Wednesday, January 1, 2014

3 perkara seorang suami tidak akan beritahu pada isterinya

Dah lama nak buat translation post yang satu ni. Versi English boleh dibaca di sini ya. Kesemuanya ada 7 tapi saya singkatkan jadi 3 sahaja! Post kali ini penulis akan membahasakan diri 'saya' supaya nampak lebih sopan dan formal. :-)

Untuk tatapan semua, semoga isi kali ini memberi manfaat seperti mana ianya sangat bermanfaat buat saya. Peringatan peribadi dikala leka dengan kebiasaan yang mungkin lebih kepada kepentingan diri sendiri.

Artikel pada asalnya ditulis oleh Abu Ibrahim Ismail adalah ditujukan untuk pembaca wanita diruangan nya. Sangat bernas. Dia membuka kata dengan menyatakan perbezaaan budaya barat dan Islam di mana jika budaya barat adalah di galakkan untuk suami dan isteri untuk berbincang apa sahaja. Bagaimanapun budaya kita orang Islam para suami agak berat untuk membicarakan setengah perkara mengenai isteri nya.

1. Suami menginginkan penghormatan dari Isteri

Adalah sangat mustahak untuk isteri memahami harga sebuah penghormatan kepada suami itu. Dalam Islam, suami diajar dari kecil supaya menjadi pemberi nafkah dan menjaga keluarga.

Maka cuba kita bayangkan betapa kecewanya mereka, suami yang telah mencuba sebaik mungkin menjaga keluarga untuk berkahwin dengan seorang wanita yang tidak tahu menghargai dan menghormati mereka sebagai ketua keluarga. Isteri boleh mengatakan rasa cinta tetapi jika tidak besertakan rasa hormat itu maka suami dengan mudah boleh hilang rasa cinta ke atas isteri.

2. Dia mahukan seorang isteri yang taat


Taat diiringi dengan rasa hormat. Tidak taat/setia adalah cara yang paling cepat untuk merosakkan rumahtangga yang dibina. Selalunya bila dibicarakan tentang taat setia ini sering dikaitkan dengan tidak berlaku curang. Tapi yang lebih penting sebenarnya, siapa yang kamu pilih untuk menghabiskan seumur hidup dan berada bersama dikala saat memerlukan.

Suami kebanyakkannya tidak akan mengaku, tetapi mereka perlukan isteri yang sentiasa memberi sokongan. Ianya amat sukar jika berkahwin dengan isteri yang tidak ada bersama tatkala keadaan menjadi lebih sukar dan sempit. Lebih parah jika selalu diugut minta diceraikan. Maka perkahwinan itu sangat rapuh tidak tahan dilanda dugaan.

3. Suami perlu tahu bahawa si isteri akan berada di sisinya jika:

dia hilang pekerjaan dan soal kewangan menjadi sukar
dia mencuba sesuatu di dalam hidup (seperti berniaga atau kembali belajar) tetapi gagal!
Maruahnya tercalar dan nama baiknya diganggu gugat


No comments:

Post a Comment

Tell me what you think