Friday, May 23, 2014

Idea potluck untuk jamuan di sekolah anak

Assalamualaikum...

Yang dah jadi parents tu mesti dah biasa bila ada jamuan dekat sekolah kalau jenis 'potluck'. Kalau belum diberi pilihan senarai makanan jenuh juga nak pikir menu apa. Macam sekolah si Adam ni memang dah dapat senarai menu mengikut Tahun masing-masing. Dari senarai pilihan, Adam pilih nak bawak Spaghetti. Resepi Spaghetti boleh refer in here.


"Last seen today at 1:16am". Haaaa..acah mak enon. That was not Whatsapp punya timestamp. That was I punya last seen dekat dapur malam sebelum hari jamuan diadakan!

Stress bila sambil masak tengok resepi (tak hafal2!) ada anak duduk kat tepi dok buat QA/QC. "Mami pastikan sedap. Mami kena rasa beberapa kali. Masam, masin semua." OK.

"Macam mana, dah rasa? OK tak. sedap tak?" "Adam rasa Mami boleh buat, Mami ada bakat memasak kan adik?"

Eh eh... diam la sekejap give me sometimes to concentrate! Selepas 1 jam...'food tasting' la konon. Adam kata......

Dia tak kata apa! Dia tunjuk thumbs up je. Lepas la tu standard dia...Amin!

Esoknya...

Ini lah juga habuan for breakfast....


Dup dap dup dap while waiting for him to finish school sebab nak dengar feedback dia. He is jenis yang kalau food tak abis atau ada yang komen tak sedap ke apa..he will take it to heart. Macam dia yang masak.

Sekali masa amik dia dekat sekolah, dia bukak bekas warmer isi kuah spaghetti tunjuk...LICIN. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. bakal merasa juga satu hari nanti pengalaman yang macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-) Insya Allah, pasti menyeronokkan. Ada kala menguji kesabaran juga. Be prepared.

      Delete

Tell me what you think