Wednesday, June 11, 2014

Day 1: Percutian 4D3N Johor Bahru, Singapore dan Melaka


Assalamualaikum...

Kesinambungan dari entri kelmarin, boleh baca kat sini ye.

Peringatan kepada sesiapa yang ada pets tu sebelum bepergian jangan lupa bagi makan. Keluar rumah dah lewat dalam pukul 11 macam tu. Sampai Seremban berhenti for late breakfast baru si Adam teringat yang Killdabrother, Swamp water dan Bubble (tortoise) tak bagi makan pun. Mula la muka monyok. Tanya bila nak balik. Berapa hari lagi? Agak2 hidup lagi ke tortoise tu nanti? Dan bermacam soalan lain. Adoiiii..sabar. Tengok dia sedih kat tepi tingkap kesian jugak. Tetiba siap angkat tangan doa..apa jugak yang dia doa tak dengar sebab nampak mulut je terkumat kamit. hehehhe..Adam Adam..so the very drama la the boy.

Hujan on and off sepanjang perjalanan. Sampai JB around 3pm. Anticipate dah late check-in. Lepas tu mesti malas nak keluar balik. So, we chose to tapau food dekat Restoran Singgah Selalu. Famous restoran ni sebab macam-macam ada! We all tapau nasi ayam, pisang goreng, dim sum, takoyaki dan apam polkadot. Heeeeee..




Selesai check-in lepak kejap..kids pegi mandi swimming pool. Punyalah lama mandi...overshoot dah time nak melawat Masjid Sultan Abu Bakar. Anyhow, sempat jugak sampai. Nasib baik dekat je dengan hotel, within 5 minutes drive kalau tak sesat. Errr..tapi we all sesat sikit masuk dalam Hospital Sultanah Aminah. Worry not sebab I ada driver yang hebat! :p

Masya Allah, sejuk mata memandang dekat sekitar Masjid ni. Tak berkesempatan nak pusing habis sebenarnya. Cuma di sekitar depan masjid sahaja. Kalau dapat masuk dan solat di sana lebih baik.


Malam tu pergi Danga Bay yang dekat dengan Fun Fair tu kan. Ingatkan ada Petting Zoo. Sure I dah research kata kat situ ada petting zoo. Sekali sampai, dah lama tutup kakkkkk. Frust. Tambah frust bila anak buat perangai sebab mami dah janji nak pergi zoo. Haishhhhh... The place was poorly maintained. Tak payah la kot pergi situ. I tak recommend. Anyhow sementelah berada di sana, we all naik trem pusing sekitar, kids main bumper car and Dedi main dart.


Balik from Danga Bay, we all had dinner dekat Gerai Tepian Tebrau. Had Murtabak Singapore, Otak-otak, Kuetiau Goreng, Nasi goreng Cina and Mee goreng. Lupa pulak nak ambil gambar. Mungkin sebab dah lapar sangat. Bismillah then wallap terus!

Stay tune for Day 2 update...more adventurous journey to Singapore via public transportation. And the race began...

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think