Sunday, August 31, 2014

Selamat Hari Merdeka Yang ke-57


Assalamualaikum...

Selamat Hari Merdeka!! Syukur kita masih di sini sebagai generasi pasca merdeka. Mungkin tidak membuak semangat seperti generasi ibu bapa kita dahulu yang lebih faham dan berpengalaman melalui kesusahan sebelum mencapai kemerdekaan.

Namun...

Tidak terlepas untuk kita sama-sama fahami dan selami apa itu merdeka.

Merdeka bagi sebuah negara adalah pemerintahan sendiri oleh penduduk negara itu bagi menuntut kedaulatan.

Apa itu Patriotisme.

Patriotisme itu adalah sentimen nasional di mana perasaan dan perbuatan yang mempamerkan cinta dan setia pada negara!

Bila mula menulis tadi, tak tahu kenapa tapi sangat rasa ada hubung kait merdeka seseorang individu itu (sesudah merdeka nya negara ini) antaranya mempunyai masa lapang dan kesihatan yang baik. And these two, adalah 2 nikmat yang sering dilupakan!

Masa itu akan berlalu pantas...jadi...Make the most of it sedang kita masih sihat tubuh badan dan punya masa lapang. :-)

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

p/s: Trying to find suitable activities to do with the kids to instill semangat kemerdekaan. Korang buat apa?

Friday, August 29, 2014

Istikharah dan Istisyarah

Assalamualaikum...

Dah beberapa kali nak tulis pasal ni. Tulis..padam..Tulis..padam.. and today..hopefully sampai ke titik noktah yang terakhir lah Insya Allah.

credit photo: http://www.keepcalmandposters.com/poster/keep-calm-and-stop-meroyan

Jive ke tidak gambar ni dengan tajuk I? ish lantak kan lah. I memang dah tentu boleh relate. Tapi kalau korang tak baper nak faham.. sorry lah yek.

Ini semua ada kena mengena dengan cerita nak sambung PhD. Sebelum nak sambung tu, memang lah macam-macam dalam fikiran. Allah saja yang tahu. I love working. I love my job (maybe not the company but the job itself). But now, leaving all that to this.... biar betul?

Istikharah lah.

Dah. Dah buat pun. Hati masih rasa was-was. Rasa macam belum diberi petunjuk. Oh Allah, please forgive me! Jangan tak tahu, tak semestinya Allah bagi kita 'petunjuk' seketul dalam mimpi. Atau seketul jatuh dari langit ke hapaaaaa... Rupanya, satu cara petunjuk tu...urusan kita dipermudahkan. How fool for me not to know that. Semoga Allah ampunkan prasangka sebelum ni.

Ianya dipermudahkan.

I didn't have to apply (literally). Sebab memang dah shortlisted. Tak payah buat online application, tak payah bayar RM50 ke RM100 beli PIN dekat BSN tu. Dah cut short some processes. I was a bit slow in progress nak buat proposal. Tapi somehow bila siap, immediately potential supervisor accepted it! In fact, the potential supervisor yang so called volunteer to take me up! What more else I could wish for kan??? She actually plan to give me some allowance from her grant. At least I'm financed before dapat MyBrain. Hah, tak ok ke macam tu?

OK dah siap-siap nak gi register. The night before, I baru tau I misplaced the original cert and transcript. Memang rasa bad feelings that I wouldn't be able to complete the registration. So true enough. Tak dapat complete the registration. Either dapatkan balik the documents or have to go through the process to request for reissue from registrar. Great!

That point of time, I thought that was the big indication that I shouldn't continue. I said to myself, like a Du'a. Kalau tak jumpa cert ni, this is it. I will call for a stop. Cari kerja lah..or do something else.

Monday hari tu, I went and traced back the places I singgah masa hari kejadian. En. Azhar memang dah cakap not in his room. He actually went to his office on Saturday morning itself to check for me. So kind of him. OK, so pergi ke Akademik ofis. Ringan mulut pulak hari tu nak bercerita sedih to some kind hearted Puan who helped to call Pentadbiran (tempat kedua selepas Akademik ofis I singgah).... ANDDDDDD......

JUMPA documents tu semua! Elok je ada dekat kaunter where I left it. Allahuakbar. And after that, registration completed that day itself.


p/s: kadang2 because our feelings overpower what Allah wants to show us, kita jadi buta! or in denial to accept the petunjuk. :-(


Istisyarah tak?

Baru tau kalau kita in doubt, seek Allah's help through istikharah pastu kena istisyarah. I guess it's just the term yang baru tau. I've been doing this. Tanya orang pendapat. Read about it. Atau apa-apa perbuatan yang boleh memberi penerangan kepada kita sebelum kita membuat keputusan. I reckoned, pendapat love ones and those yang rapat memang la sangat dihargai. :-)

MrBawsMan, he's really superb! Melayan je bila I meroyan..ups and downs... He will support me, do or not do. Financially pun dia kena tanggunglah. Part tu ada rasa bit tak best. Sebab used to help each other mencari rezeki for the family. May Allah enable the smooth flow of our sustenance and grant us barakah. Amin!

Mak, she's too okay whatever it is my decision. But I can sense she's a bit worried cukup ke nanti makan pakai if one person only bekerja. Again, May Allah enable the smooth flow of our sustenance and grant us barakah. Amin!

My boys! Adam and Idrees who equally excited knowing their mom "sikit lagi nak jadi doktor!".

Told Kak Ina about my feelings. Was Was as she put it. Kak Ina kata, mungkin 'syaiton' yang bikin rasa macam tu because I intended to do something good. Hmmm, boleh pakai jugak kata Kak Ina ni.

En. Azhar, really wanted me to be part of the research team. He's so impressed with my writing skills. He asked if I was a writer who already authored a story book. What a waste not to continue.

Hanis, jangan susah peningkan kepala. If you think you don't want to do it. Tak payah buat. Senang. Well, she's easy minded lil sil. I like her for that!

Awin, she and her favorite chant. Keep going! Slowly becoming my chant too.

Zura? She's probably be my mate for this PhD journey. I didn't really asked her opinion per se. Tapi, I like her attitude for knowing exactly what she wanted to do in life at a young age.

Dr OT? Just who is this guy. Heaven sent! I have added his blog into my reading list. I have to admit, because of his book "Tulis Tesis Cepat", I got inspired. I think I can write thesis too. Cerita pasal dapat beli buku dia tu pun macam ajaib (let me keep that for myself).


Who else not being mentioned here personally...sorry lah kalau terlupa.

There goes my cerita. Till then!

Wednesday, August 27, 2014

His plans are better than my dreams


Assalamualaikum...

Pernah tak...ada suatu benda (dua atau tiga atau lebih :P) yang korang rasa nak sangat...nak buat..nak pergi..nak this and that... tapi tak pernah kesampaian? And this thing is not material based but larger than that. Maybe an experience would be good example.

Confuse ke?

Apa jugak minah ni nak cerita ye? Hehehhe..

"I have a dream". Tak, bukan nak nyanyi lagu Westlife. :p Ni nak sembang pasal my dream. Ever since I was small dekat sekolah menengah lah..I memang berangan nak memasang impian untuk pergi belajar overseas. Tu yang lepas SPM dapat result boleh tahan cun, I applied masuk AAD program dekat MARA Community College. That time, thought my dreams would have come true. Tapi 1997 economy crisis, hancur angan-angan impian.

But still "I believe I can Fly". Tak, bukan nak nyanyi lagu R. Kelly pun. I thought, never mind habiskan degree locally then later masa nak sambung Masters ke..or dapat kerja attachment dekat overseas ke....who knows it would somehow materialized!

Finished my degree dekat UTP. Year 2002. I was jobless. Gulp. From hometown, hijrah to 'overseas' in Penang to attend the re-skilling scheme (funded by the government for jobless graduate). Boy, it was hard that time. Luckily I had my then boyfriend ada with me (of course he's my hubby now!). Through thick and thin we were together.

After 6 months the re-skilling scheme & graduated flying colors (dapat MCSE and CCNA terus), I got my first job with Mesiniaga Penang as Systems Engineer. It was a good company. Bangga boleh masuk sana masa tu!

Dream Dream Dream "All I have to is dream"... Noooo..bukan nak nyanyi lagu Everly Brothers. Keje Mesiniaga, paling jauh outstation nye ke Subang Jaya je. Bila dah tukar kerja lain after that.. okay I dah merasa pergi Manila, Bangkok, Taiwan, Cebu (PH), Macao and yeah pretty much it. On short term basis lah like paling lama 4-5 days or so. Family holiday pun ada pergi Vietnam & Indonesia.

I still feel unsettled. Angan-angan asal wanted to go overseas belajar. Then loose sikit kalau tak dapat belajar dapat pergi keja pun okay. Well I wanted the experience. I don't know why but I somehow ada strong feelings over this dream. The overseas in particular, I would love to go places with 4 seasons.

Sambung cerita..

While working, I continued my Masters study dekat UiTM and already graduated last May. Hmmm...not any closer to fulfilling my dream... Then for some unavoidable circumstances and Insya Allah for good cause I resigned from my job. Hah, again tak ada chance dah for job attachment ke whatsoever.

My hubby is with MNC, HQ in UK. He's locally attached. Tak ada pulak international assignment so far. So can't hijack my dream into his venture.

One final resort... okay maybe I sambung PhD boleh pergi buat dekat overseas.

ANDDDDDDDD..it turned out, I pergi sambung dekat UiTM. Yes, already registered last Saturday.

So now, at 35.....and my dream...is still a dream. :-) My life is in Allah's hands. His plans are better than my dreams! Keep going Roshaliza.

Sekian cerita untuk kali ini.




Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014

Photo credit: http://www.malaysiaairlines.com/my/en.html

Assalamualaikum...

I'm watching the TV now..Live telecast from Kompleks Bunga Raya on solemn and dignified reception 20 jenazah kumpulan pertama MH17 yang terkorban...

Am wearing dark colors too walaupun dekat rumah je pun. Tanda sama-sama berkabung. Sedih ni...:-( Tadi while watching the telecast, sempat baca online berita. Turut sedih sampai meleleh air mata.

"Anak menangis pertama kali sentuh keranda ibu" Umur anak arwah 8 tahun. Sebaya dengan Adam. Anak yang kedua baru setahun lebih still breastfeed. Allahuakbar.

"Terasa ‘dia’ ada" Salah seorang stewardess pulak sent final SMS to the husband that reads “Sayang tak akan selamanya sentiasa ada bersama abang suatu hari nanti. Sayang akan temui Allah dan takkan kembali, ” Oh Allah, Had they know about it?

Al-Fatihah and condolences to all of them.

Van Jenazah dah siap sampai. Sekarang pasukan pengiring jenazah tengah berkawad masuk. Going to watch this kejap then ada some work to do. Till Then!

Photobook untuk gambar sepanjang tahun!


Assalamualaikum...

Siapa ada beli Photobook voucher deal harga RM10 dekat MyDEAL lewat bulan June dulu? Boleh tengok sini iklan nya (tapi dah expired lah). First time ni beli voucher deal dekat situ. Plus, first time jugak nak buat photobook ni korang...

Murah kan?? Memang rasa murahhhhhh sangat. Sebab harga asal RM79. 40 pages punya tau yg 6x6 tu

Boleh ke?? Boleh ke tidak jadi photobook nya tak tau la...dari tadi lepas download software, masih terkapai kapai... Hmmmm...kurang memberangsangkan...Few pages dah letak gambar raya hari tu.. Now tengah nak letak gambar pergi Penang. Lepas tu mungkin cerita Konvo...then pergi Bali... Gayanya macam backward recalling all the happenings sepanjang tahun. Moga-moga ngam la 40 pages!

Hai Hai Hai..nikmat nye rasa taking my own sweet times nak buat photobook ni (despite terkapai-kapai bab software).. hari ni dah selamat hantar second draft Chapter 2 untuk thesis yang paid job I mentioned the other day. YAy!!!

Nanti sambung update kalau ada progress untuk photobook ni. Till Then!

Tuesday, August 19, 2014

Resepi Ketam masak lemak cili padi

Assalamualaikum...

Semalam I masak ni! Kids super love it. Masak nasik 3 pot selalu nya cukup je malah ada lebih kekadang tu. Tapi semalam...history...abis licin. Makan awal petang dan malam...sekali makan tambah 2 kali sorang....Even portion untuk Dedi which I already saved..pun kena cukai

Nasib baik tak jadi kisah "Batu Belah Bertangkup". Kempunan. Dedi balik nak makan nasi sekali dah tinggal ciput je. Itu lah...next time bila balik lewattttt ..pulak kata pegi Open House and meet up with friend...our assumption you are already full. Rupanya... eh nak makan jugak..

Tengok gambar nampak macam sedap tak? Makan pulak dengan telur masin. Sedap sangattttssssss..


Resepi kali ni dari Dapur Tanpa Sempadan lagi... boleh refer sini untuk yang asal. Ok jom tengok bahan-bahan dan cara-cara nya:

BAHAN-BAHANNYA
6 ekor ketam bunga saiz besar (sepit biru) //4 ekor
15 tangkai kacang buncis, kerat 4 setiap 1
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
1 liter santan cair
450 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS
25 biji cili padi kampung (warna hijau) //10 biji
1 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan //tak letak

CARA MEMBUATNYA
1. Ketam dibersihkan, kerat hujung2 kaki kecil ketam, dan ketuk sedikit penyepitnya supaya mudah untuk mengeluarkan isinya nanti.Kerat 2 setiap seekor. Cuci bersih, tos dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan serai titik dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
3. Tuang santan cair, kacau perlahan. Biar mendidih dan ketam berubag warna.
4. Masukkan asam gelugor dan kacang buncis.
5. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
6. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederana. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Friday, August 15, 2014

Doa apabila melihat wajah di cermin


Assalamualaikum...

Kalau tengok cermin..selalu ingat.."Mirror Mirror on the wall, who is the fairest of them all"... Mat salleh la sangat! Fefeling Snow White kan... dapat pulak vintage hand mirror cam gitu..awwwhhh..tak sudah berangan..

Cuba kita tukar jadi doa apabila melihat wajah di cermin... Ada jugak pahala. Plus it's really a good doa. Cantik makna dia... Doa tu pun pendek..Insya Allah kalau diamalkan beberapa kali dah boleh hafal. :-)

O'Allah, You have given me a good physical form. So, favor me with good morals and manners too.

Ameen..


Photo credit: http://ilmudariallah.blogspot.com/2012/09/tengok-cermin.html

Wednesday, August 13, 2014

Resepi Terung Belacan


Assalamualaikum...

Dulu pernah cuba buat Sambal terung bilis. Kali ni cuba resepi yang lain sikit je. Terung belacan. Resepi ni tengok dekat blog Kasih Salina. For original recipe boleh refer sini.

Alright, jom tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.....

Bahan-Bahan

5 biji terung (yang size kecik tu)
1 ulas bawang putih *
5 biji bawang merah *
1 biji cili besar *
1/2 sudu kecil belacan
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
ajinamoto secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Tumbukkan semua bahan-bahan bertanda *
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng terung sehingga agak layu dan keluarkan.
3. Tumis semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau, kemudian masukkan terung, belacan, sos tiram, dan garam.
4. Kalau rasa nak berkuah, masukkan sedikit air. Dah masak, siap untuk dihidangkan.

Tuesday, August 12, 2014

Sambung cerita hari raya hari tu...

Assalamualaikum...

Cerita raya belum abis. Sambung dekat Parit Buntar pulak second raya. Main color still purple. Sempena warna terung yang I berjaya tanam sendiri tu! Haaa jangan menyampah dengar cerita terung okay. Keterujaan itu belum habis.. nasib lah...

Pagi raya kedua...OOOpppsss sefamily terbabas bangun lewat! Boleh lepas Subuh sambung tido balik then lelap lena diulit mimpi...Ya Ampunnnnnn... We were travelling kan...dari Lenggong to Parit Buntar sampai around 1.30am macam tu. And of course exhausted to the max. Hahhaha..trying to justify myself. I feel bad actually. Bangun ..breakfast dah ada atas meja! Macam nak hantuk kepala dekat dinding...(OK that's drama terlebih)

Dah bangun...siap mandi..pakai baju raya...breakfast...then siap-siap nak bersalaman dan ambik gambar. Family belah in-law I ni kecik je. Ada 2 families je baru sampai. The other one third raya baru balik.

I suka kalau ambik gambar outdoor kat sini. Cantik with natural lighting. Rumah bahagian atas dari kayu tu nampak traditional look. And the lawn...hijau je..luas!

Some of the photos taken..



Abang & family balik soon after that. We didn't go ziarah rumah saudara pun..Memang tak ramai saudara sebenarnya sebelah sini..Lepas lunch..baru pergi ziarah kubur arwah mak. Balik rumah kejap after that...petang sikit keluar lagi pusing Parit Buntar town. Maju ok kat sini. I love the town. Tak besar sangat..tak kecik sangat. What I need is all here lah..Kedai makan..kedai kain..kedai tudung! :p

OK nothing much to story anyway. Got to go. I have MrBawsMan rendam his kaki in lukewarm water. It's almost done. Got to go do his foot spa sort of! Ciao...

Monday, August 11, 2014

Ayam Masak Kurma Che Mat Gebu


Assalamualaikum...

Bukan first time masak kurma ni.. tapi kebiasaan nya tengok resepi simple yang dekat paket rempah tu je. Kali ni saja nak cuba resepi dari Che Mat Gebu blogger Dapur Tanpa Sempadan. Mula-mula tengok list bahan-bahan yang diperlukan dah rasa nak give up. Macam-macam! Tapi kalau letak macam-macam tu la sedap kot. Anyway, this is from very trusted source, pasti jadi, pasti sedap.... maka dengan hati yang kejap berat kejap ringan... ku gagahi juaaaaaaa...

Hasilnya?
Burpppp... Alhamdulillah :-) Kenyang perut suka hati... hehehhehe

Resepi asal boleh tengok di sini.

BAHAN-BAHANNYA :
1/2 ekor ayam (kurang lebih 600 gram), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan //I buat drumstick 6 ketul
4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1 dan rendam //2 biji kentang
1 batang lobak merah (optional) potong berbaji, rendam //adalah 1/4 lobak merah je
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2 //tak letak
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar //tak letak
4 camca besar rempah kurma (Baba's)
1 camca besar kerisik
1 keping asam gelugor
1/2 cawan pati santan
1 camca besar minyak sapi/mentega (optional)
1 camca besar gula melaka //tak letak
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar //2 biji
5 biji bawang merah kecil //tak letak
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas //dah hiris tapi lupa masuk dalam blender. adehhhhh

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut //tak letak
1 camca teh jintan kasar //ni pun tak letak
1 camca teh jintan halus //samalah dengan yang ni jugak tak letak
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :
1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kurma dan lada hitam kisar, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu.
2. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), masukkan minyak sapi. Biar minyak sapi cair.
3. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang perang. Tambah pes rempah kurma tadi dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
4. Masukkan ayam, lobak merah (toskan) dan kentang (toskan). Gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
5. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan masak hingga kentang, lobak merah dan ayam empuk.
6. Masukkan asam gelugor, kerisik, pati santan, cili merah, cili hijau dan kacau rata. Biar mendidih dengan api perlahan. Tambah gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya.
7. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Sunday, August 10, 2014

Sekitar Syawal 2014 hari tu..

Assalamualaikum...

Dah 14 syawal hari ni. Baru nak update cerita first syawal hari tu. Masih terngiang syawal pertama...kurang meriah sama sekali. First time raya tanpa abah. Ramai yang balik patutnya lebih kemeriahan. Tapi ada drama lain pula yang mengusik hati dan perasaan ini. Bueeekk! Mengada nak emosi kat sini. I shall buang jauh-jauh ke tengah laut. Malas nak ingat.


Baju raya kami tahun ni tempah! Kaler mint green with purple. First time kot tempah. Usually beli ready made. Tapi tahun ni entah datang angin apa pergi tempah. Boys tempah dekat Ah Peng trusted tailor di kampung sebelah encik husband. Tapi tak lah trusted sangat dah sebab tak pandai jahit sampin. Sampin si Adam sama size dengan si Idrees. Naya je! Sampin encik husband pulak mak ai labuh yang amat...sighhhhh...

Baju I tempah dekat Azzara Cotton..first time tempah baju kurung moden kat situ. Pulak tu prada lace. Kena charge RM170. Bak kata orang with broken English "I is terkejut!". Mahal kan? Baik beli baju siap... Tapi dari sumber kawan-kawan yang suka tempah baju...ok harga tu..sebab kena jahit lining and consider it's prada lace. Apa-apa je lah...

Pagi Raya
Lepas solat raya di Masjid Jame' Lenggong....pergi ziarah kubur. Lepas balik rumah baru tukar pakai baju raya. Melaram la sangat dengan prada lace. Agak overdress rasanya. Heeeee....

Sesi bersalaman...boleh pulak tak banyak gambar yang di ambil...Sigh..next time got to plan this properly. Ada dua shot je gambar family. That's my mak in the middle. She didn't wear the baju raya that I bought matching color with ours. Baju raya yang adik ipar I beli yang dia pilih. Well...let's not to comment on that. It's Hari Raya anyway!! Gambar four of us pun tak sempat ambik.. Grrrrr...

Lepas sarapan..we went out ziarah lagi ke rumah Pak Cu dan Pak Ngah dekat kampung sebelah. Pergi rombongan few cars with my brothers and all. Memang dah jadi kebiasaan macam tu.. That is something yang perlu dikekalkan. Family values. :-)


On the left, me and Hanis (lil SIL). Top right me and Kak Rina my cousin. Bottom right me, Ella and Kak Rina. Had fun catching up with the girls!


Petang Raya
Dah abis beraya dengan saudara... I pergi beraya rumah kawan sekolah rendah. Konon nak buat gathering la, because actively ada dekat 10ppl in the Whatsapp group. Sekali, 3 orang je termasuk tuan rumah. Best sangat jumpa this bunch of people. Lagi best kalau ramai turned up. We have known each other since standard 5..sama-sama masuk asrama desa. So imagine la...that was about 25 years ago! and now look at us..dah kahwin dan beranak pinak. Heeeee...

Malam Raya pertama
Sebelah malam ada tahlil for arwah abah. Just between us families dan adik beradik rapat yang tinggal nearby. Proud to have anak saudara who is a hafiz mengimamkan solat. He gave tazkirah too... Hopefully one day...Adam dan Idrees can lead and be the imam too. Amin..

Lepas abis tahlil....we went back Parit Buntar the same night. This shall continue in the next post....

How was your raya?

Thursday, August 7, 2014

Tanam sendiri terung

Assalamualaikum...

11 syawal dah... orang sibuk update gambar raya...I nak update gambar terung! boleh tak??? Tak kira lah..nak bangga jugak ni. Just right before balik raya seminggu hari tu ..nampak warna ungu terung tu dah keluar sikit... haaiiiii ada la 2 biji! Weeeeee...


At first susah hati... Nanti balik, ada rezeki ke lagi nak tengok dia berbuah sampai besar. Ke layu dan terus mati? Allah itu Maha Besar. Di beri pertolongan melalui kazen ku Petak Hijau. Dia bagi idea untuk letak botol berisi air dekat pokok tu. She's a real gardener weh. Mesti idea ni tested dan boleh pakai!. Oh ya, macam mana pulak pokok tu nak dapat air kalau letak botol macam tu je? Haaaa... kenalah cucuk dulu botol tu bagi ada lubang-lubang kecil untuk air keluar secukupnya.

Bila dah balik seminggu selepas itu.... TADAAAAAA.....


Sikit masa lagi boleh tuai dah. Dulu beli pokok ni RM5 je. Ada dua biji terung juga...tapi tak sempat tuai sebab jadi keras dan kuning... tersalah letak baja 'overdose'. Yang kali ini..besar harapan boleh tuai dan rasa homegrown terung.

Cantik tak warna purple? Haaaa..ni petunjuk untuk warna tema raya tahun ni. Hehehehehe...

Korang suka berkebun ke tak?

Friday, August 1, 2014

Project I am A muslim

Assalamualaikum...

This happened during Puasa month hari tu. 21st July sepatutnya the campaign would go viral.

Credit from Project I am A muslim FB page

3 goals to achieve for this project:

-to unite the ummah
-to send a strong & united message to the world (peace and justice)
-to get the attention of the international community

I see that it didn't take off that well. Sayang...to date dekat Instagram #projectiamamuslim ada dalam 5000++ messages.

Anyhow it is a noble act. To amplify the justice message to the world. May Allah SWT give the highest reward for the good deeds.

I actually participated. And this was my message (inspired by Mufti Menk's lecture on Battle of Badr):