perlu buat beberapa perkara seperti di bawah:
1. Pindah ke tempat lebih redup
2. Buang daun yang rosak
3. Siram dengan air basuhan beras/ikan/udang
4. Sembur dengan campuran homemade insecticide (satu sudu liquid dish detergent bersama 1 liter air)

Will come back to this and update. Till then!

Friday, September 6, 2013

Grow my own crop


Yeah, I am a gardener too. Nak mengaku ada kebun kecil, I'd rather not sebab baru ada 3 jenis tanaman yang boleh dituai untuk tujuan masakan.

Presenting to you the first one in our front yard (selalu orang kata back yard..I ada kat depan je). This is Kaffir Lime Leaf..atau Daun Limau Purut ye. I baru google tadi. :p Senang je tanam pokok ni, asal dari daun limau purut yang beli kat kedai dia bagi sekali dengan ranting...pastu my maid kata yang ni boleh tanam jadi pokok. Then we all letak dalam pasu.

Selalu bila nak masak tomyam, asam pedas, paprik ke you will add the leaves into your cooking. Aroma nye sangat membangkitkan selera! Usually sepaket daun boleh dibeli dengan harga RM1 kalau tak salah. So you see, berbudi pada tanah dapat hasil sambil tu boleh saving. Time macam sekarang harga minyak naik semua barang naik ni uols, dapat la jugak save lebih dari 20sen.

Till then!