Tuesday, June 30, 2015

Kuih Semperit sedap resepi dari Che Mat Gebu

Assalamualaikum dan Hi,

Semalam rasmi oven baru beli dekat Lazada.com.my Jenama Butterfly. Tak pernah dengar pun jenama ni sebelum ni. Beberapa jenama lain yang kawan-kawan recommended semua berharga RM300++. Harga dah naik katanya sebab masa mereka beli baru dalam RM200++. Yang Butterfly ni RM128 sahaja 19L, ada baking dan grill tray dengan semua basic function untuk oven. Lepas congak-congak, angkat jugak Butterfly ni. Kalau hanya hangat2 tahi ayam pun, simpan masuk setor tidak lah rasa ralat sangat (ayat memujuk hati).

Selalu kalau resepi, memang senang rujuk Che Mat Gebu di www.tiffinbiru.com. Untuk resepi kuih ni pun I rujuk kat sana juga. Kalau ikut gambar kuih semperit tapi CM panggil biskut dahlia.

BAHAN-BAHANNYA :
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) // I beli SCS salted
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose) //pakai esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

note: since Oven I ni kecik molek je, bila letak dekat 175C tu agak hangit. So I maintain suhu around 160C sahaja. Dalam tray tu ada 30 pcs biskut bersaiz sederhana. Api atas bawah untuk oven tu. Letak dekat 2nd tray level dari bawah.

Untuk first time buat, not bad lah kan..cantik je sebelum masuk oven

Yang ni batch yang ke-3 dah. Baru lah nampak semenggah sikit kalau nak hidang kat orang tak malu. Elok je rupa dia.

Yang ni nak tunjuk jugak. First batch yang agak hangit. Tapi hubby kata cair di dalam mulut, still sedap! Alhamdulillah.

Sunday, June 7, 2015

Sungai Palas BOH Tea Centre, Cameron Highlands

Assalamualaikum & Hi,

Nak sambung cerita pergi Cameron Highland hari tu. Boleh baca post asal kat sini. First stop masa sampai hari tu dekat sini lah. Sungai Palas BOH Tea Centre. Kalau dari Simpang Pulai, memang sampai sini dulu baru Pekan Brinchang.

Time kitaorang sampai tu tak lah pagi pun. Dah hampir tengahari. A friend told me, she went there early morning dan boleh nampak pemandangan yang memang superb Masya Allah. But honestly, at that time nak tengahari pun we thought the scenery cantik sangat.

One thing about coming here, please expect that you might need to climb up the hill to get to the top Tea Shop and Tea Factory. Hari tu there were guards who directed all cars to park at the allotted parking lot dekat bawah. Jadi, pakat-pakat lah berjalan kaki naik ke atas. Kalau dah sangat lapar atau tak larat nak jalan, very bad idea!

The same friend who told me about the scenic view, she did mention about breakfast like a king up there. Oh boy, mana adaaaaaa! Such a limited choice of food. And of course mahal dari biasa. Don't expect to get fresh tea brewed before your eyes. Dia bagi kat kita yang dalam tea bag tu lah. Hehhehehe..All four of us just shared scone sebijik, 2 pack of sandwiches. Drinks for each one of us. That's already ~ RM50.

Lepas makan, we strolled along the area lepas tu masuk Tea Factory. We took some photos...siap then turun nak balik pergi parking using different route lalu dekat ladang teh.

More photos taken dekat bawah, ohh wow, rasa macam model Teh Boh. Tersengih2 happy. Please spare a selfie stick in case tak ada orang lain yang boleh tolong ambilkan gambar family. Make sure your camera/handphone is fully charged. :-)