Friday, August 30, 2013

Cara menulis iklan di mudah.my - baby cot

baby cot solid wood

Paling terkini i nak jual baby cot di Mudah. Selalu nya sebelum muat naik iklan, I need to do some research selain mengambil gambar barang yang hendak dijual. Kalau ada yang hairan, research pasal apa ye...cuma nak iklan kan barang terpakai.. haaa..tu yang selalu kita silap. Kita kena tau, benchmark harga supaya we have some ideas the value of our item. Kalau orang lain jual benda yang sama harga RM100 tapi awak jual sampai RM150... sapa2 pun akan pilih yang lebih murah. Kemudian baru condition barang kan? So research ni akan berkisar tentang harga, description apa nak letak, your requirements tentang urusan jual beli (self pickup, COD dan sebagainya).

Untuk buat iklan baby cot ni, I actually have to google apa ke nama bed parts in English. hahhaahha...nampak tak? sambil tu boleh belaja English uols. Never too old kalau nak belajar. Jangan jadikan alasan ok!

Setelah dikarang serba ringkas, ambil gambar dan agree dengan big boss I akan harga patut....siap la satu iklan! sapa nak beli????

Resepi Puding koktel yang super senang dan sedap

Semalam I puasa..dah selesai masak nasi carrot dan ayam sambal hijau I was scrolling for FB new feeds. Sekali nampak status Kak Ina pasal puding koktel. Homaigod! so tempting...apa lagi since semua bahan ada...within less than 30 minutes siap! taaadaaa!!

puding koktel simple

Bahan2 nya:
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat manis
1 sudu besar (penuh) tepung kastard
Fruits of ur liking.. I put in laici, kiwi and grapes sahaja

Cara2:
masak dengan api sederhana susu cair, susu pekat manis dan tepung kastard. kacau always supaya tepung kastard tu larut. bila dah larut tepung tu, boleh tutup api. Wait for a while dah sejuk sedikit you can campak all the fruits in! instantly my favourite.

Hidangan:
Better to serve cold so masuk dulu dalam peti sejuk. If tak sempat sangat dah, you can put in ice cube. sedap! Please give it a try.

The original recipe is here by the way (below picture)

Wednesday, August 28, 2013

How to get your kids take the medicine

Bila anak sakit, kita selalu risau. Bawa ke klinik untuk rawatan kekadang dapat pelbagai jenis ubat. I personally ada masalah nak bagi si abang makan ubat. Semalam Adam muntah setiap kali selepas minum dan makan. Dia sendiri minta untuk diberi rawatan. So we took him to clinic at about 11pm. Semalaman suhu badan juga agak panas. Luckily ada digital thermometer di rumah so I can always check his temperature.

Usually, I will have to get ready secawan air suam. Kesemua ubat juga telah dituang kedalam medicine cup macam dalam gambar tu. Bila dah bawa dekat dia, bermula lah sesi memujuk supaya dia lekas minum kesemua ubat. Sebenarnya tiada teknik khusus untuk pujuk anak makan ubat pada hemat saya. My only tips is to do what works. Lain anak, lain perangai dan ragamnya. Sudah tentu we can try other methods berbentuk positive encouragement dan rewards. Ataupun make it fun seperti role play doctor-patient dan cheer song bila si anak nak minum ubat. Selalunya bila beri ubat, suruh mereka bismillah and I will recite selawat then lepas tu doa la sikit. Never underestimate kekuatan doa seorang ibu uols! :-)

Jom buat IC baru

posing mom
Gambar ni hiasan semata-mata. tidak ada kena mengena dengan tajuk. Gambar ni nak tunjuk tudung hadiah dari seorang kawan yang sama-sama belajar di UiTM. Lepas beli di SugarScarf dia kata tak sesuai pulak nak pakai shawl. Agaknya dah memang nak jadi rezeki i, Uols.

Berbalik kepada cerita buat IC di JPN Putrajaya siang tadi. Sangat la efisien sekarang ni. Naik saja ke aras 2 dan terus ambil nombor giliran. Selang beberapa minit telah dipanggil ke kaunter (mungkin timing bagus - working hours around 11am). Ditanya samada mahu tukar alamat sekali dan diminta isi borang. Selesai isi borang, bayar RM10 untuk yuran gantian dan diminta membuat imbasan cap jari di mesin pengimbas. Oh ya, kena submit old IC untuk pegawai tu periksa. Semuanya berlaku dalam masa 10-15 minit. Kemudian tunggu sebentar sebelum dipanggil semula (menggunakan nombor giliran yang sama) untuk di ambil gambar. Percuma! Insya allah, esok sudah dapat IC baru. Yay!

p/s: aktiviti kill time yang sangat bermanfaat. Next trip nak ke EPF pula buat kemaskini apa yang patut.

Monday, August 26, 2013

Butter Squid - percubaan kali pertama

Semenjak jadi fulltime housewife ni, kenalah berjinak2 dengan dapur, masak memasak. Chubby bila kita tanya nak makan apa hari ni, "surprise me!". Mak aih, senang je jawapan diaaaaa... jenuh ai nak pikir okay.. semua buku resepi kita godek, siap dengan google bagai.. :-)
Resepi akan dikongsi di sini dan juga tujuan sebenarnya untuk rujukan semula!
Bahan2
-sotong (dipotong ikut size yang disukai)
-serbuk kari
-Tepung jagung
-Telur ayam sebiji
-cili padi
-susu cair / susu UHT dalam kotak -sedikit gula,lada hitam (jika suka)
-cheddar cheese

Cara Membuat
-Perap sotong dgn tepung jagung,serbuk kari ,garam dgn sebiji telur dlm setengah jam
-Kemudian goreng sehingga kekuningan dan ketepikan
-Cairkan butter
-tumiskan daun kari & cili padi cincang sehingga naik bau
-masukkan susu cair,sebatikan dgn butter hingga menggelegak
-masukkan sotong yg telah digoreng
-perasakan dengan gula, lada hitam
-masukkan cheddar cheese ,sebatikan dan tutup api -hidangkan panas2

Boleh juga ganti squid dengan butter atau ayam. Sedap uols. Please try.

Friday, August 23, 2013

Pernah jual atau beli sofa RM10?

sofa set
Sofa ni ada sentimental value sebab beli masa baru lepas kawin. sekarang after 8-9 yrs dah lusuh pun. satu kaki dah patah tak tau letak kat mana. kusyen pun tak empuk dah. Dari buang macam tu je dengan hassle nak cari lori bagai, we agreed to dispose it creatively. So, I pun advertise la kat mudah.my that I'm letting go used sofa set for RM10. The condition is described specifically siap bagi tau 'view to believe'. Nak dijadikan cerita...ramaaaaaiiii yang call and sms sebab nak beli sofa ni. Insya allah malam ni pembeli nya akan datang ke rumah. We'll see how.

Uols pernah tak advertise dekat mudah.my? It's very easy la just like the name. I dah jual (bukan beli ya) macam2 benda from modem, stroller, high chair, tayar kereta, netbook, speedlight, camera lense dan macam2 lagi!

update: The kids so happy dapat duit raya dari uncle yang beli sofa. Senyum lebar diorang, sempat lagi comment sikit lagi kumpul boleh beli X-box! hehehhe

Wednesday, August 14, 2013

Dengan lafaz bismillah, di hari Syawal ke-7 ini....

”Selamat
Dah lamaaaaa stop blogging. Now that I dah berenti keja (ehem)..boleh la nak kill time..sambil2 tu blog about everything kan! Stay tune okay.. ;-)