Wednesday, October 23, 2013

PPAS tempat yang sangat sesuai untuk mengulangkaji

library ppas
Semalam atas nasihat King Nan, I memaksa diri pergi study dekat library PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor). Adalah dalam 20+ km dari rumah.. terpaksa lah gagah jugak pergi mengenangkan apa yang King Nan cakap tu betul, too many distractions at home. Jadi kena pegi tempat yang aman untuk mengulangkaji. "Don't bring laptop nanti u update blog plak!" pesan King Nan. Heheheh...

shah alam
Bila masuk entrance PPAS dan KGSAS tu rasa macam dekat Taiping Lake Garden, rimbun je pokok. Sejuk mata memandang. Sempat la jugak ber"selfie" masa dekat parking. Lol!

selfie

Teringat dulu masa 2nd sem, datang sini buat assignment dengan Kak Ina, Aty dan Zu. Banyak kenangan pahit manis masa buat assignment tu dulu. Biasa la bila buat groupwork. I pulak jadi project manager ke semua project. Bak kata Puan Jem, "sapa suruh you tamak". Makan hati ok! Tak nak lah kenang peristiwa lama, Jalan Terus kan? (tagline cousin nih!)

study

Oh ya, sebelum terlupa PPAS ada kids section tau. Refer sini. Sesuai if you need to bring your kids too. Santai tempat dia, anak-anak I suka pergi sana sebab ada Reading Tree, Zon Kreatif dan Zon Siber. Lagi satu, kalau nak tonton Teater XD/6D pun ada. I belum pernah cuba tapi hari tu Mak Guard situ promo dekat I masa Adam ikut sama. Kata dia ada tayangan setiap hari. Menarik bukan? Kalau parking jauh, ada buggy service lagi. ;-)

Alhamdulillah, sorang-sorang pun menjadi jugak study for about almost 3 hours abis 3 chapters! :-) Ulat buku kah aku ni? Hehehhe..Timing kena bagus, sebab nak pegi pickup Adam balik sekolah pulak. Since exam week si Abang ni, balik tu buat revision dengan dia pulak. Otak ni dah rasa sengal! But all I can say is "mom has got to do, what mom has got to do!". I pray for Adam dapat ilmu yang I ajar nih, untung2 esok dapat score. Amin!

revision

Till Then!


1 comment:

  1. teringat semasa belajar di Universiti pinggiran KL. Setiap kali nak exam kami berdua (aku dan fara d'genius) akan berkampung di library budak2 medic di 6th college. Sungguh....tengok derang setadi mmg semangat nak setadi. Inspirasi kami :)

    ReplyDelete

Tell me what you think