Monday, April 28, 2014

Master thesis accepted for exposition (IIDEX 2014-UiTM)

Assalamualaikum..

Cerita hot ni. Hari ni hari kejadian. Semalam setup booth, hari ni judging session. Masya Allah, I feel 'alive' selepas lama dormant since berhenti kerja lepas raya tahun lepas. 'Alive' in the sense entertaining guests, presenting to honorable judges and best part bila dapat good remarks... It was sooooo much fun and new experience.


It was not all breezy tau. Flashback, after discussing with supervisor semalam, last minute decision that we had to package it into a product. Sebab nya my research has no tangible product. Initially it was a study to investigate factors contributing to internet abuse in the workplace. Think Think Think. Daripada that study, converted the whole thing into awareness module yang siap buat assessment and customized presentation to potential customer. Kiranya, I'm selling training services lah lebih kurang focusing on awareness to educate employees pasal internet abuse dekat tempat kerja. Itu jam jugak buat Business Model based on Lean Canvas (again). Ada konsep semua - nama catchy dah depa kata... I-R@W for Internet Right at Work. Pitching aids ready!

Sekali nak print..printing shop tutup since Sunday kan. It was about 9ish dah. Nak pergi sampai Shah Alam nun tak worth it la kot. Dah la seharian since balik setup booth tak mandi and refresh. Makan pun tak tentu hala sebab too occupied siapkan business model and all. Semalam there was a drama lah. Tak payah cerita panjang, I have to say thank you MrKingOfMyHeart for being super patient dan memahami. Kalau my goodself start meroyan and he also mengamuk then how. So, Alhamdulillah lah happy ending.

Gambar di sekitar tempat kejadian. Look at me perasan confident tengah present to the judges. Jual jangan tak jual! Pre-Sales Consultant back in action gitu.



One step further..to embark new journey nak join research group nak sambung PhD you alls. Insya Allah...Semoga dipermudahkan.

Review ENCHANTEUR PARIS Whitening Body Lotion

Assalamualaikum...

Not so much of review like other beauty experts out there. Tapi janji yang ini sincere punya!

Cerita dia macam ni....Few months back while still busy doing my Masters thesis..I have this problem di mana kedua-dua belah siku jadi lebih hitam. Punca? Sebab tak ada proper study area, I always lying on the carpet and that's when kerap bergesel siku dengan kapet sampai hitam legam! Serious...

At first tak perasan langsung...when you were too busy with something else kadang-kadang akan ada benda yang overlooked. Especially less important macam siku? Kalau hitam dekat muka sah la panik se taman! Bila dah perasan ada masalah tu, walaupun I'm the one who covers my aurah still concern pasal siku hitam. Rasa less confident pulak. Macam bila jumpa orang, siku tu ada mulut bagi tau "saya hitam sebab tuan saya tak pandai jaga." OUCH..

Definitely masa untuk bertindak. Pada satu hari yang indah (heheheh)as I was blog hopping, I found this one review by famous blogger NameeRoslan pasal product ni. Eh good lah her, she buat review then I read pastu I pergi beli dekat Guardian. Boleh baca di sini. She so tamak beli semua range. I waras lagi, I just bought what I need...


This was an instant pick sebab 'Triple whitening' is believed to be the solution for dark areas on our body such as elbows, knees and the back of our neck. I bought the bigger bottle 300ml for RM14.90 Very much affordable for everyone. I must say this size is not suitable nak bawak travel. The packaging nothing fancy. Bau dia memang made to captivate lah. Derived from Belle Amour which consists of Apple Melon, Blackcurrant and Parisian Pink Rose Petal. I personally coupled this with the matching Roll-On Deodorant. Semerbak ok.

The 3 effective ingredients are :

Vitamin B3
Assists the aggregation of melanin to prevent pigmentation.

Sakura Concentrate
Works against tyrosinase activity to even out skin tone.

Licorice Concentrate
Prevents the formation of dark pigment from the exposure to UV rays.

Oh ya, I super kiasu nak cepat putihkan balik siku....apply both Enchanteur Paris Whitening Body Lotion on top of Nivea Intensive Moisture Serum setiap kali lepas mandi di waktu pagi dan sekali lagi before going to bed. Hasilnya, sungguh berkesan. Sekarang tidak sehitam dulu lagi. :-)


Wednesday, April 23, 2014

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Bila Berlaku Kemalangan


Assalamualaikum..

I'm a part time driver (boleh baca siri pertama pasal jadi driver di sini). :-) Antara skop kerja ialah menghantar anak ke sekolah pagi-pagi. Ambil anak pulang sekolah di waktu petang.

Hari 'bertuah' hari ni. Cuaca baik. Not so rushing masa hantar Adam. Dalam pukul 8.10-8.30 pagi. Okay, I terlupa recite doa naik kenderaan. Sampai dekat belok kiri tepi sekolah tu, kereta depan brek pulak. Lapse lah 1-2 saat kot sebelum dentum kedengaran dari belakang. What was that!!? Adam nampak hampir terhantuk ke depan. God! Kereta kena langgar dari belakang. Tengah berhenti lampu merah ni. Bila lampu kembali hijau, kereta dihadapan dah jalan....I pun tekan bunyi hon dan signal park tepi jalan. OK panik, panik.

Keluar kereta, baca bismillah dulu..Dalam kepala dah terbayang macam-macam rupa orang yang langgar kereta aku ni. Mintak-mintak lah bukan 'monster'. Amin! Nampak kereta kancil hijau berplet Wilayah di belakang. Sejurus kemudian keluar seorang lelaki berkaca mata. Rendah. Budak lagi ni nampak muda je. Sama ada I was freaking takut atau dia pun sama takut. Hahahha.. Assessing our car. Kereta dia ada kemek. Lekuk besar jugak at least dua lekuk. Tengok kereta sendiri, eh tak ada kemek. Betul ke ni? Apa nak buat ni? Nak cakap apa?

Calm down! Ambil nafas. What I did tadi, I said you dah langgar belakang kereta saya. Looks like no dent just some scratches. This is not my car, therefore I told him will be calling him if needed. Boleh minta nama dan no. telefon? I did one clever thing tadi (which selalu I wasn't that detail), I dialed his number immediately to leave my phone number. At least by doing so I know his number is genuine. Took his car registration number. Jotted down brand, model and color of the car. Then dismissed!

I forgot one thing, to snap photo of his car yang kemek tu. But luckily it was him yang langgar. So not so critical lah. Reason why we need evidence kalau kita yang langgar dia, sebab takut dia claim lebih dari sepatutnya. Speaking about that, lewat petang tadi dia sent message via Whatsapp minta snap gambar kereta my car yang kena langgar. He said he forgotten to take photo masa accident tadi. Seeee....that is important.

In my case just now, it was a very minor accident. So we resolved it there. I did not ask from the young man a single cent (yet - tunggu my assessor balik then see how).

Lepas peristiwa tadi, I learned few things. Balik terus google and found this that could be useful next time.

By iMoney Research Team

Berikut adalah 7 perkara yang anda perlu lakukan sekiranya anda dapati diri dalam kemalangan.

1. Mendapatkan maklumat asas mengenai pihak terlibat adalah penting. Dapatkan name orang yang terlibat, alamat mereka dan nombor untuk dihubungi adalah langkah pertama.
2. Selepas itu, catat nombor pendaftaran kenderaan mereka, serta dengan jenis dan jenama kenderaan dan maklumat-maklumat lain yang berkenaan.
3. Minta maklumat syarikat insurans orang yang terlibat, termasuk nombor polisi atau sijil. Jika mereka tidak dapat memberitahunya di waktu itu, pastikan anda mendapatkannya kemudian.
4. Buat catatan tentang saksi berkecuali (jika ada) dengan mengambil nama, alamat dan maklumat untuk menghubungi mereka. Mereka dapat membantu menyelesaikan sebarang bakal sengketa.
5. Buat laporan polis. Di Malaysia anda perlu beritahu pihak polis dalam masa 24 jam berlakunya kemalangan jalan raya.
6. Beritahu syarikat insurans anda dalam bentuk bertulis secepat mungkin. Kegagalan membuatnya mungkin menyebabkan anda akan menanggung sebarang kerugian, termasuk tuntutan pihak ketiga terhadap anda. Walaupun anda dan pihak terlibat tak mahu buat tuntutan atas kemalangan tersebut, anda patut beritahu penginsurans secepat mungkin, kerana ini adalah satu dari syarat dalam polisi anda.
7. Bergantung kepada keparahan kemalangan, anda mungkin perlu hantar kereta ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Kebanyakan syarikat insurans mempunyai senarai lengkap bengkel panel di laman sesawang mereka. Jika anda tak hantar kereta ke bengkel yang diiktiraf, anda mungkin tak dapat tuntut kerugian kemalangan dari penginsurans anda.




Tuesday, April 22, 2014

Majlis Pra-Graduasi Pelajar Siswazah CS770 (MPG) 2014

Assalamualaikum..

I finally graduated! Alhamdulillah syukur kepada Allah. Jerit perih for the past 2 years not only me but my loved ones and people who close to me akhirnya selesai jua. Dari masa abah sakit dulu masa 2nd sem then abah passed away during final sem. Semuanya bitter sweet for this little success. I ada blog pun about my experience in the last post boleh baca dekat sini.

Yes I'm happy, tapi lagi best kalau dapat grad with group of good friends kan? Many of my friends termasuklah Kak Ina (gu kawe kecek kelate walau buke ore kelate) extend for another semester, therefore tak dapat convocation sama-sama. Nak nangis rasa...tak meriah kalau terkontang kanting macam ni!

On 6th April, they invited us who will be graduating coming May for a pre-graduation dinner held in Intekma Resort. I went. Alone. Nak ajak MrKingofMyHeart, the kids who were going to jaga - dah tak ada helper sekarang ni.



Luckily ada Shida and Liza. 3 of us satu table! Punya lah tak ramai orang...These two young lady younger than me by 8-10 years tau. I respect them for knowing what they want to do in life at young age.


The first photo from left was me with En Azhar my supervisor. He's the man with enthusiasm and passion in research. He told me I have flare in writing and it would be a waste if I did'nt continue. I'm flattered with his compliment and yes, thank you for the A+ for my thesis.

We had gift exchange at the end of the dinner. I gave to Shida. It was a book by Prof Muhaya. I hope she liked it.

I received a gift from a girl which I forgot her name. She gave me glitter pink color shawl with brooches. Nicely wrapped. I guess she must be from full time student because I don't really know her.


What's with this photo? I like the makeup which I did myself. I always wanted to do smokey eyes, this is the best that I can do. Tak pandai makeup sangat pun. But I though the eyes came out alright.

That's all for now.

Monday, April 21, 2014

Philea Resort & Spa in Ayer Keroh, Melaka


Assalamualaikum..

We were at Philea Resort & Spa in Ayer Keroh Melaka last weekend (click here for the FP page). Well to be honest, since it was a company sponsored trip so I didn't bother to check out review about the hotel. My feelings about having to go there was like "okay lah jom" with nothing much to expect. Though I heard hubby was saying "kita nak pegi tido hotel mahal ni".

First the location, it is exactly after the Ayer Keroh toll on the left. You masuk sikit then see signage to the hotel. I dah suka dah sebab tak sesat. Then parking..hmm yang ni I would say no proper parking lah. Sebab we had to park our car by the road side. Memang designated parking tu by the road side. Luckily we got the first parking space nearest to the lobby. Kalau nasib kurang baik, furthest parking then have to walkkkkkk a bit. Yang ini mungkin boleh mengundangkan kemaharan jika kurang sabar. Don't fret, lepas register, nak pergi bilik boleh naik buggy service. Depends on which room number, boleh jadi kena jalan jauh..dengan beg berat dan budak lelaki dua orang yang lasak....wajib naik buggy.


Sampai-sampai je, I was likeeeeee.. WOW WEE...lush of greenery pokok and bushes...and bilik semua macam cottage in the jungle tau. Tak sabar nak check in! Tapi have to wait till 3 pm. Plus we had to do our telematches semua. Ok then we headed to padang. The padang...waaaahhh rumput cantik hijau je..well trimmed. Dua kali tengok, nak marah! It's artificial grass. Sampai hati tau.. Lifeless..no fresh smells of green grass and all.


The boys were in team 4. They were so excited to win all games sebab nak dapat hadiah. So happy to see them get to mingles with other children. Tak malu dan pandai juga bawa diri. Teringat when I was a kid. I was the reserved type. In fact now also macam tu tak berapa pandai nak berkawan or start the conversation. I heran tengok my other half tak kering idea tegur orang merata! He's really good at it.

Lepas Kids telematch, then the ladies turn. I kena paksa by the kids and Mr King Boss suruh joined the team main soccer bowling. Alah, tendang bola kena aim bottles arranged like ten-pin bowling. Kena la jugak 1-2 biji botol tu. Hahahhaha..nasib baik!



Look at the room! Cantik takkkk? You got to see for yourself kot nak rasa lagi Wow... hehehe..I heard nak bina ni tak pakai paku. The wood imported from China. I godek Instagram #philearesortmelaka and saw gambar @fouziahgous celebrated birthday husband dia kat sini 3 weeks ago.


Bye for now Philea Resort & Spa. Insya Allah ada rezeki boleh datang lagi. ;-)

Sunday, April 20, 2014

A father's love (Episode 2)

Assalamualaikum..

Previous entry tells about a father's love sanggup ambil cuti to cheer on his son's sports day. You can read it here. Similarly still revolve around a father's love, the same father had to wake up early on Saturday morning (not his customary which really a significant thing when he does that) to cheer on his other son's sports day. Teeheeee....

Registration started at 8am. So we had to push off around 7.45am and that was way too early according to our Saturday clock :p

The boy whom we had to cheer for on that day

Idrees was a bit disappointed because he wasn't playing for a real sports day. He aimed to collect more medals.
It's more of telematches. To make it even pelik, parents got to play too. We had to help our child completing the task or game. Each kids had 8 stations or games to complete. Upon completion of one game at a station dapat satu stamp. Dah abis semua boleh submit.

Mami pun kena tolong Idrees. On 2 games: doa recitation and complete the puzzle. Dedi and Adam pushing Idrees for the rest of the 'physical' tasks. Hahhahaha...sangat lah 'fizikal' nya! Jadi chef sambut telur dalam bakul, pukul bola tenis jatuhkan kad huruf, pancing kad huruf, suaikan gambar dan perkataan....and few more I couldn't remember.

Please scroll to the bottom...See the result for the family effort... jeng jeng jeng..



Tadaaaaaaa... Idrees won the first prize for 6y/o category. And looked at what he got? Like a birthday pressie kan. Tu yang dia disappointed tu. I guess he was dreaming to bite the medals like he used to when he was schooling in Little Caliph. Well Idrees boy, you got to accept changes in life. Because they say that is the only thing that is constant!


I was away from the place where he received the prize sebab sakit kepala melanda! That explains tak ada gambar masa dia terima hadiah.

Friday, April 18, 2014

A father's love

Assalamualaikum..

It has been sometimes peram cerita ni. I'm the type kalau nak tulis blog punya la fikir, timbang, rancang bagai. Sampaikan cerita ni masa hari sukan sekolah Adam, sekarang hari sukan sekolah Adik pun dah lepas.

Macam ni cerita dia. I was touched when hearing MrKingofMyHeart talking to Adam. It was something like this....

Dedi: Adam tau kenapa Dedi ambik cuti nak datang tengok Adam sukan?
Adam: Mana Adam tahu.
Dedi: Sebab Dedi nak sama-sama ada pada waktu penting dalam hidup Adam.

Wow. Sangat terkesan Ok. I don't know la how Adam felt about it. Tapi I yang lelebih feeling Dedi is so sayang his son. I'm so proud of him took a time off despite his super busy schedule to be with Adam on his sports day. Bukan masuk acara hebat mana pun. Lari bawa bola ping pong dalam sudu. Lari tarik bola dalam gelung. Lari isi air dalam botol. Haaaa...acara sukaneka jek.

Sounds remeh right? But our boy Adam sampai sakit perut. Training week sebelum sports day, berapa kali je datang. Dia kata sakit perut jugak. Tapi heran tengok macam sihat tak sakit pun. On the day itself pun sama. He frowned like so much in pain, tried to walk away from the field. Pujuk, bagi semangat, cheer then pom-pom....OK lepas satu acara. Seterusnya sampai lah abis 3 acara tu.

I have read or heard somewhere, kids kalau in anxiety ke too afraid ke they might fake an illness macam stomach or tummy ache ni. Since he was all okay lepas abis acara sukan, I conclude betul la what I thought.

Since berlatih sukan kena nyanyi lagu rumah, and he actually berlatih nyanyi jugak dekat rumah...Adik pun boleh nyanyi lagu rumah sukan Adam.

"Azraq! Azraq! Biru!
Azraq! Azraq!Biru!
Azraq! Azraq! Biru!
Kita pasti JUARA!"



Review Adania Skincare

Assalamualaikum..

Dah lama sangat tak buat review. Dapat juga curi masa hari ni. Skincare product ni baru dua hari pakai. Belum nampak hasil pun. Hold on to the positive result (Insya Allah). TAPI I must say I fell in love with the smell. Masya Allah, it is so natural, fresh and spa-like wangi betul! The packaging is distinctive and looks expensive. Ala Aesop.

What is more important besides the smell and packaging, the fact that it is 100% natural and that means chemical free! Oh yes, please be proud, it is a local brand.

I bought the product through an agent which contacted over Whatsapp from the number given dekat Instagram. She's the agent for Shah Alam area. Service is good. Friendly and responsive bila ditanya soalan. It's my first time buying skincare via online. I got to know about the product after Wardina shared it on her instagram. I'm all interested with natural products and am looking for new skincare sebab lately rasa the skin so dull dan tak sekata. Mungkin sebab cuaca sangat panas dan myself not the type who drinks a lot.

If you familiar with Garden of Eden serum, lebih kurang adik beradik la bau dengan Adania ni. Fresh, natural dan macam dalam spa! Oh ya, I could not find any website to see the details of the products. Tapi dalam parcel yang dihantar ada diberi brosur. Lengkap la segala maklumat with price details. Over the website, to date I saw one review from Arwah Ami Schaheera boleh baca di sini.

The cleanser. Price at RM68 for 250ml. Worth to note, memedihkan mata!



The mist or toner. Price at RM48 for 100ml.


The face oil. Price at RM98 for 50ml. Worth to note, oil but not oily!

Monday, April 14, 2014

My social media plan

Assalamualaikum..

It has been more than a month, I have successfully deactivated my Facebook account. However, Supermakwannabe fan page is still available. Ok, moving on jom tengok the list of remaining social media that I still have.


Supermakwannabe Facebook Fan page.

So far ada 40 61 likes at that fan page. Mostly friends and relatives yang suka ikut cerita Adam dan Idrees. Dekat sinilah I will update most of the boys antiques and funny stories. I had good laugh sometimes. So dapat share dengan orang lain and they laughed at it too rasa macam why not I continue doing it. :-)

The latest update was about cerita perihal berjimat ketika catuan air.

"Sekarang musim catuan air. Uols kena tak? Macammana so far?

Our place dah masuk second month. Ada tong besar, sederhana dan kecik utk tadah air. When i said besar..memang besar kitaorg beli letak depan rumah! Senang dan alhamdulillah cukup supply.

Mami has since came out with few rules untuk menjimatkan air. Like when washing hands, when shower, when this and when that...anddddd at night you both tak payah pakai seluar dalam. Ok. Faham.

Kejadian disiang hari, lepas mandi dan nak pakai baju. Idrees skip the spentot. Dia dah siap pakai..and i saw the spentot still there so asked him la. "Tak pakai mami. Tolong JIMAT. Air. Tenaga." Ehhhhh, perli ke hapa!"


Instagram/Roshaliza


Dekat Instagram boleh search for user "roshaliza". It's open for public. Nothing to hide pun. Mainly dekat instagram I will update about my #laporanmasakan Menu yang dimasak dengan kasih sayang untuk my boys. From zero to hero tau. Percaya lah I wasn't a person who love to cook and pandai memasak. In fact now pun tak lah suka masak juga, but have to. Sometimes keluar kedai nak beli food dah tak tahu nak rotate menu apa dah.

Kalau tengok #laporanmasakan to date ada 42 laporan dah. Pelbagai lauk pauk, nasi, kuih dan dessert.


Ada #boysnogadgetplz hasthtag yang I buat to sort of record usaha untuk memisahkan the boys from the gadget. So far, I would say 50% dah tak reliant on gadgets to keep them calm or occupied. Satu tab dah berjaya jual! Alhamdulillah they know how to enjoy themselves even without gadget. Kemuncup pun boleh lawan pusing...rubber band pun boleh buat main lempar getah!



Supermakwannabe blog

Yang ketiganya blog ini. Obviously I'm still looking for pace dan keselesaan nak tulis blog ni. For now masih tercari cara penulisan yang paling selesa. Blog ni sebetulnya belum siap sepenuhnya. Tak tahu lah bila betul-betul look at the cosmetics and do the touch ups. Tak pandai sangat nak adjust - to hire designer macam worth it ke? Will see how.

This blog is where I will write about being a mom that requires me to wear different hats seperti tukang masak, travel agents dan photographer. I seek for 'adventure' dalam aktiviti harian di rumah sementelah kini menjadi full-time homemaker. Kadang-kadang bosan dengan rutin - itu biasa sebab manusia ni motivasi dan mood itu akan ada pasang surut. Kadang-kadang bersemangat tinggi - untuk menjadi proud SAHM!

Tuesday, April 8, 2014

Resepi Puding Karamel (Cream Caramel)


Pertama kali saya cuba buat ini tempohari. Niat dihati nak jamu adik ipar yang buat request :p I bet she was surprised I made cream caramel. Sebab dia kata nak puding pelangi or anything from #laporanmasakan

Senang rupanya. Saya suka resepi ni sebab tak guna banyak telur. Rasa macam nak buat lagi petang ni. Kali ni boleh makan SEMUA sekali at my own time. Hehehe.

Resepi saya dapat dari blog Cahaya Cinta Ku. Boleh rujuk di sini.

Bahan2 :
~ 400 ml susu segar/susu cair //pakai susu segar low fat milk
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telur
~ 2 biji kuning telur
~ 1 sudu teh esen vanila

Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air


Cara2 membuat karamel
Masukkan 5 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air ke dalam loyang..
masak atas api yg kecil..
kacau2 guna sudu bg rata..
Bila dah bertukar keperangan sedikit baru masukkan satu sudu air lagi..
pastikan gula dah cair dan bertukar keperangan sepenuhnya..

Dalam bekas lain, masukkan kesemua telur bersama dgn gula halus..
kacau menggunakan whisker..
Kacau perlahan je tau agak2 kasi gula tu sebati atau pun larut..

Masukkan susu dlm periuk..
campurkan esen vanila..
masak atas api sederhana..
tak perlu masak lama-lama, just kasi susu tu suam2 kuku aje..

Kemudian tuang susu tadi ke dalam adunan telur..
tuang sikit demi sikit sambil tgn kanan kacau adunan tersebut..
Lastly.. tapis dan tuang adunan tersebut ke dalam loyang yg berisi karamel..

Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu..
Tutup loyang guna aluminium foil semasa proses pengukusan..

Kukus selama 30 minit dgn api sederhana..
Sekiranya selepas 30 minit tapi puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan..
kukus lagi sampai puding betul2 masak..

Hari ketiga di Bali: Nusa Dua & Tanah Lot

Assalamualaikum..

Malam ni dapat juga luangkan masa untuk update entri hari ketiga di Bali. Hari yang paling penat kerana banyak habiskan masa ditepi laut. Namun masa itu tidak lah sia-sia kerana pemandangan yang indah sekali dan pengalaman yang menarik untuk dilalui. Alhamdulillah diberikan peluang ni. Thank you Allah..thank you king of my heart too!

Untuk entri hari pertama di sini, dan hari kedua di sini.

Jadual Perjalanan Hari Kedua
28/2 Nusa Dua & Tanah Lot (bermula 8.30pagi)
- Tanah Lot
- Tanjung Benda (WaterSport)
- Pendawa Beach
- Uluwatu / Kecak Dance / Sunset

Tanah Lot
Tempat pertama yang dituju adalah Tanah Lot. Cuaca sangat baik. Namun, menghampiri pukul 10-11 sangat panas. Tambahan di tepi laut. sangat terasa bahangnya. Nak buka mata pun payah. Sangat disarankan untuk memakai sun block dan juga cermin mata hitam. Oh ya, sila juga bawa botol air dan tisu/towel untuk lap peluh yang mencurah-curah.

Kalau nak jalan-jalan sekitar Tanah Lot ni, pakai la pakaian dan kasut yang selesa. Saya sekadar memberi cadangan. Cuba elak warna yang gelap sebab nanti serap bahang tu makin panas lah kita rasa. Saya rasa pakai skirt ni okay juga sebab berangin. :-)

Ada perkhidmatan jurugambar di sana yang boleh ambil gambar dan terus siap. Mereka bukan lah jurugambar profesional pada hemat saya. Jadi jangan memberi harapan tinggi, gambar yang keluar tu cantik dan magis! Yang penting ada kenangan di sana. Kalau pergi pada waktu ramai orang agak sukar untuk mendapatkan

Untung Pak Ade adalah supir yang ringan tulang. Dia ikut serta maka secara tidak rasmi dialah jurugambar famili. Boleh lah untuk bergambar kenangan.

Oh ya, disepanjang jalan dari tempat parkir kereta ke tebing laut Tanah Lot tu ada banyak kedai yang menjual pelbagai barang. Selamat membeli belah dan berambang mata!


Tanjung Benda (Turtle Island)

Tempat kedua kami ke sini. Tidak kurang menarik. Rasa nak cuba semua. Tapi $$$$ mengehadkan pilihan. Kami berminat nak mencuba sea walker. Belum ada di Malaysia katanya. Tapi sayang, kanak-kanak berumur 9 tahun kebawah tidak dibenarkan. Adam dan Idrees tidak dapat ikut serta. Kami semua putuskan tiada siapa yang boleh mencuba. Senang dan adil untuk semua orang.

Setelah berbincang dan sepakat, kami memilih untuk menaiki bot laju ke Turtle Island. Jangan lupa ya, harga sentiasa boleh dirunding. Saya tidak perlu risau tentang itu, kerana ada negotiator yang hebat dikalangan kami! :-)

Berat tau penyu ni! Sayalah orang pertama yang disuruh mengangkat penyu itu. Dengan berani nya angkat lah...hati-hati ya, bukan sahaja berat tetapi dia akan mengipas kaki dan tangan! Anak-anak memang tak berani langsung nak angkat. Elok la tu, kalau dah angkat dan terlepas tak ke naya?

Ada juga beberapa binatang yang lain di sini seperti kelawar dan beberapa jenis burung. Ya, anda boleh masuk ke sangkar/kandang dan memegang binatang tersebut.


Pendawa Beach
Pak Ade beritahu bahawa pantai ini baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lalu. Masih sangat terpelihara kebersihan dan keindahan semulajadi tanpa binaan bangunan besar berhampiran kawasan. Agak terpencil di balik bukit batu besar yang setiap sudut nya ada patung yang sangat besar!

Payung besar perlu disewa. Harga 50k IDR kalau tak salah.


Uluwatu / Kecak Dance / Sunset
Untuk melihat tarian Kecak, perlu tiba sebelum pukul 6 petang. Persembahan terakhir setiap hari. Kami sempat tepati masa. Mulanya agak keberatan untuk turut serta melihat persembahan memandangkan bayaran agak mahal walaupun untuk kanak-kanak. Akhirnya kami akur untuk turut serta menonton.



Sekian update untuk hari ketiga.