Thursday, June 26, 2014

Uniqlo AIRism t-shirt innerwear yang paling hebat untuk cuaca panas sekarang!


Assalamualaikum...

Uniqlo AIRsim Comfort unlimited. Masya Allah. Betul! Dah beli ke?

Sebenarnya sebelum MrKingofMyHeart beria-ia ajak beli ni beberapa minggu lepas, memang I pun ada dengar pasal kehebatan AIRsim ni. Tapi tak adalah ambil pusing sangat. Sebab utama bila tengok harga dia...for innerwear je..amboi mak..hampir mencecah RM70 sehelai.

Tak jadi beli...

tapi tu dulu...

SEKARANG...cuaca extremely hot kan. Dengan jerebu lagi yang menambah parah keadaan panas di Malaysia kini. Hmmm..kalau setakat makan fruit popsicle/aiskrim buat sendiri tu (eh eh..nak promo blog post sendiri lah tu kan?) atau aiskrim goreng homemade (hahahah..promo lagi) mana cukup nak sejuk kan badan.

This is.

Really.

Tak percaya cubalah beli dan pakai. It really solves my problem. Cooling, tak rasa melekit badan, peluh tapi tak basah! Recommended untuk yang kuat berpeluh. Macam I memang kuat peluh. Usually akan ada sweat patch! Memang tak sexy and worst memalukan. Not to worry. Bukan orang kebanyakkan macam kita je peluh cam gini. Cuba tengok ni...

Photos credit to Google images

So back to this piece of innerwear.

AIRism is designed specifically for Women's skin. Haaa read thatttt..Cuba tengok the following info taken from the website. Kalau rajin sila lah baca details.


So nak beli camana?

Pergi outlet Uniqlo. KLCC, Main's Place, Alamanda, Sunway Pyramid, Setia City Mall....kalau luar KL tu sila lah search store locator here. The short sleeve normal price is RM39.90. Tapi kalau ada sale will go down to RM19.90. So, please watch out for the promo. Can't wait to stock up for hubby cukup pakai seminggu.

Bukan top je, boxer and underwear, bras pun ada!

Okay, happy shopping!


No comments:

Post a Comment

Tell me what you think