Friday, July 25, 2014

Balik Kampung! Oho ho balik kampung...

Photo credit: http://u.uumalaysia.com/

Assalamualaikum...

Dah tengah siap2 ni. Last call dah kalau ada barang apa lagi yang belum load into the car boot. Phew!

I am sure ada kawan-kawan yang dah sampai di kampung halaman pun. Most of us mungkin balik hari ni. Kepada yang nak mulakan perjalanan....few things to check especially kalau balik lama lebih 3 hari...


+pastikan dah tutup semua suis yang berkenan (e.g. aircond, water dispenser, Unifi and etc) Errr..jangan pulak tutup suis peti ais ya!
+tinggal kan satu lampu menyala. Tak kisah lah yang dekat luar ke dalam. Sebabnya nanti bila balik..kalau sampai waktu malam tak ada lah gelap sangat!
+paip air jangan lupa matikan
+gas pun lebih elok kalau tutup
+kain dipenyidai bawah porch pun elok lah angkat dulu
+buang sampah especially sampah basah
+dalam fridge kalau ada buah,sayuran atau makanan yang akan rosak elok lah bawak sekali balik kampung..
+kalau ada tanaman, sirap (update: siram lahhh...puasa sangat!) dulu... boleh juga sediakan botol berisi air yang ditebuk lubang kemudian letakkan ditepi pasu/pokok (thank you kazen for the tips)
+kalau ada binatang peliharaan..jangan lupa! Nak bawa balik atau tidak...sediakan makanan dan minuman secukup nya...
+singgah di balai polis berhampiran untuk beritahu polis kita nak balik kampung. Haaa nanti abang polis yang baik hati dan bertanggungjawab menjaga keselamatan..akan datang buat rondaan kat rumah kita dan masukkan slip lawatan dalam post box.

Ada lagi ke yang terlupa?

Apa-apa pun..drive safe everyone. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Thursday, July 24, 2014

Resepi Kek Pisang (guna pemanggang ajaib)


Assalamualaikum..

Nak raya dah ni kan. Rasa bersalah pulak semua cookies beli je. Nak buat sendiri ada kekangan. Tak ada oven nak bakar. Boleh ke pakai pemanggang ajaib? Macam tak banyak reference. Nak berani mati cuba....tak sanggup.

Mak suruh si Hanis belikan kek pisang raya nanti... Haaa nak buat kek pisang la! Niat dihati tak la sampai nak kata "Hanis, cancel la beli kek pisang kat Ipoh. No worries I manage (I buat kek pisang)"..... Tu namanya cari pasal! Kekekkeke..

Tapi nak buat kek pisang jugak...tengok resepi simple je. Cannot be lah sampai buang tong sampah kan. Mesti boleh telan jugak.

OK jom tengok resepi. Buat cross reference dengan beberapa blog resepi ni...antaranya Qaseh Honey, Dapur Kak Jee dan After 5.30pm

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3 biji pisang //5 biji pisang berangan
1/2 sudu kecil soda
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit esen vanila
* I tambah 1 sudu kecil air limau nipis dan almond flakes (suka hati je)

Cara-cara:

1. Ayak tepung tepung bersama soda dan baking powder.
2. Campurkan telur, gula, pisang dan esen...pakai mixer senang
3. lepas tu masukkan tepung tadi dan akhir sekali masuk kan minyak masak.
4. Masukkan dalam pemanggang ajaib, bakar selama 10 minit tanpa tutup penutup pemanggang tu
5. Kemudian selepas 10 minit tutup penutup dan bakar lagi 10 minit atau sehingga masak
6. Terbalik kan pan, tambah la dalam 8-10 minit // ada lah lagi 20 mins kot...make sure check selalu
Note: Api dapur gas tu buka yang paling kecil

Hasilnya? Tak cukup manis lah. Lain kali pakai pisang emas kot yang dah masak ranum. I pakai pisang berangan... huhuhuhu.pastu tak adjust plak paras gula. Texture not bad. Tak moist. Sedang-sedang aja.

Tuesday, July 22, 2014

Royale Chulan ramadhan buffet 2014 - buka puasa dengan kawan-kawan MCC


Assalamualaikum...

Hai berapa hari dah tak update blog. Entah kenapa kurang motivasi nak menulis. Mungkin juga sibuk sedikit banyak...siapkan proposal utk PhD application. Alhamdulillah. Settled dan dah submit pun. Soon after dapat SMS mengatakan permohonan anda diterima! Yay bulan September ni I'll be starting my PhD journey. Eeeeiiiiii...macam mimpi je rasa...

OK balik pasal buka puasa ni...

Seronok sangat dapat jugak jumpa dan buka puasa sama-sama...mereka ni kawan-kawan dekat MCC, Kuantan dulu...some 17 years ago. Ohhhh I feel old. ngeh ngeh. Missed those days!! Yang dapat datang...Nadia, Lala, Tono and Rono. My memories about them stuck at those days. Tengok diorang sama je..tak berubah sangat pun.

But now...Rono dah jadi chief of lace penjual prada lace yang berjaya (FB page here) with close to 20k likes on her page. Nadia works at Media Prima sambil bisnes kuih raya dan designer bags from US. Hebat-hebat bisnes diorang ni. Lala works in a bank (woh, banyak bonus ok) and Tono.... she is super IT lady works in MNC company who soon going to venture into dress making. Wowowoowow... and me???

OK balik pasal buka puasa dekat Royale Chulan ni...

Kalau ada yang nak pergi tahun depan ke...this year macam dah tak sempat ye...here the address and contact info.

Warisan Café, The Royale Chulan Kuala Lumpur, The Royale Chulan Hotel,
No. 5, Jalan Conlay Kuala Lumpur 50450 Tel: 03-2688 9688 ext 611

Kalau tak salah harga buffet RM130 per person.
But we got some special arrangement..dapat half price..and best of all kids eat free!
Semoga murah rezeki lah Tono and her relative for the arrangement.


Masa datang nak masuk ke Cafe...ada separate counter for Groupon. Wow, mesti good deal juga.

Ramaiiiiii nya. Full house. Macam-macam orang ada. 1Malaysia..really.

The food....hmmmm tok sah cakap lah..tak pernah tengok semewah-mewah makanan bulan puasa ni... Ya, first time our family eating out for break fasting. Selalu dekat rumah. Tak lah sampai membazir. Iniiiii..masya allah. MACAM-MACAM ada.

From dessert, segala macam nasi dan lauk pauk, bubur, laksa, mee, kue tiau...ada kambing golek..you name it..ada kot kat situ. I didn't bother to make a complete round. Perut pun bukan lah besar sangat nak melantak semua benda.

Sedap food dia...tak failed lah.
Bubur lambuk sedap.
Dessert sedap.
Ice cream sedap (sebab ada macam-macam pilihan toppings!)
Ketam sambal petai sedap
Sate sedap jugak

Banyak tu je makan hari tu. Tak padan bayar buffet. Memang bukan kaki buffet pun.

For sure we had gooooooood chat and lots of catching up. :-)




Korang ada pergi buffet tak buka puasa tahun ni?

Friday, July 18, 2014

Shocking news MH17 was shot down



Photo Credit: www.straitstimes.com

Condolences to the family members...Innalillah..
May Allah SWT grant them ease and strength to go through this hard time.

Be strong Malaysian for we are tested again!

Remember, "Do not grieve; indeed Allah is with us." - At Taubah: 40
and, "Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity" - Al Baqarah: 286

Al-Fatihah

More news from Awani.

Thursday, July 17, 2014

I'm officially a writer, korang!

Photo credit: http://im-a-writer.tumblr.com/

Assalamualaikum...

I got a job! Happy sangat. Half payment pun dah dapat lepas first meeting tadi. Job jatuh keriba gitu. Sebab tak ada pulak iklan tengah cari kerja.

How?

Haaaa..ni yang menarik sangat ni. Bangga pun ada. :-) Kan I baru abis Master, convo May hari tu. Tengah consider nak sambung PhD. Tak ada lah jauh, dekat UiTM di hati ku je pun. Ermmm...There is this lecturer whom I always referred to....nak mintak I tuliskan Chapter 2 of his thesis. Read that? THESIS for his PhD. Yup.

Tulis thesis tu..penulis la kan...writer. Kalau setakat tulis blog ni tak dapat payment..so tak sesuai la nak kata writer. ha ah..memang bukan writer...blogger ye dak..Hhehehe..

Happy. Bangga. Honored. Flattered. Macam2 perasaan bercampur baur.

Those in the above..the 'yo o o o' side of me. On the other side....

Mampu ke nak perah brain juice tulis thesis phd.

Sempat ke nak siap 40pages dalam masa yang diberikan.

Ada masa ke nak buat dengan proposal phd sendiri tak start buat lagi...house chores tak pernah habis.

I need to strategize, keep calm and continue to write.

Wish me luck okay!



Wednesday, July 16, 2014

Best hotel ni. Eastern & Oriental Hotel, Penang

Assalamualaikum...

Minggu lepas hari Khamis & Jumaat ikut MrBossMan outstation ke Penang. Merasa lah overnight di sebuah hotel yang agak mewah ni. Been dreaming sejak zaman bujang dulu...'bestnya kalau dapat tido kat sini'. Dah pun dimakbulkan Allah. Syukur lah rezeki bulan puasa kot.

Nama hotel Eastern & Oriental Hotel. Hotel ni dekat Georgetown. Tak jauh dari jetty. Sekali tengok memang dah tau bangunan kolonial. Macam zaman dahulu kala sebelum merdeka! I memang suka bangunan cam gini. Haunted ke tidak? heeeeee..tapi ni kan bulan puasa. :-)


Booking pakai mobile apps Hotels.com. Senang je. Janji ada credit card :p

Our reception sebelah Heritage Wing (lama punya and more expensive as being told be the man outside reception). Upon checking, sampai dekat lobby je dah terlopong. Cantikkkkk... Besar....luas...The furniture, reception settings semua antique, elegant and expensive. Jakun okayyyyy.. Maaf. Tak boleh control. Kids lagi lah...baring terus! atas coffee table. :-/

Ada escort pulak ke bilik. Separate then the poter yang hantar beg ke bilik tau. Got to be generous with tips macam gini kan. Bila dah tunjuk bilik, siap tolong susunkan kasut dekat tepi. Waaahhh, memang kelas the hospitality. Cam gini lah bestnya jadi orang kaya-kaya ek. Layanan first class okay. Jakun kuasa dua!


and the room....

Masya Allah. Spacious and luxurious betul. We were upgraded to sea-view Suite. Boleh dengar deruan ombak. Happy Happy.

2 King bed. Walk-in wardrobe. Very big bathroom with "His" and "Her" hand basins, shower, bath tub and toilet. Ada writing desk area and dining table overlooking the Straits of Malacca. Oh yes 2 TVs, satu depan katil and the other one dekat lounge area.



When I said antique....

Cuba tengok rug, telephone, switch, couch and etc. Antique sangat kan... Even the toilet seat made of wood tau. Oh ya, worth to mention ada butler switch. Petik je switch tu...terus ada telephone ring! Tanya if you need anything? Jakun Jakun Jakun. 3-4 kali false alarm bila Idrees or Adam tekan to test it out. Malu mami!



Among the best moment. Getting ready in the walk-in wardrobe. Waahhh, rasa macam 'cantik' je diri ini. Walaupun wardrobe tu empty. Lol. Ni semua penangan berangan. Berangan la wardrobe tu I yang punya and loaded with busana indah, sepatu, beg segala maknika.


Then sahur camana?

Haaaaaa...sahur in room okay. Breakfast tu ganti dengan sahur. Mewah nya sahur dia. Nasi putih, Sup tulang, kari ikan, ayam goreng, fruits, kurma and papadom. They actually bagi complimentary for the kids. Hai hai hai...bagus kan hotel ni?


Sayang tak sempat ambil banyak gambar kenangan di persekitaran luar hotel. Cuaca agak berjerebu.


Sekian laporan. :D

Tuesday, July 15, 2014

Lagi sebulan nak sambut first blogiversary. Apa kemajuan blog ni?

Assalamualaikum...

Ha ah...dah nak dekat setahun. Beberapa bulan kebelakangan ni I consistently post for updates. Sedaya upaya kadar daily. Tapi macam baru-baru ni balik kampung hampir seminggu...terpaksa lah kadar weekly. Apa boleh buat..selain kekangan masa...dekat kampung tak ada Unifi. Yellow man pun tak nak ikut balik kampung. Maka....data line ciput je. Tak dapat nak buka blogspot pun!

Dulu... Follower 0. First follower adalah kazen sendiri blogger Petak Hijau. Dia pun dah 4 bulan tak update blog. Busy sangat lah tu. Pastu, hasben sendiri jadi follower. I didn't remember if I ever forced him to follow me. :p Then, dia paksa kawan dia jadi follower. Hah, kawan lelaki! Both of them bukan ada blog pun. Semata-mata login to join this blog....ala-ala dummy follower je.

Nak sedih ke happy bila follower ada 3 orang?

KEEP WRITING

Photo credit: www.insidethetravellab.com

I didn't bother. I kept on writing.

Kalau baca dari awal blog ni..kejap bahasakan diri saya..kejap I..cakap English...rojak..bahasa baku. I tried! Semua tu macam nak test kesesuaian and feel to get identity for this blog. Bahasa baku memang agak gagal...rasa macam sopan sangat dan tak ada jiwa (konon lah)

Akhirnya....jadi cam gini.

BLOG's COSMETICS

Ni usaha nak mencantik kan blog. Layout tak payah cerita lah tukar berapa kali dah. Widget ubah sana. Kejap buang. Kejap tambah. Font, color adjust macam gitu macam gini.

Yang paling latest macam gini. Tapi still WIP (work in progress). Ntah bila nak finalize tak tahu lah. Ada yang tak kena dengan navigation cue dalam blog ni. Cuma bila nak repair tu nak kena belajar coding sikit. Which I still don't have time (read lazy) to dig in.


NUFFNANG

Re-activate Nuffnang. Dulu dah pernah register for my previous blog mumof2heroes.blogspot.com. Tapi blog tu tak jalan. I hope this one tak lah hangat2 tahi ayam lagi. Nak lah berjaya capai status blogger sejati. Hehehhehe..

Status sekarang ada RM32.26 ...counting down for my first cash out. Ntah bila pun tak tau lah. Excited pun ada. Sehari berapa kali refresh nak tengok duit Nuffnang. Kelakar kan? Padahal, refresh 1000 x pun amount tetap banyak tu jugak!

PAGEVIEWS

Daily pageviews dulu punya lah sikit. 20-30...lepas tu naik sikit..50s, 60s, 70s....dapat 100 dah happy yang amat!

READERSHIP

Mana nak datang pageviews melantun-lantun kalau tak ada readers kan? Dah lah ruangan comment tu zero. Tak ada siapa pun comment. Sunyi sepi. Memang sah rasanya ada dua tiga kerat je yang baca. Nak kata tak ada yang baca...I know my lil SIL tu dok baca. Kan Hanis? Pastu..encik hasben pun ada jugak baca. Kan Sayanggggg? Ada lagi kot yang baca...

Yang tersesat cari resepi Sotong masak lemak kuning...nak pergi Bali 4 hari 3 malam..review skincare Dato' Siti SimplySiti White & Detox dan beberapa post lain yang hot jugak la....

Dah ajak sedara mara, kawan-kawan rapat..kawan tak rapat pun ajak jenguk blog ni. Tapi nak full blast dekat FB tu segan la jugak. Mana tak segan...yang sedara mara..kawan-kawan rapat pun...bukan bagi full support. Ada yang langsung tak sambut pun. Sedih! Macam cakap dengan dinding. It's like "jom tengok my blog" then the reply "kau dah kenapa?". Haaaa macam tu lah perasaan dia.

Fineeeee... Tak nak support pun tak pe. I'm sure many (kalau tak banyak sikit) out there have the same interest and would like to read my stories.

----------------------------------------------------------------------







Abis dah nak dekat setahun ni camana pencapaian?

Ada 33 orang followers to date! Syukur la kan. Ada 69 followers dekat FB fan page. Eh, jadi la.
I may not be as successful as Redmummy, The Pink Stilettos, Vivi Yusof atau Hanis Zalikha.

Tapi...for now the daily pageviews is increasing alhamdulillah. Max at 505! Happy sangat dah. Jangan gelak ok. I know for some of you..heh apa dah baru 500 dah kecoh. Hehehehe...

Ok lah nanti bebila sambung lagi cerita pasal kemajuan blog ni.

Blog korang dah maju sangat ke? Boleh la share tips kat sini. Nak maju jugakkkkk...

Monday, July 14, 2014

Berbuka puasa di negeri orang

Assalamualaikum...

Ha ah..negeri orang lah. Pulau Pinang. Sebab negeri sendiri Selangor. Negeri hometown pulak Perak. Heeeeeee...jangan marah ah! :p

Ikut MrKingOfMyHeart ada hal kerja. Kids pun terpaksa ponteng sekolah. Bermalam semalam di Penang...nanti balik lah negeri hometown nak melawat abah mentua dan mak tersayang di kampung halaman!

Sampai pukul 2 petang di Juru. While tunggu boss man pergi meeting dekat area Prai, the only viable place nak melepak is Auto City, Juru. Pusing-pusing area situ...nampak Swensen, Tutti Fruitti, Starbucks, KFC, Pizza Hut...Nasi Kandar sah-sah la ada dua tiga buah kedai.... oish..dugaan betul. The kids both puasa! Last-last masuk Guardian Pharmacy.

Kesian...

While I belek-belek barang dalam Guardian (tak ada tujuan pun)...kids with PSP duduk bersila sebelah rak SimplySiti. Mana ada bench ke dalam Guardian kan? Huhuhuhuu... OK lah, sebelum salesgirl tu tegur 'jangan duduk sini adik'... Mami picked one Simplysiti Dermagic Mask and C Bright snow cleanser masuk dalam bakul. Heeeeeeeee..Peace...

Nasib baik meeting ended not long after that. Kalau tidak, mati akal nak pergi mana. Duduk dalam kereta with aircond switched on would not be a good option too (at least for me - abis minyak!)

We then drove to Georgetown, and checked in Eastern & Oriental Hotel. Will blog about this separately nanti. It's a beauuuuuutiful hotel with superb hospitality. Lepas rehat sekejap...then time to cari tempat berbuka... Penang is actually not an alien place to us. Me and hubby used to stay few years there masa bujang dulu. To be exact, tempat jatuh lagi dikenang inikan tempat bercinta! Cewah...

From Georgetown to Pasar Ramadhan Minden Height in Gelugor....dah selesai beli kuih muih (serimuka, murtabak & bihun goreng singapore)...cari tempat nak berbuka pulak. Decided to try Nasi Kandar Deen in Jelutong. First time ni makan kat sini. Time 11 tahun dulu tak pernah dengar pun kata Nasi Kandar Deen ni femes.



Remember I said I'm not used to eating nasi terus bila berbuka? Yang beli kat pasar ramadhan tadi simpan nak makan kemudian dekat hotel. So berbuka memang makan nasi kandar terus. Nasi, sotong goreng, acar nenas & kuah campur. Sedap bukan main.

Otw balik hotel, baru kejap atas kereta...

SAKIT PERUT. SANGATTT.. oih tak boleh tahan rasanya. Macam tak sempat!

Pastu...dengar suara Idrees Loud & Clear. "Hah. mami sakit perut? Mami mengandung ke?"

TAKKK..nak beyakkkk je. Kih kih.


Kesimpulannya, I really can't buka puasa eating nasi straight away. Kena tunggu kejap. Kasi perut calm down...

Sempat sampai hotel. Nasib baik!







Friday, July 11, 2014

#PrayforGaza.... selain dari doa apa kita boleh buat?

Photo credit: http://islamic-quotes.com/

Assalamualaikum...

Entri kali ni serious sikit. Mungkin lain dari kebiasaan tulisan di blog Supermakwannabe ni. Kalau tak suka serious note, don't continue reading ya.

I heard in the TV and radio news...

FB news feed flooded with the same news too...

Whatsapp messages came in with long trail of the same news as well...

How can we just ignore it? Mana sampai hati...untuk orang normal macam kita...I am sure you feel it too. Cause I feel it deeply. Sedih sangat. Saat kita berpuasa... saudara seagama kita berperang... Luluh.. Tak boleh nak tolong secara fizikal. Tapi kalau boleh pun..berani kah?

Pagi tadi hujan sebelum subuh. Tak lebat sangat. Tapi ada kelihatan kilat....dan kedengaran bunyi petir. Sekali tu....BERDENTUM bunyi petir!!! terfikir lah agak bunyi hiruk pikuk kat sana kena bom macam gini ke. Memang jantung berdegup laju lah... Sedih lagi...

Apa kita boleh buat?

Ada dapatkan contoh-contoh doa tu?...Selamatkan Saudara kita...Semoga Islam mendapat kemenangan...Bacalah sepotong doa kalau berat nak baca yang panjang. Lalu Amin kan doa-doa tu.

Jangan memandang rendah kuasa doa! But in my opinion...we can do more than just doa. We can do more than just the 'likes' and 'share' of FB status. We can do more than just type amin dekat doa orang lain yang berjela. We can do more than passing the Whatsapp messages calling other people to say the doa too. We can do more than 'jihad' bangun sembahyang tahjud nak doa untuk mereka...

Apa lagi kita boleh buat?

Tak suruh sampai jadi volunteer...

Tak payah keluar dari rumah pun kalau tak nak...

If I can stay online for few minutes to an hour just to update this entry from the comfort of my study...Mesti I ada MASA.
If I can pay Unifi and data line on my mobile every month...Mesti I ada duit barang RM1. Takkan RM1 je. OK RM10. ke RM100? Ok tu kot terasa banyak. Which ever amount yang I rasa IKHLAS.

Yes, I can do more than just #PrayForGaza
Alhamdulillah we are seeing more volunteers (May Allah SWT give them the highest reward for their noble deed) and campaign/relief and etc coming along the way.

Korang macam mana...ada yang nak tambah..apa lagi kita boleh buat?

Wednesday, July 9, 2014

Beli apa kat Pasar Ramadhan/ Param/ Bazar Ramadhan

Assalamualaikum...

Bulan puasa ni, korang pergi tak pasar ramadhan beli juadah berbuka? I bet ada yang gigih masak dan sediakan sendiri makanan sampai sekali pun tak pernah pergi pasar ramadhan kan?

Setengah orang tak nak membazir. Kalau melilau kat Pasar Ramadhan tu mesti beli berlebihan lepas tu tak habis makan. Sayanggggg je.

Setengah orang concious bab kebersihan dalam penyediaan makanan. Maka lebih selamat masak sendiri. Risau nanti keracunan makanan pulak.

Setengah orang save duit. Lain sikit dari tak nak membazir. Save duit ni kira tak nak keluar seposen pun terlebih dari budget. Nanti budget lari pulak. Maka lebih senang masak je kat rumah. Atau beli dekat kedai tapi satu jenis makanan je. Especially untuk orang bujang.

Setengah orang memang suka memasak. Orang lain masak tak up to the standard. Baik masak sendiri.

Haaa macam-macam kan?

Korang kategori yang mana? I kategori lain! MEMANG KENA pergi pasar ramadhan. Kalau alasan yang nak sedap hati, "sambil nak tolong peniaga kecil". Faham kan... hehehhe..

Kalau alasan yang lebih jujur sikit. I couldn't afford to cook berjenis kuih muih dan lauk pauk! Dengan pulak nak sediakan bermacam jenis air.

Haaaa..tu lah..ada satu hari tu je tak pergi Pasar Ramadhan. Tu pun sebab MrKingOfMyHeart pulang kerja lewat. Sekarang tukar strategi, pergi pasar ramadhan pukul 4.30 selepas ambil dua beradik tu dari sekolah. Orang pun tak ramai lagi time tu, parking pun senang. Boleh lah membeli dengan tenang. Cuma sekarang ni cuaca agak panas. Jadi, berpinau jugak mata nak pusing 2-3 row kat pasar ramadhan tu.

I tak membazir tau! Beli sekadar yang patut je. Sebab kat rumah ada jugak masak. Satu dua jenis je lah. Skill terhad. Macam tu lah gayanya. Nasib baik, 4 of us sepesen... buka puasa kena makan kuih muih dulu...later baru makan nasi. I langsung makan nasi sekali je time sahur. (Tapi tak jugak turun berat badan)

Beli apa kat pasar ramadhan?

1. Kuih tepung Pelita. Jenama INN. 5 biji RM2. Selalu beli RM4. Ini kuih wajib.
Kalau tak kuih ni, pilihan lain macam buah melaka, serimuka, samosa, karipap dan cucur jawa (my personal favourite).


2. Fried Chicken. Selalu jugak kids request ni. RM6.50 satu paket.

3. Air. RM2 sebungkus. Abang dengan kakak jual air ni suami isteri yang dulunya transporter si Adam.

4. Lauk pauk. Angah ni memang gerai regular sebelum puasa pun beli dengan dia. Selalu beli lauk yang masak lemak ke...sambal udang petai ke.. Lagi satu menu yang hampir wajib..sambal ikan keli. Favourite si Idrees.


Ha..ok kan..tak membazir kan? Hehehehhe...Korang beli apa???

Resepi Bubur Lambuk Ayam

Assalamualaikum...

Hari ni plan nak update dua entri. Pertamanya resepi bubur lambuk ayam. Dua hari berturut2 masak bubur lambuk ni. Licin budak dua beradik tu makan. Sedap sangat ke?

Resepi dapat dari Internet. Banyak betul results hasil keyword search "resepi bubur lambuk ayam" ni. Tapi yang satu ni berkenan nak cuba sebab nampak mudah dan sukatan sedikit sesuai la untuk orang yang baru nak mencuba. Kalau tak jadi, at least tak lah ralat sangat.

Hari ni cari balik resepi tu tak jumpa dah! Boleh pulak lupa nak bookmark. Nak godek browsing history rasanya berjela list sebab 1-2 hari ni banyak bukak browser tab mencari journal. Tak dapat nak bagi backlink dan credit pada empunya resepi. Apa-apa pun, dia dah dapat pahala sebab kongsikan resepi ni. Terima kasih hamba Allah. :-)

Nasib baik ingat dalam kepala bahan-bahan dan cara-cara nya. Sebelum terlupa, baik update dulu.


Bahan-Bahan:
1/2 cawan beras, basuh dan direndam terlebih dahulu. At least 30 mins
1 biji Bawang besar*
2 ulas Bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai
1/2 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam (di tumbuk)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 bahagian dada Isi ayam (ikut suka berapa banyak)di potong kecil
1/2 batang Carrot di potong dadu
2 helai daun pandan
1 cawan santan
2-3 sudu besar butter untuk menggoreng
3 cawan air
garam secukup rasa

nota:
bahan bertanda * ditumbuk halus

Untuk hiasan
Daun bawang dihiris
Bawang goreng
Daun sup dihiris

Cara-Cara:
1. Gunakan butter, tumis bahan yang ditumbuk halus sehingga berbau harum
2. Masukkan Serai, halba dan jintan manis. Kacau seketika.
3. Masukkan beras dan daun pandan. Kacau seketika.
4. Kemudian masukkan air.
5. Apabila air tinggal sedikit dan nasi sudah agak kembang, masukkan isi ayam.
6. Selepas seketika boleh lah ditambah santan. Biarkan mendidih. Kacau seketika jangan sampai berkerak pulak nanti.
7. Masukkan carrot, garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa.
8. Apabila carrot dah empuk, boleh la ditutup api.
9. Sedia untuk dihidang, boleh letak daun bawang/sup, bawang goreng, ikan bilis goreng dan etc.

Monday, July 7, 2014

Baucer buku 1Malaysia tamat tempoh 31July 2014

Assalamualaikum...

Sabtu lepas pergi MPH Bookstore abiskan baki baucer buku 1Malaysia. Risau nanti kalau simpan terlupa pula nak habiskan. Rugi lah sebab tak lama lagi dalam hujung bulan ni dah tamat tempoh. Tak laku lagi baucer tu nanti.

Jenuh juga fikirkan buku apa nak beli. Kan dah graduate pun Masters. Nak beli alat tulis tak boleh. Kalau tak boleh je beli supply alat tulis untuk budak dua beradik tu. Hmmm nak beli buku, macam tak ada target mana-mana buku nak baca. Kalau beli juga, takut nanti buat kumpul habuk je.

Fikir punya fikir....belek punya belek...sambil tu dalam hati doa.."Ya Allah, moga berjumpa lah buku yang sesuai untuk aku beli hari ni".

Nak beli buku masakan, dah ambil simpan balik.

Nak beli buku motivasi Prof Muhaya...ambil..tengok muka depan..sorot balik ke tempat asal.

Nak beli buku cerita, Wedding Night (Sophie Kinsella) pun baru baca few pages. Buku cerita hadiah dari MrKingOfMyHeart, Jatuh Hati Di Paris (Zura Rahman) pun belum sentuh lagi!

Pergi dekat segmen buku kanak-kanak. Ada dua buku yang berkenan dihati. Jangan tamak, pilih sebuah cukup. Dari pengarang Emila Yusof, illustrator kegemaran saya for her awesome illustration I chose this book with the title "Dapur Emak Saya". This book is for Idrees.


Patah balik dekat segmen bacaan umum...nampak ada satu buku ni terkeluar dari rak. Tajuk buku "Tulis Tesis Cepat" dari Dr. OT. Masya Allah..kalau dalam drama mesti dah ada background music! I rasa macam this is it...it's a sign that I should continue my PhD and try to "Tulis Tesis Cepat"....macam kartun pun ada... heheheh


Masih lagi dekat segmen bacaan umum. Tiba-tiba....NAMPAK buku "Ulu Yam Di Liverpool" oleh Nazali Noor. OMG! I've been wanting to read this book. Beli dulu. Bila nak start baca tu tak pe, nanti pelan-pelan kayuh. I actually followed this guy dekat FB. Memang rasa nak ikut hijrah sama. Tapi ke mana? hahhahaha...


Selesai......that's almost RM150. Ada few mags and books for hubby which not featured in here. Anyway...I'm done spending the voucher. How about you?



Sunday, July 6, 2014

Resepi Daging Masak Merah

Assalamualaikum...

Kelmarin teringat dekat Mak. Langsung masak ni. Menu yang tak asing lagi kalau balik kampung mesti Daging Masak Merah. Kami adik beradik memang suka sangat makan masakan mak yang satu ni. Sampai kan cucu pun tahu signature dish Opah.

Dah banyaaakkkkk kali tengok mak masak ni, resepi pun dah bagi...tapi bila buat mesti lari rasa. Tak sama macam mak buat. Hmmmm...tak cukup ilmu nampak gayanya. Kali ni buat, rupa dah sama. Tapi rasa ada kurang kick kalau dibandingkan dengan hasil air tangan mak. Huhuhuhuhu...


Sebelum nak share resepi, mohon maaf dulu sebab tak ada quantity bahan ramuan ya. Main agak-agak je. Mungkin sebab tu juga rasanya tak sama everytime I buat...sebab I tak terer macam mak dalam agak mengagak ni.

Bahan-Bahan
Daging (dihiris ikut citarasa besar atau kecil mana yang anda suka)
Halia
Bawang Merah
Bawang Putih
Lada Hitam
Sos Tomato
Cili Boh
Kicap Manis
Garam

Cara-Cara
1. Asingkan sedikit bawang merah dan halia kemudian dimayang untuk di buat rencah tumis.
2. Sebahagian lagi bawah putih dan halia ditumbuk bersama bawang merah dan lada hitam.
3. Perapkan daging bersama bahan yang telah ditumbuk tadi (bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam), sos tomato, kicap manis dan cili boh - sekurang-kurangnya 30 minit
4. Tumis bawang merah dan halia sehingga berbau harum.
5. Masukkan daging yang telah diperap tadi.
6. Gaul sebati dan biarkan sehingga mendidih/meruap.
7. Jika mahukan berkuah, tambahkan sedikit air.
8. Masak dengan api sederhana/perlahan sehingga daging empuk.
9. Rasa masakan dan perasakan dengan sedikit garam.
10. Tutup api dan siap untuk dihidang

Nota: Bawang merah lagi banyak lagi sedap. Kalau pakai pressure cooker..memang lembut sangat daging tu nanti. Magic pan boleh juga. Kalau pakai periuk biasa mungkin ambil masa lebih lama. Tapi kalau daging dihiris betul dan nipis..Insya Allah daging tu lembut tak keras.




Saturday, July 5, 2014

Felixia Yip kembali kepada islam pun ada yang kutuk

Assalamualaikum...

I usually don't bother cerita-cerita macam ni. But lately, we are seeing ramai mereka yang popular dan glamour telah kembali kepada fitrah, hijrah, menjadi lebih baik dan sebagainya...ada pulak yang tak happy. Setakat tak happy duduk diam-diam tak apa, tapi kutuk pulak. Kutuk offline dengan member tak cukup, letak pulak dekat social media dan sebagainya.

What is happening here? Why can't we sincerely be happy for someone dan doa yang baik-baik sahaja? Sedangkan kita sendiri tak mendapat hidayah seperti itu. Or do we see ourselves better than them?

May Allah SWT grant us pure heart and always see good things in others and others see good things in us too.


Dilahirkan sebagai seorang Muslim adalah satu keuntungan yang besar buat kita. Tapi bagaimana kita kekal sebagai seorang Muslim diakhir hayat kita is what matters most.

Kalau tak dapat nak beri dakwah pada orang secara lisan...mungkin for showing good akhlaq is one way of dakwah too.

That's why I seldom look at my FB wall. Sometimes too much negativity from those who likes to comment on so many things in their lives. Kadang-kadang bila baca statement, I really beat my brain's out... dari gaya bahasa lagi sah-sah dia yang ada masalah. And having said this..

May Allah SWT protect us from evil feeling that 'we are right,others are wrong'.

Amin!

Thursday, July 3, 2014

Pengalaman berpuasa untuk anak kecil


Assalamualaikum...

Hari ni masuk 5 Ramadhan. Alhamdulillah anak-anak dapat puasa penuh 4 hari. Idrees, 6yo boleh dikatakan 'kuat' juga dia berpuasa berbanding dengan Adam 8yo. Kelmarin tinggal puasa sebab Adam tak larat sangat. Tak lama lepas Adam buka puasa, Idrees pun ikut sama buka puasa. Almost 5pm dah masa tu. Jujurnya I feel upset with them. Rasa nak bagi silent treatment. But actually what matters adalah mereka mencuba untuk berpuasa.

Not only puasa, I stress on the need to read salah too. Kalau puasa sampai tak solat, No No No. Tapi anak-anak kecil bukan betah ikut cakap kita kalau cakap sekali dua. Berpuluh kali sampai nak berbuih mulut remind suruh solat baru nak buat. Itu pun macam patuk ayam. Biasa dengar kan perumpamaan tu? Heeeeee....

Sebagai seorang ibu, I have lots to improve dan belajar nak mendidik anak zaman moden ni. Kadang-kadang sangat kurang sabar.... Tengok orang lain steady je melayan karenah anak. Is it only me yang ada masalah ni? To turn this positively, tak boleh panggil 'masalah'..kena kata dugaan dari Allah. Haaaaaa...kan...positif..positif...

Okay, bila nak puasa bab nak bangun sahur tu antara yang mencabar. Tapi itu bukan fokus cerita kali ni.

Siang hari berpuasa kalau hari cuti...anak korang buat apa? Ada tak selang 10 minit tanya "dah boleh berbuka ke belum?" ataupun "kalau terkorek hidung tak pe kan?" atau "tolong..tolong..tolong...LAPAR!"... haaa macam-macam hal.

Adam dan Idrees..kalau dekat rumah..bangun tido dah lewat pukul 10-11 pagi. Turun bawah, lepak depan TV... pun boleh sambung tido balik. Kalau tengok TV confirm tengok channel katun.


Tak pun, main game. Yang ni okay lagi lah sebab tak fizikal sangat.


Dah bosan main game, lebih fizikal sikit mula cari pasal sesama sendiri pastu main lawan-lawan. Jerit satu rumah pastu mengadu. Bila mengadu tak ada orang layan mula lah bebel sana sini. Ahhhh..ini memang memeningkan kepala!

Kalau tak main game,

Abis idea nak main apa, teringat perut lapar atau dahaga....mula la buka peti ais atau intip makanan/miniman. Heeeeeee....Kalau boleh jerit peti ais tu confirm dah jerit suruh budak-budak ni "jangan kacau aku!". LOL.


Abis, anak korang macam mana pulak?

Wednesday, July 2, 2014

Resepi Cucur Udang rangup

Assalamualaikum...

Korang kalau buka puasa makan nasi terus ke? My husband and I tak boleh makan nasi terus. Memang tak ada selera dengan nasi. So bila buka puasa, selepas buah kurma dan air...kena ada kuih-muih dan/atau makanan goreng-goreng atau berkuah macam kuetiau goreng ke, laksa ke, bihun goreng singapore and etc.

Dengan cabaran "30 hari memasak sempena Ramadhan" as I mentioned earlier tu, it is only apply pada masakan lauk pauk. Tidak termasuk kuih muih dan sebagainya. Tak terdaya lah I nak usahakan kepelbagaian bio menu nih!

Teringin nak makan cucur udang. Kalau beli, kadang-kadang tak sedap...tak rangup..cucur udang tapi tak ada udang...terlebih tepung penaik/yis and etc. Apa kata cuba buat sendiri...harap-harap menjadi lah...

Tengok resepi dekat blog Delima Zamrud, ...Al-kisahnya daripada banyak2 search result tu, I pilih this one sebab ada keyword 'rangup'. Pastu tengok gambar dia...oih....gambar dia saja dah mengancam.

Ok, here is the resepi yang dicedok dari blog tadi.

Bahan-Bahan:
*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu (bersihkan buang kepala n janggut nyer)
*2 biji bawang besar (mayang)
*1 genggam taugeh (kalau nk letak byk pun boleh)
*1 cekak daun kucai (di potong panjang2)
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3-4 senduk tepung gandum (mengikut keperluan)
*Secubit serbuk kunyit (untuk warna)
*Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:
1.Masukkan semua bahan yg bertanda * dalam bekas dan gaul sebati sampai tepung menyaluti semua bahan2.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat, Jangan terlalu cair kalau cair tambah lagi tepung.
3.Perasakan dengan sedikit garam.
4. Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya menjadi nipis.
5. Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali. Terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing, angkat dan toskan siap untuk dihidang.

Cucur udang I tak berapa nak leper sebab tak tekan-tekan. But still rangup juga tepi-tepi tu. Not bad lah..sila lah cuba!

Review Ethnic Chic button top, shawl and pants bought from Zalora

Assalamualaikum...

First of, thanks to Umaimah Jamaludin sebab bagi idea nak tulis entri pasal ni. Anyway, here is the answer to your concern. Harap-harap ia membantu.

About 11/2 month ago, I did a purchase of few items from Zalora pakai voucher RM50 Digi. For full entry read it here. Price wise memang puas hati. For RM118 (after discount RM50 deduct from the voucher), I checked out with 4 items; a shawl, 2 tops and a pair of pants.


Upon receiving those items, all in good condition. (I thought) I have made very good choice. The material and finishing not bad at all. However, the shawl is super sheer to me. Macam nak lerai sekali pakai. We'll see after first use and wash.

Ok, bila pakai....selesa. Semua... puas hati.

The Flora plain casual button top RM39.90 memang nipis compared to the other one Alya Hasnaa Casual Denim Top RM 55. Cutting ada slightly different pada sebelah tepi. Plus Denim top tu ada cuff and pockets on both side.

Shawl tu senang nak bentuk despite jarang. Since it is wide shawl bila dah lilit kali kedua ok dah tak jarang lagi. Warna putih tu macam suci lah sangatttt... sukaaaa...

The pants...aaahhh super love this pants. Besar palazzo pants dia..it looks and feel nice. Cuba tengok some of the fittings to give you ideas.


Pakai time memang la rasa lawa. Bila nak basuh tu ada la sikit saspen.

Lepas basuh....some sharing...

1. Shawl memang kena hand wash lah. Tak sure la selamat ke tidak kalau masuk pocket wash sekali pun. Even with hand wash kena la hati-hati ye. If not benang dia boleh tertarik....Please expect the side seams tu boleh tercabut jugak. Huhuhuhu..

2. The pants after washing still bagus. Just that you have to iron lah bila nak pakai. Tak mengecut ke apa. Okay lah.

3. The plain casual button top tu...shrink a bit. Sleeve jadi pendek pulak lepas basuh. Boleh takkkkkk? Sedih tau. I heard once from a tailor, kain cotton betul kalau nak jahit kena basuh dulu takut dia shrink. Ini lah gamaknya. Oh ya, ini kes berat. I don't know perhaps it's a miss handling masa membasuh. Boleh berlubang pulak baju tu. Ada satu lubang. Usually I got that kind of hole kalau baju cotton kain lembut. Hmmmmmm...

4. The denim top tu, tak shrink. Tapi.....berpintal pulak dekat finishing jahit tu. Cuba tengok dekat dalam gambar. Frust. Bila gosok tak boleh fix pun. Dia macam permanent cam gitu.


Sekian.

Tuesday, July 1, 2014

[Ramadhan Doodles] Solat diawal waktu

Assalamualaikum...

Tak adalah pandai melukis. Tapi seronok pulak tengok bermacam Ramadhan doodles yang ada. I wish I could draw. Real drawing.

Tapi tak pandai. Setakat doodle comot cam gini boleh lah. Itu pun jenuh tengok google images for idea. Hahahah.. Yang contoh dalam google images tu lain sikit. Dia macam berdiri tegak je. Perasan tak yang the girl in telekung dalam doodle ni macam angkat kedua belah tangan dia? Please say "ya lahhhh"... sama ada dia tengah takbiratul ihram atau pun tengah baca doa qunut. Kannnnnn?


Yang penting mesej tu. Peringatan buat diri sendiri dan juga mereka yang terbaca ni. May Allah SWT grant us strength mentally and physically to perform salah at the beginning of its time. Amin Amin ya Rabbal Alamin.

Solat diakhir waktu dah tak berapa nak cun....lagi lagi langsung tak solat sebab penat puasa.... Letih sahaja kita berpuasa jika setakat menahan lapar dan dahaga sampai meninggalkan solat. And for that another doa....

May Allah SWT make easy for us to perform salah and be pleased with our ibadah during Ramadhan. Amin!