Thursday, September 19, 2013
Informasi tentang ulat daun
Ulat daun yang berjaya ditangkap petang tadi sedang berehat di atas daun limau purut saya yang tinggal separuh saja.
Tanam.com ada cadangan bernas untuk penggunaan pesticide buatan sendiri yang organik. Hampir sama ramuan yang telah saya catat pada entri yang lalu dan juga telah saya cuba buat seminggu yang lepas. Masih ada ulat. Mungkin perlu tau juga kekerapan semburan pesticide yang lebih efektif.
Kali ni bukan nak cerita pasal langkah yang diambil untuk menangani ulat daun perosak tanaman saya (rasa lebih formal pulak bahasakan diri saya), tetapi informasi yang saya dapat mengenai ulat ini setelah membuat perbandingan gambar di google. Menarik sekali bila terjumpa entri ini yang memberitahu rupanya ulat itu adalah larva kupu-kupu Asia berekor cabang (swallowtail). Tiba-tiba rasa macam nak cari balik dalam tong sampah yang saya buang daun bersama ulat petang tadi. :-)
Sumber dari kompas.com mengatakan larva ini mempunya teknik penyamaran yang pelbagai untuk menghindari ancaman pemangsa. Larva muda menyamar seperti kotoran burung dan berubah menjadi hijau menjelang fasa akhir sebelum menjadi kepompong. OooOooO..memang persis taik burung la tadi. Sekali tengok dekat2 ada muka. Sah la ulat!
Till then peeps..
Labels:
Gardener
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kids pernah kutip dan bela. kuat makan ulat bertanduk dua ni!
ReplyDeletenext time insya allah nak try bela jugak!
Delete