Tuesday, June 30, 2015

Kuih Semperit sedap resepi dari Che Mat Gebu

Assalamualaikum dan Hi,

Semalam rasmi oven baru beli dekat Lazada.com.my Jenama Butterfly. Tak pernah dengar pun jenama ni sebelum ni. Beberapa jenama lain yang kawan-kawan recommended semua berharga RM300++. Harga dah naik katanya sebab masa mereka beli baru dalam RM200++. Yang Butterfly ni RM128 sahaja 19L, ada baking dan grill tray dengan semua basic function untuk oven. Lepas congak-congak, angkat jugak Butterfly ni. Kalau hanya hangat2 tahi ayam pun, simpan masuk setor tidak lah rasa ralat sangat (ayat memujuk hati).

Selalu kalau resepi, memang senang rujuk Che Mat Gebu di www.tiffinbiru.com. Untuk resepi kuih ni pun I rujuk kat sana juga. Kalau ikut gambar kuih semperit tapi CM panggil biskut dahlia.

BAHAN-BAHANNYA :
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) // I beli SCS salted
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose) //pakai esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

note: since Oven I ni kecik molek je, bila letak dekat 175C tu agak hangit. So I maintain suhu around 160C sahaja. Dalam tray tu ada 30 pcs biskut bersaiz sederhana. Api atas bawah untuk oven tu. Letak dekat 2nd tray level dari bawah.

Untuk first time buat, not bad lah kan..cantik je sebelum masuk oven

Yang ni batch yang ke-3 dah. Baru lah nampak semenggah sikit kalau nak hidang kat orang tak malu. Elok je rupa dia.

Yang ni nak tunjuk jugak. First batch yang agak hangit. Tapi hubby kata cair di dalam mulut, still sedap! Alhamdulillah.

4 comments:

  1. wahhh dah bersemperit, resipi che mat memang wallah...

    ReplyDelete
  2. za...nak sebalang :D.nanti aku datang rumah mesti jamu ini semperit eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehe..kalau ada rezeki kau nanti datang aku jamu okay... bukan senang nak rasa air tangan aku!

      Delete

Tell me what you think