Wednesday, March 26, 2014

Siri #Boysnogadgetplz : main teng teng

Assalamualaikum..

I have been wanting to start the series. Not really at first, but cousin said it could be useful for others. Betul kah?
Sejak jadi surirumah/SAHM, saya agak serius untuk mengurangkan dan seterusnya menghentikan permainan gadget bagi si Adam dan Idrees. Pelbagai usaha direncanakan, alhamdulillah ada yang menampakkan hasil positif.

Salah satunya, adalah ini! Saya kira adalah sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama anak-anak tentang permainan tradisi ini. Ianya permainan yang tidak asing, tambahan untuk kanak-kanak perempuan pada zaman saya kecil-kecil dahulu. Oh nostalgia sekali!
Teng teng atau hopscotch ini lebih seronok jika bermain secara berkumpulan lebih dari seorang. Saya sebetul nya tidak lah begitu ingat dengan jelas peraturan permainan ini. Tidak pula saya berusaha untuk selidik dulu bertanyakan carian Google. :-)

Apa pun anak-anak saya juga tidak mengetahui nya. Saya ubah suai sendiri menjadi lebih ringkas tanpa 'acara timbang' untuk 'membina rumah'. Saya betul-betul lupa bahagian itu..


Saya ada buat cadangan untuk membeli cat dan melukis teng teng ini di kawasan parkir kereta. Buat masa sekarang ianya sementara di situ dan dilukis menggunakan kapur berwarna. Jika kena gayanya, lukisan kekal menggunakan cat berwarna warni seperti menjadi hiasan di luar rumah. Hmmm, menarik juga.

Selain menguji ketangkasan fizikal, permainan seperti ini ada nilai murni yang boleh diterapkan pada anak-anak. Ingatkan mereka, adat permainan ada kalah ada menang. Ada peraturan yang perlu diikut. Sama juga dalam kehidupan kita. Walau lawan kita tidak nampak kesilapan kita dan kita boleh sahaja berpura ianya tidak terjadi untuk mara ke langkah seterusnya, ingatlah Allah itu ada. Dia Maha melihat. Ok sayang, jangan cuba menipu. Selamat bermain!

4 comments:

  1. Teringat zaman kecil2 dulu… conteng atas tanah jer nak main teng teng ni…

    ReplyDelete
  2. Teruskan berkongsi perkara yg bermanfaat sepupuku. Aku sokong kamu! Aku belum buat lagi permainan jengkek ni rumah. Tapi anak-anak dah main di rumah pengasuh. Di kampung Ulu Lenggong, kami panggil permainan jengkek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq. eh aku check dengan member depa panggil jengket jengket. hehehehe

      Delete

Tell me what you think