Monday, June 9, 2014

Puding roti menggunakan pemanggang ajaib

Assalamualaikum...

Baru-baru ni I beli pemanggang ajaib generasi 2 jenama are-ikan, tak lama selepas baca review blogger Cik Laili. Sebetulnya, keputusan dibuat atas pengaruh kak Ina juga..tapi takkan nak pegi ke Langkawi sana semata nak beli pemanggang ajaib ni. Thank you lah to Cik Laili for convincing review. Harga termasuk pos RM168. Lepas bayar soon after dah sampai parcel dari Pos Laju. Senang!


Nak masak apa ye? Tengok CD yang datang sekali dengan parcel tu...baca review..tengok youtube pasal keajaiban pemanggang ni memang rambang mata nak start buat apa dulu. Hehehhe...

Kebetulan lepas balik dari bercuti, roti dah nak expired. Just nice. Apa kata buat puding roti. Google punya google jumpa lah resepi yang agak sesuai dan mudah. Jom cuba..moga-moga dapat buat minum petang setelah penat lelah mendobi baju bergunung balik setelah berhari bepergian.

Refer resepi dari dua references di Alifaforever dan Kisah Si Diary.

BAHAN BAHAN

Gula 1 cawan
Majerin 5 sudu besar
Fresh milk 500ml
Roti 12-15 keping
Telur 1 biji
Esen vanila 1 sudu kecil

CARA-CARA
1. Ambil roti dan carikkan jadi kecil kecil. Isi dalam pemanggang ajaib ni biar penuh macam kat bawah nie. Boleh tabur kismis terus kalau mau. Boleh juga ganti dengan chocolate chip.


2. Dalam bekas yang lain, gaul ratakan gula dan majerin.
3. Kemudian tuang fresh milk dan terus gaul.
4. Masukkan telur dan esen vanila. Macam biasa, gaul gaul gaul

5. Tuang bancuhan ke atas carikan roti tadi. Kalau ada roti lebih, boleh carik-carikkan, tabur dan tekan2 sikit atas acuan so nanti atas puding tu jadi garing sikit dan nampak ciri-ciri kerotiannya.
7. Bakar sampai masak..dalam 10 minutes dengan api perlahan. Terbalikkan dan tunggu dalam 5 minit lagi. Jika belum masak pandai-pandai la adjust. :-)



Bahan bahan untuk kuah kastard

1 1/2 cawan fresh milk(guna susu cair pun boleh) //I pakai susu cair je
2 sudu gula(nak manis lagi pun boleh) //5 sudu besar
1 cawan air
2 sudu besar tepung kastard //3 sudu besar

campur semua bahan tu dalam periuk dan kacau perlahan lahan sehingga kuahnya pekat

Siap!!!

4 comments:

  1. Yeah..berjaya juga menggoda pembaca blog ciklaili.com untuk beli pemanggang ajaib ni.
    Memang mudah kan bila ada pemanggang ni?
    Selamat memasak menu2 istimewa yg lain.

    * terliur tgk gambar puding roti tu. Mesti sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-) CikLaili....Saya percaya mesti ramai lagi macam saya yang 'tergoda' bila baca entri CikLaili tu!
      Ya memang mudah....dan Ya puding roti tu sangat sedap!

      Delete
  2. ui sedapnye ..saya pun nak cube jugak lah..yumss

    ReplyDelete

Tell me what you think