Friday, May 30, 2014

Untuk para ibu yang meninggalkan kerjaya atau bakal meninggalkan kerjaya

Assalamualaikum...

A friend shared this and I happened to read it. I read it...read it few more times. Bergenang air mata. Tetiba emosi. Ya Allah..rasa macam KENAAAAA sangat dengan apa yang diceritakan. The title reads "Taatilah Allah dan Rasul-Mu". Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_04.htm#ixzz33CvzduJr


Antara yang diperkatakan... "WANITA yang sanggup meninggalkan kerjayanya demi keluarga mempunyai pahala yang besar di sisi Allah". Though I know about the reward, still somehow there is a doubt (which I don't feel good about it) in my heart for leaving my career. I was at the highest achievement I could ever get. Yet I chose to be at home and be the housewife. Though the initial motivation was not natural - we had problem with getting maid and etc.

"Ia menarik hati apabila beliau menyatakan bagaimana setiap hari seusai solat Subuh, hatinya bertanya kepada diri: "Apakah aktiviti hari ini yang mahu aku lakukan?"" Masya Allah..it's exactly what in my mind most of the mornings. Walaupun sebenarnya aktiviti tu hampir sama je setiap hari iaitu bertumpu pada memasak, mengemas, menguruskan rumah tangga dan melayani kerenah anak-anak dan suami.

"Ungkapannya juga jelas: "Kadang-kadang muncul rasa bosan menjalani kehidupan seumpama ini. Ia rutin yang serupa setiap hari."" Big time kena! Memang tidak dinafikan wujud perasan bosan dengan rutin harian. I could do a me-time, indulging a pavlova cake, sipping a cup of tea with good companion of girlfriends. Sekarang memang tak sempat! Yes, I'm guilty. I shouldn't feel bored. Isn't this what others are dreaming of? Nak tengok anak-anak membesar di depan mata. Nak sambut kepulangan suami tersayang setiap kali dia pulang dari mencari rezeki. Memang rasa berdosa. Macam orang tak bersyukur pulak. I was having good conversation with my SIL the other day, she's a housewife too. She said she never bored. So impressed! Is she a robot? :p Sorry Hanis... But really you never feel bored? I really need to cleanse my heart. Set my intention right.


Wanita beriman menjadikan surah adz-Dhariyat ayat 56 sebagai objektif kehidupan di dunia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah), Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."

Lalu lembutkan hati dengan menerima dan merasai betapa yang dilakukan adalah semata-mata untuk menyembah dan beribadat kepada-Nya. Kesemua ibadat pasti dihitung pada hari pembalasan nanti. Insya-Allah, hilanglah gundah-gulana di jiwa.
I should check this surah. Semoga boleh jadi amalan doa. Dan Ya Allah, lembutkan lah hatiku supaya dapat menerima dan merasai segala yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk menyembah dan beribadat kepada Mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Bukankah kita percaya dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya? Tugas sebagai isteri, ibu dan apa sahaja urusan yang telah dipertanggungjawab kepada wanita adalah suatu amanah yang wajib dipikul. Stop whining girl! It's amanah.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas semata-mata kerana taat kepada Allah SWT. Malah, kita turuti nasihat dan teladan sebagaimana ajaran Baginda SAW.
Duhai wanita yang dilembutkan hati untuk mentaati suaminya, apakah puan menyesal membuat pilihan bersara atau meletakkan jawatan tinggi kerana mahu menguruskan keluarga? Usahlah begitu. Ia gerak hati dari Allah.
Astaghfirullah. I should stand by my decision with no regret. Benar, it was gerak hati dari Allah. I shall not describe it here. But I knew it was the right intuition.

Pernahkah kita lalui ketika tubuh dan jasad begitu terbeban dengan urusan kerja? Kemudian, bila pulang ke rumah terasa mual dan loya melihat betapa tidak terurusnya rumah tangga. OK, I may not be able to relate to this sebab while I was still working, I had maid to settle house chores for me. But I could imagine the hassle.

Pernahkah kita menangis di dalam hati menanggung tekanan ini sehingga bagaikan mahu berhenti kerja? Malah, kita hilang sabar lalu melepaskan segalanya kepada suami dan anak-anak hingga ada ketikanya terbawa ke pejabat.
Oh Ya Allah. I did this before. I cried because of tak tahan dengan tekanan kerja and that time too I was on Masters journey. Sangat stress sampai mengamuk meroyan dekat kids and husband too. I'm sorry..I'm truly sorry.

Lalu, apabila reda, Allah mengurniakan nikmat kelapangan masa dan rasa bahagia dengan pilihan mereka. Wajah mereka ceria dan dengan berlapang dada, mereka melahirkan kata-kata bahawa tiada perasaan bosan kerana kini, setiap hari mereka dapat melakukan apa yang mahu dilakukan. Insya Allah, I'm looking forward to this. I shall change.

Hidup bersama suami juga sangat terhad masanya. Pejam celik, tiba-tiba mata melihat wajah kacak dan tubuh sasanya menghilang. Rambut, misai dan janggutnya berubah warna. Ha ah lah....rambut dah banyak uban. Bila tanya sebab banyak fikir katanya. Rambut I hitam je, sebab tak payah fikir teruk-teruk. Heeeee....

Duhai wanita... kenangilah apa yang telah dilalui semalam. Hayati apa yang ada pada hari ini. Fikirkan apa yang harus dilakukan untuk bekalan hari esok.

Terkesan dengan artikel ni. Camana, ada yang same boat tak?

Review Dermalogica Daily Microfoliant


Assalamualaikum..

Recent facial dekat Treat & Care Beauty the beautician gave this sample for me to try. I was a bit concerned about my skin yang sangat kering dan suram. Told her that I'm already using Dermalogica Hydrating Booster (read review here) and it seems skin getting better now. So she suggested to also use microfoliant to get rid of the dead skin and that can make my complexion looks more radiant. Katanya!

So tempting nak beli. But it's not in my budget obviously. 75ml for RM250. Of course lah she talked me into buying the item for few times, almost jugak lah nak kata OKAY. Tapi, finally she yang mengalah and ended up gave me sample of 2 packets. Hehehe..I berjaya mengelak! Happy!


This is how it looks like. It's of fine grain that you have to mix with water and make it into foam like sebelum apply it to damp face. As for me, I concentrate more on nose area and the chin.

As the name implies, it can be used daily. However, I don't really trust exfoliants to be used everyday. It's like you pakai kertas pasir kikis satu permukaan hari-hari. Lama-lama nipis kan? Can't imagine our facial skin jadi cam tu.


Bare skin after using the exfoliant. Right sebelum basuh. After washing condition, I must say rasa licin dan mulus je kulit. Especially nose area. I know the white head, black head segala gone by then! I love this product. Using it once a week for now. A packet can last for 3 usage kot. Should I buy this? A friend of mine is suggesting another brand which could be a good substitute too. Hmmm...what exfoliant or scrub you are using?

Wednesday, May 28, 2014

Libresse Flower Personality Test

Assalamualaikum...

As I told before, I don't stick to particular sanitary pad and pantyliners. Instead, I would watch out for one which having good promo. However I do have my own preference on certain specification of the two.

Recently I went to the supermarket and saw these. Nampak tak? Libresse ada promotion. Pantyliners come in cute tin box with various flowery print. Awhhh excited nyaaaa... Next I saw sanitary pad promotion that comes with charm bracelet. Wow! Which one do I need? Which one do I want? Need vs want. Don't be greedy. Hehehehhe...

I chose.....pantyliners in tin box. And I chose tulip flower print.


Sekali......

Bila balik bukak...ada pantyliners dan Flower Personality Test booklet. Let's have a look. 6 questions and the result will tell you which flower suits your personality the most.


Q1.
Which dessert would you choose from this plate of sweet treats?
A. Smooth homemade egg custard, topped with browned sugar
B. Salty caramel and crunchy chocolate cream cookies
C. Rich and moist dark chocolate cake
D. Frozen, ice-cold sorbet of juicy, tropical fruits
E. Fresh glazed strawberries on a crisp, butter wafer

My choice would be E.

Q2.
Which part of this landscape most strongly draws your attention?
A. Lighthouse
B. Sky or trees
C. Window frame or pane, or flowers at the window sill
D. Table or ground
E. pathway

My choice would be A.

Q3.
Which colour on the artist's palette do you like best?

My choice would be B. Red.


Q4.
Which photo most closely represents the feeling of satisfaction for you?

My choice would be D. Wearing the crown.

Q5.
You are cooking scrambled eggs... but you've run out of salt!
Which of these herbs or spices would you add to your frying pan instead?

My choice would be B. Parsley


Q6.
You are at the funfair!
Which exciting attraction would you head to first?
A. Animal and acrobatic show
B. Haunted house of horrors
C. Cotton candy booth
D. Double-flip rollercoaster ride
E. Ferris Wheel

I chose E. Ferris Wheel


AND therefore....
I got 4 roses! Q2, Q3, Q5 and Q6 :-)

I am ....THE ROMANTIC ROSE

You want to know your result? Get your own tin box and booklet. :p

Monday, May 26, 2014

Fresco! at Jaya Grocer

Assalamualaikum..

Have you been to Fresco!? It is part of the new concept of Grocerant (groceries and restaurant) by Jaya Grocer. Sangat convenient. You choose raw meat (those with Fresco! sticker) and pass it over to the counter, choose a side dish then you just pay for the raw meat plus the side dish. Sadly there is no chicken. They have lamb, beef and fish.


There are also other items in the menu such as Pastas,Pizza, Soups, Starter & Salad. Nampak sedap je semua. We tried beef, lamb and cod fish with Aglio Alio spaghetti and mixed vege salad as the side dishes.


At the counter, they will take note how would you like your meat to be cooked. Then pay the amount. After that you will be given the number to be taken to your table so that the waiter will know to deliver the food.



Is it expensive? Well I would say it's worth the money. Maybe should go earlier not nearing 8.45pm. We were told the fish department closing around that time. And some of the side dishes already sold out. By the way, we went to the outlet in Main's Place Subang Jaya. Not so crowded. Just nice setting.

If you like western food should give it a try here.

Sunday, May 25, 2014

Zalora dan RM50 voucher dari DiGi

Assalamualaikum...

First time online shopping dekat Zalora ni. Salamat po kepada adik ipar saya Hanis Hamdan for the RM50 Voucher (she got it from DiGi). Moga sentiasa murah rezeki. Baik hati tau adik ipar i uols. Sayang ketat-ketat.

Being a gen Xer, I don't really 'trust' online shopping. Simply sebab the entire experience. I tak boleh nak pegang/rasa dulu. The seller could be a culprit. Nanti kita bayar sekali kena tipu! Pernah beberapa kali beranikan diri tried to buy dresses sekali pendek, material macam cheap sangat. Then beli seluar sekali basuh je dah tercabut benang and etc.

But, it's not all bad experience. Ada yang betul puas hati membeli.



Let's try out shopping dekat Zalora di www.zalora.com.my. As I still remember very good advantage Zalora ni sebab ada 30 days free return, cash on delivery and Free delivery for RM75 above. Last time ada buat assignment pasal Zalora business model. Read it here.


My target is to look for Muslimah wear. Blouse, pants and tudung ke for less than RM150 in total. So lepas tolak Voucher should be RM100 and I'will be entitled for free delivery. OK, let's see what I've bought.


1. Flora plain casual button top by Ethnic Chic for RM 39.90
2. Ummu Aisya Shiny Plain Wide Shawl by Ethnic Chic for RM19

3. Dania Pants by Ethnic Chic for RM55
4. Alya Hasnaa Casual Denim Top by Ethnic Chic for RM55


Upon check out, okay slightly terlebih RM18. Ok la tu. Not bad at all I got 4 items altogether! Feel really good. How do you spend your RM50 Zalora voucher from DiGi?

Dah selamat sampai parcel abang GDeX yang hantar pagi Sabtu hari tu. Excited betul nak try semuaaa... :-)

Saturday, May 24, 2014

Resepi Macaroni and Cheese


Assalamualaikum..

Minggu ni tekak rasa nak makan Italian food semenjak dah masak spaghetti bolognese kelmarin. Lagipun sayang kalau tak guna habis button mushroom dan parmesan cheese yang masih berbaki. Lepas tu ada banyak lagi chicken fillet dalam fridge sebab dah agak lama tak masak memasak lauk pauk ni. So..kita cuba macaroni and cheese pula!

Browse resepi..rujuk sana...ceduk sini...jadi lah satu resepi yang eh boleh tahan la..macam kedai! Hahahhaha..masuk bakul angkat sendiri lah sekali sekala. Meniup semangat memasak untuk diri sendiri. Usaha itu tangga kejayaan Insya Allah. :-)

Resepi rujuk dari Hairul.Com dan juga Afiqah Azmee. Ada juga yang disable right click ya tak kasi kita copy paste resepi dia. Ehehehhe..I don't mind people copy paste mine. Letak some reference or credit. Ok pe. Dapat pahala kot. Lain orang lain ragam ye tak?

Bahan-bahan
1/2 paket macaroni (i used Kimball brand tak ingat berapa gm)
Cheddar Cheese (2 slices)
1 cawan susu segar (agak-agak if rasa nak banyak gravy add some more)
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
4 biji cendawan butang dihiris nipis
Sedikit chicken fillet (ikut suka nak banyak mana, hiris kecil dan nipis)
Black pepper di tumbuk (tak halus sangat pun ok)
Sedikit garam
Sedikit bawang besar kuning (optional)

Cara-cara membuat macaroni
1. Masak air dan garam sampai menggelegak for about 12 minutes or so.
2. Bila lembut, angkat dan tos
3. Ketika masih panas, letak sesudu butter dan gaul kemudian ketepikan

Cara buat Sos Putih aka Bechamel

1. Olive oil sedikit dan butter masukkan dalam kuali
2. Goreng bawang tadi sehingga layu sedikit
3. Masukkan chicken fillet
4. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati
5. Masukkan susu
6. Masukkan pula keju dan kacau lagi sehingga pekat
7. Masukkan black pepper dan garam
8. Masukkan cendawan
9. Masukkan macaroni dan gaul
10. Boleh tutup api dan hidang.

Selamat mencuba!




Friday, May 23, 2014

Idea potluck untuk jamuan di sekolah anak

Assalamualaikum...

Yang dah jadi parents tu mesti dah biasa bila ada jamuan dekat sekolah kalau jenis 'potluck'. Kalau belum diberi pilihan senarai makanan jenuh juga nak pikir menu apa. Macam sekolah si Adam ni memang dah dapat senarai menu mengikut Tahun masing-masing. Dari senarai pilihan, Adam pilih nak bawak Spaghetti. Resepi Spaghetti boleh refer in here.


"Last seen today at 1:16am". Haaaa..acah mak enon. That was not Whatsapp punya timestamp. That was I punya last seen dekat dapur malam sebelum hari jamuan diadakan!

Stress bila sambil masak tengok resepi (tak hafal2!) ada anak duduk kat tepi dok buat QA/QC. "Mami pastikan sedap. Mami kena rasa beberapa kali. Masam, masin semua." OK.

"Macam mana, dah rasa? OK tak. sedap tak?" "Adam rasa Mami boleh buat, Mami ada bakat memasak kan adik?"

Eh eh... diam la sekejap give me sometimes to concentrate! Selepas 1 jam...'food tasting' la konon. Adam kata......

Dia tak kata apa! Dia tunjuk thumbs up je. Lepas la tu standard dia...Amin!

Esoknya...

Ini lah juga habuan for breakfast....


Dup dap dup dap while waiting for him to finish school sebab nak dengar feedback dia. He is jenis yang kalau food tak abis atau ada yang komen tak sedap ke apa..he will take it to heart. Macam dia yang masak.

Sekali masa amik dia dekat sekolah, dia bukak bekas warmer isi kuah spaghetti tunjuk...LICIN. Alhamdulillah.

Thursday, May 22, 2014

Resepi Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum...

Sekolah Adam ada buat majlis sambutan Hari Guru hari ni. Kebiasaannya murid-murid mengikut tahun diminta sediakan makanan. Kalau tahun lepas masa Tahun 1 Tabah menu seperti nugget, fries, sausages and etc. Tapi tahun ni 2 Amanah kena sediakan makanan bergoreng atau pasta. Adam requested for Spaghetti.

Well Mami here terus google for recipe. Walaupun not the first time masak Spaghetti ni tapi wajib tengok resepi! Antara rujukan yang I honored is "Masam Manis Cook with Love" by kak Azlita. I have tried few of her recipes and so far memang tidak menghampakan.


Jom kita tengok resipinya dulu yang di copy paste from her blog.

Bahan-bahan ( 6 orang )
500 gram spaghetti ~ sepeket
500 gram daging lembu cincang //400gm je sebab I pakai yang Ramly pack baru tu
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning ~ dicincang halus
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 tin sedang tomato puri //pakai sos prego yang besar 650gm
4-5 tomato segar ranum ~ didadu //sebiji tomato besar sahaja
1 batang carrot ~ didadu kecil
2 batang celery ~ didadu kecil //tak letak
1 tin cendawan butang ~ dihiris (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun ~ kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang


NOTA :
Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
Resipi asal juga ada masuk 200 ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam.
Bila air mendidih baru masukkan spaghetti.
Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat.
Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

SOS BOLOGNESE
1.Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau.
2.Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3.Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4.Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5.Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu.
6.Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar.
7.Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah.
8.Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
9.Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

Wangiri Fraud alert: Do not return the call/SMS from odd numbers


Assalamualaikum..

Received this yesterday from my telco service provider, DiGi - Always the Smarter Choice. It's an alert for the recent Wangiri Fraud trend. From Wikipedia, Wangiri is phone fraud originated from Japan. Literally it means "One (ring) and cut". The bait here is actually our curiosity. "Who's calling me from International number?" "Could it be an important call?" We are enticed to call back.

Bahaya okay. Heard it may incur charges sampai beratus ringgit! Apa yang pasti, kalau tak kenal number pelik-pelik yang missed call kita jangan return call. Especially number yang pre-fix macam dalam SMS tu..881, 371 and etc. I asked my fren who works in DiGi she said mostly yang kena number 881. So DiGi is doing their part to send out alert to all customers.

Some useful info for all of us. I got this from Verizon.com

How it works: A fraudster generates a large number of telephone calls, targeting one or multiple parties. Each call terminates after one ring, leaving the calling party number on the recipient’s caller ID display. The called party sees the missed call, and out of curiosity calls the number back. However, the number being called is actually a premium-rate number, and the caller is billed a hefty charge on his phone bill.

How to protect yourself: If you do not recognize the phone number or area/country code in your recent call list or on your display screen, do not call the number back.

Wednesday, May 21, 2014

Magis nya air tangan ibu

Assalamualaikum..

Setuju tak statemen untuk tajuk post kali ni? It's either air tangan ibu is really magical or kids yang sedang membesar memang kuat makan. Lapaaaarr memanjang. Especially di malam hari.

This was last night punya cerita. Ya ampun. Kali ketiga dah si Idrees ni makan nasi sejak balik sekolah petang tadi. Kalau si Adam kurang sikit makan nasi walaupun ada favorite dia kuah masak lemak. But Idrees memang apa-apa pun nak nasi jugak. Nasi ayam tiap-tiap hari pun tak pe. Ikan keli ke, telur masin ke, kuah masak lemak one of his favorite too.

So semalam, daripada mula makan ada lauk udang masak lemak kacang panjang, telur dadar mayo & ayam goreng... kali ketiga tu dah lauk koboi dah. Tinggal kuah lemak sikit, taruk kicap, telur mata kerbau, then dekat bawah telur tu ada sekor udang yg masak lemak tadi.


Lepas makan, nak ambik hati punya pasal siap 'bersihkan' pinggan. "Ye lah, mami masak penat2. Kena lah hargai."
Hehehe..ayat power Idrees! He really pandai ambil hati. Mami upon hearing it berbunga-bunga lah hati sekejap.


Anak uols kuat makan tak? Memang cam gini ke budak nak membesar..malam je lapar..malam je lapar.

RM20 dan kasih seorang anak lelaki

Assalamualaikum..

Title macam nak buat cerpen.

Cerita semalam ada update di Supermakwannabe fanpage.

Sesiapa yang ada anak belajar tadika di Genius Aulad mesti faham when I said "dah naik buku baru". Siapa yang ikut fanpage pun mungkin tahu sebab pernah bercerita sebelum ni.

Idrees dah naik Book 5 of starter words book. Setiap kali naik buku baru, buka communication book je dah terpampang nota mengenai "Starter Words series". Juga di dalam nota, ada tulis jumlah RM6.90. That is the amount that Mami has to pay to teacher for the new book.


Usually I bagi duit RM7 ketip dekat dalam communication book tu je. Nanti teacher pulangkan sepuluh sen lekat dengan selefon tape tepek balik beserta resit dalam communication book tu jugak. 5 buah buku maka ada 5 x 10sen yang bertempek dalam communication book tu tak ambik pun. Dah lekat elok kat situ biar je lah dulu.


Mami cari dalam purse ada sekeping RM5 pastu ada sekeping RM1. Tak cukup RM1. Idrees tanya kenapa tu mami tak cukup duit ke? Mami serba salah jawab ha'ah tak cukup seringgit.

Dia pun tawarkan duit RM20 dia dapat dari Opah Limah masa balik kampung minggu lepas. Mami macam rasa touched la jugak tapi lekas-lekas cakap eh.. tak payah la tak pe. Nanti Mami cari somewhere RM1 ..Insya Allah ada...

Idrees sungguh-sungguh nak bagi. He looked at me and frowned. "Mami, kalau anak dah nak bagi RM20 tu..ambik je lah!" Hahahhha..he can be sweet and garang at the same time. One special boy!




Tuesday, May 20, 2014

Teddy's Dream fragrance oil my old time favorite

Assalamualaikum...

Siapa yang tak suka bau wangi kan? Dulu masa mengandungkan Adam about 8 years back, I suka pasang lilin wangi..fragrance oil dan seangkatan wangi-wangian. Among the favorite and still the favorite is Teddy's Dream from Lovely Lace.

Few years back harga RM16 sebotol 15ml. Sekarang kalau beli RM18 sebotol 15ml. Well, tak ada barang yg makin murah sekarang ni. If ada pun, trust me mesti quality will be different or the quantity being reduced.


Kalau dolu-dolu nyalakan candle then pakai oil warmer untuk keluarkan wangian semerbak seisi ruang tamu atau bilik. Sekarang I letak few drops of oil masuk dalam air purifier. Don't know how effective the purifier is tapi it works as freshener too since dah letak fragrance oil.



Tell me what's your favorite fragrance oil. Teringin juga nak cuba yang lain.

Monday, May 19, 2014

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas


Assalamualaikum..

Dah lama tak update resepi masakan. Dekat rumah ni, kalau masak ayam dapat sambutan. Menu lain suam-suam kuku je. Dah gitu, selalu je ulang menu nasi ayam, ayam masak merah, ayam masak kari, ayam goreng berempah, ayam masak lemak dan ayam masak kicap. Kali ni terjumpa resepi yang agak lain sikit, terus nak cuba.

Blog Azie Kitchen ni selalu jugak stumbled upon bila cari resepi. Must be popular reference kan?

Resepi asal boleh rujuk di sini.

Bahan bahan:
Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris //tak letak
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris //daun sup aci tak? hehehhe
Susu pekat manis
Lada hitam - tumbuk kasar
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api.

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Hasilnya..... memang sedap. Kids love it!

Sunday, May 18, 2014

#Latepost : Makan di D'Kayangan Buffet BBQ Steamboat sempena Hari Ibu 2014


Assalamualaikum...

Well, we managed to gather most of the siblings for Mother's Day tahun ni. Mungkin juga sebab tuah double celebration sempena Konvokesyen during the day (blog post about it read here). So malam tu pergi dinner beramai-ramai. It was a fun occasion ramai-ramai pergi makan steambaot buffet dekat D'Kayangan Buffet BBQ Steamboat.

Nak makan BBQ steamboat ni was originally idea Kak Ita, kalau pergi Seoul Garden usually small setting difficult nak get about 20 people to sit down together at one table. Bila google dan study sikit pasal tempat ni...rasa boleh la booked. From the fanpage nampak macam-macam pilihan makanan. Ada big round table. Tempat macam okay jugak (dari dalam gambar lah). Lepas tu, ada promotion for the first 50 customers during Mother's Day dapat kek "Hari Ibu". Adult RM33, kids 5 y/o above RM17. Abang besar belanja...laju je we alls makan..selera!! Semoga murah rezeki la ye abang besar. :-)

Some useful information kepada sesiapa yang nak pergi ke sana.

Location : Sri Acapella Service Apartment, GPS Coordinates N3.088301 E101.54794 Shah Alam
Hours : Mon-Sun 6pm -12am
Services : takes reservation and walk in customers
Other info: Cash only :-)

And oh yes, before I actually decided to book makan buffet ni, ada la baca review from other bloggers. One review by FatinSuhana yang femes tu was really macam nailed my decision lah. I pictured that it's going to be more or less macam apa yang dalam gambar dia. Can't deny she took good photos too.

Sekali.......

Hari tu agak kelam kabut, we all sampai tengok the reserved table was small round table written 11 pax. Masa called for booking I rasa ada cakap 3 kids and 11 adults. So we expect bila sampai tu table arrangement dah proper lah. But apparently that was not the case. Sedikit kecewa bila mintak setting new table, mereka bagi kita duduk dekat luar. Lepas tu, buat kerja tu macam endah tak endah. The girl yang jaga cashier tu didn't really inform us "Puan, table kita setup dekat luar ye since you all ramai". Not at all. Kesian my mom kena tunggu dan tertanya-tanya which I also tak ada jawapan. And my SIL pulak bawak her baby yang baru lepas habis pantang. Macam kurang sesuai lah dekat luar tapi malas nak kecoh so okay je la. Hujung sekali sampai tak ada bumbung dah. Luckily it was not raining.

Bila dah duduk dekat luar, tak de la plak signboard D'Kayangan BBQ Buffet Steamboat whatever nak posing for photos kan. Aisehmen. With running kids and all, boleh pulak lupa nak ambil gambar sekitar tempat makanan tu. Pilihan makanan memang banyak which I don't complain at all. Toilet pretty clean, surau pun ada kalau nak solat.

Tapi.........

We still cherish the good time of togetherness lah. Bila semua sampai, lepas dapat complimentary kek tu we all nyanyi ramai-ramai lagu "Ratu Hatiku" untuk mak. Cewahhhhh, first time kot ramai-ramai nyanyi macam koir! We had good time catching up, group photos, selfie and etc.



Happy Mother's Day to all mothers out there!

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru 2014


Assalamualaikum...

Selamat Hari Guru! Tahun ni tema nya Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. All I can say, it's not easy being a teacher. Everyone should respect teacher for their guidance and knowledge they have shared. Tambahan pulak guru for young children. God knows how sabar they are melayan karenah anak-anak kita, yang kita sendiri belum tentu larat nak layan. I want my kids to have respect to all the teachers. I heard..countless time, ilmu yang kita dapat lebih berkat kalau kita mengormati guru.

Cerita hari ni...for the first time since schooling, Idrees told me he wanted to give something for Teacher's Day. I feel proud of him. That was entirely his idea to give fruits. When asked nak beli buah apa..."Grapes.. Apple, Lychee". Mana nak cari anak oi Lychee. Hari tu adalah kat pasar malam, but if you want me to buy tonight belum tentu boleh dapat. Giant or Hero selalu tak ada pulak jual.

I ada banyak bakul dekat rumah. Plan nak jual dekat Mudah.my sampai sekarang tak berjaya advertise lagi. Datang pulak idea, why don't I give a fruit basket!

Lupa pulak nak snap the photos. Bought grapes, oranges and pears. I also bought a piece of plastic wrapper and greeting card. I still have the red color ribbon at home. Dalam 15 minutes siap bungkus semua with mom's help. Asked Idrees to write down his name and today's date. Senyum-senyum simpul je budak kecik tu. I bet he's happy with the effort and result.

Well, Idrees sometimes very sweet boy. He asked if I spent a lot for this and if I still have some money left. I said ya sort of lots being spent tinggal sikit je duit (hehehhe ayat sedih). He went to get his wallet and handed me RM10. That's all the money he has. Awwww so sweet rasa nak gigit pipi dia!

What about his brother? When I asked Adam, you know today is Teacher's Day you want to give anything to your Muallim and Muallimmah? "Buat apa nak bagi?" Told him adik gave fruit basket, "Okay, minggu depan kita bagi sesuatu".

What's your story?


Wednesday, May 14, 2014

Temptation of Wife - super addicting Philippine drama


Who is one of the victim, please stand up? Hahhaha..Untuk pertama kali sejak sekian lama (rasanya last, gila tengok drama bersiri ni zaman pantangkan Idrees almost 6 years ago). Teringat zaman-zaman belajar dulu gila tengok Telenovela La usurpadora, Ugly Betty. Time dulu bukan ada YouTube ke www.tonton.com.my ke nak ulang tayang bila missed one episode. Lepas tu yang jenis tak sabar nak tahu ending (I la one of them) mula lah google tengok ada tak orang tulis dia punya synopsis atau summary for each episode. Sekarang ni senang gila. I dah tengok final episode Temptation of Wife dekat YouTube - without subtitle! Janji tau kesudahan cerita.. hehhehe..puas hati. Sebagai menghormati adik ipar, I shall not disclose apa kah ending nya itew uols. :p

Serious best cerita ni. Please watch it if you have time. Started airing on TV3 bermula 10 April 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang untuk selama sejam.

Memang hebat lakonan Marian Rivera sebagai Angeline/Chantal. Awal-awal episode rasa kesian tengok dia kena buli dengan Marcel and family. Lama-lama rasa geram jugak...kenapa lah she so naive cuba merayu segala. Haish... Sekarang selepas beberapa episode..semakin mendebarkan. Nigel dah selamat kan dia dari lemas. She is soon expected untuk berubah dan bangkit membalas dendam terhadap suaminya Marcel dan kawan baiknya Heidi! Waaaahhh...hebatkan plot cerita ni.

I just got to know this was adapted from Korean Drama. Tapi....I must say the Philippine version actor and actresses nampak segak dan cantik2! Never came across my mind to get so hooked up with Telenovela like this since episode 1. Who else with me? Please drop a comment :-)

Tuesday, May 13, 2014

Konvokesyen ke 80 UiTM, saya berjaya!


Assalamualaikum...
This was on Sunday. Indahnya perasaan bila dah grad. Rasa macam a big rock was lifted from my shoulder. Pelbagai perjalanan yang penuh liku untuk sampai ke garisan penamat adalah pahit manis kenangan sepanjang hayat. I missed one semester for Anugerah Fakulti (ada blog pasal ni dulu di sini cerita sem 2), kalau tidak dapatlah mengukir nama sebagai salah seorang yang mendapat Anugerah Sarjana Cemerlang / Excellence Master Award. I was disappointed with myself somehow, tapi come to think of it.....I got to learn to let go. Allah's plans are better then my dreams.


Seawal 7.30 pagi kami perlu berada di sana. Sudahnya sejurus selepas subuh dalam pukul 6.20pagi kami bertolak. Mujurlah Subang Jaya ke Shah Alam tidak lah jauh mana. Gelap buta lagi masa kami keluar rumah. MrKingOfMyHeart, Mak and me...just three of us. Nasib baik ada adik bongsu dan adik ipar yang baik hati sanggup baby sit dua orang budak tu dekat rumah. We did the right choice not to bring them all tunggu di luar dewan. Kalau tak mesti chaos!


Sempat berhenti breakfast dulu dekat Restoran Khulafa berdekatan Unisel tu. I had stomachache. Tak berani nak makan. Minum milo tarik pun tak berasa. Sempat jugak kecek toast bread orang sebelah. Lapar sebenarnya...but kecut perut nanti nak amik scroll. Boleh takkkk? Hahahahha..sama kan dengan Adam when he chicken out to do sports..dia pun sakit perut. So, he took after me rupanya! Ouch...

Dah sampai UiTM, tempat parking agak jauh dari DATC. Kesian mak kena jalan jauh. Merentas trek kemudian naik tangga curam lagi. Yang dalam gambar tu belum cukup curam ye.

Dah sampai DATC, pecah peluh uols. Abis makeup cair! Adoiii...Ramainya manusia...maklumlah 917 orang graduan semuanya. Campur famili..sesak meriah. Tengah-tengah tu lah baru nak put on robe, nak pakai hoodie dan mortar board. Kalau nak konvo, please make sure you iron your robe elok-elok. Lepas tu bawak la extra safety pin atau jarum peniti tu. Nak lekat kan hoodie tu bagi duduk proper atas bahu. I seriously tak reti nak pakai. Senget sana sini..tertarik ke belakang lah...Nasib baik mak dan MrKingOfMyHeart ada sama untuk keep me calm dan betul-betulkan apa yang patut.


Dah puas tunggu (sapa suruh sampai awal), berpeluh meleleh, kaki pun dah lenguh berdiri...it's the time to queue nak masuk dewan. I selalu rasa..kalau I grad sekali dengan classmates especially Kak Ina...mesti meriah, seronok & happening. Tapi tak pe lah. Rezeki tak sama. Cheer up. Ada lah few yang kenal tapi tak lah serapat mana, nak jadi cerita terpisah jugak sebab tempat queue pun tak sama dan seating dalam dewan pun jauh. Frust!


Ok A184, ready to go in! This was almost perfect punya gambar entering the hall. Side profile (hehehe, at least he didn't chop my head or worst terus missed snap the photo).



Boleh pulak tak selfie dalam dewan. Nak kata menyesal, adalah sikit. But the truth is ada pegawai jaga...tak benarkan ambil gambar. Dan pulak, my seat was on the aisle. Last row pulak tu. Terang-terangan kalau ada cubaan untuk raise hand a bit to snap photo. Let alone selfie. Therefore kena sit still buat-buat baca buku atau tengok skrin dekat depan. Sekali sekala curi tengok tempat tetamu (walaupun nampak samar-samar je)


The best attempt to capture me on stage receiving the scroll. Can't see much. But you can tell it's me kan. That's all important. I remembered I smiled, tried not to walk too fast, bowed a bit and said thank you. I did all I supposed (orang tak pergi rehearsal macam ni lah..padan muka). Satu hal paling ingat...if only boleh record...the Tan Sri said my name! Terus I tak neves uols. Ke mimpi? :p

Tak boleh balik terus lepas amik scroll, you got to wait till the last 917th naik stage. Lepas tu ada ucapan lagi, nyanyi-nyanyi lagi. Baru HABIS for real.

Lepas habis je, terus pergi hantar Jubah dan amik transcript dan skrol original. Tadi tu kosong je. Selesai semua terus balik. Tak sempat nak bergambar segala. I dah lapar yang teramat, MrKingOfMyHeart dah peluh sakan dan mak pulak dah keras tengkuk penat (memang she had stiff neck since few days pun).

Itulah cerita Konvokesyen untuk Masters buat kali ni. Till the next 3 years for PhD kalau ada rezeki dan panjang umur Insya Allah. :-)