Wednesday, July 16, 2014

Best hotel ni. Eastern & Oriental Hotel, Penang

Assalamualaikum...

Minggu lepas hari Khamis & Jumaat ikut MrBossMan outstation ke Penang. Merasa lah overnight di sebuah hotel yang agak mewah ni. Been dreaming sejak zaman bujang dulu...'bestnya kalau dapat tido kat sini'. Dah pun dimakbulkan Allah. Syukur lah rezeki bulan puasa kot.

Nama hotel Eastern & Oriental Hotel. Hotel ni dekat Georgetown. Tak jauh dari jetty. Sekali tengok memang dah tau bangunan kolonial. Macam zaman dahulu kala sebelum merdeka! I memang suka bangunan cam gini. Haunted ke tidak? heeeeee..tapi ni kan bulan puasa. :-)


Booking pakai mobile apps Hotels.com. Senang je. Janji ada credit card :p

Our reception sebelah Heritage Wing (lama punya and more expensive as being told be the man outside reception). Upon checking, sampai dekat lobby je dah terlopong. Cantikkkkk... Besar....luas...The furniture, reception settings semua antique, elegant and expensive. Jakun okayyyyy.. Maaf. Tak boleh control. Kids lagi lah...baring terus! atas coffee table. :-/

Ada escort pulak ke bilik. Separate then the poter yang hantar beg ke bilik tau. Got to be generous with tips macam gini kan. Bila dah tunjuk bilik, siap tolong susunkan kasut dekat tepi. Waaahhh, memang kelas the hospitality. Cam gini lah bestnya jadi orang kaya-kaya ek. Layanan first class okay. Jakun kuasa dua!


and the room....

Masya Allah. Spacious and luxurious betul. We were upgraded to sea-view Suite. Boleh dengar deruan ombak. Happy Happy.

2 King bed. Walk-in wardrobe. Very big bathroom with "His" and "Her" hand basins, shower, bath tub and toilet. Ada writing desk area and dining table overlooking the Straits of Malacca. Oh yes 2 TVs, satu depan katil and the other one dekat lounge area.



When I said antique....

Cuba tengok rug, telephone, switch, couch and etc. Antique sangat kan... Even the toilet seat made of wood tau. Oh ya, worth to mention ada butler switch. Petik je switch tu...terus ada telephone ring! Tanya if you need anything? Jakun Jakun Jakun. 3-4 kali false alarm bila Idrees or Adam tekan to test it out. Malu mami!



Among the best moment. Getting ready in the walk-in wardrobe. Waahhh, rasa macam 'cantik' je diri ini. Walaupun wardrobe tu empty. Lol. Ni semua penangan berangan. Berangan la wardrobe tu I yang punya and loaded with busana indah, sepatu, beg segala maknika.


Then sahur camana?

Haaaaaa...sahur in room okay. Breakfast tu ganti dengan sahur. Mewah nya sahur dia. Nasi putih, Sup tulang, kari ikan, ayam goreng, fruits, kurma and papadom. They actually bagi complimentary for the kids. Hai hai hai...bagus kan hotel ni?


Sayang tak sempat ambil banyak gambar kenangan di persekitaran luar hotel. Cuaca agak berjerebu.


Sekian laporan. :D

6 comments:

  1. wah menariklah hotel ni, jadi terminat pulak, boleh try next visits to penang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terminat kena lah terpergi Farah! :-) hehehhe

      Delete
  2. Wah memang nampak mewah lah Ros.. berapa harga nya semalam.. mesti MELETOP punya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meletop kebabom jugak la harga nya kak. Tapi hari tu company husband yang bayar. hehehhe..

      Delete
  3. wah...bestnya

    penah lunch kt situ.mmg best tp dia ada 2 tempat mkn.yg lg 1 side tu mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah best. Tapi hari tu tak tau pulak kitchen masak sahur tu yang mana satu. For sure, ianya sangat sedap!

      Delete

Tell me what you think