Thursday, July 24, 2014

Resepi Kek Pisang (guna pemanggang ajaib)


Assalamualaikum..

Nak raya dah ni kan. Rasa bersalah pulak semua cookies beli je. Nak buat sendiri ada kekangan. Tak ada oven nak bakar. Boleh ke pakai pemanggang ajaib? Macam tak banyak reference. Nak berani mati cuba....tak sanggup.

Mak suruh si Hanis belikan kek pisang raya nanti... Haaa nak buat kek pisang la! Niat dihati tak la sampai nak kata "Hanis, cancel la beli kek pisang kat Ipoh. No worries I manage (I buat kek pisang)"..... Tu namanya cari pasal! Kekekkeke..

Tapi nak buat kek pisang jugak...tengok resepi simple je. Cannot be lah sampai buang tong sampah kan. Mesti boleh telan jugak.

OK jom tengok resepi. Buat cross reference dengan beberapa blog resepi ni...antaranya Qaseh Honey, Dapur Kak Jee dan After 5.30pm

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3 biji pisang //5 biji pisang berangan
1/2 sudu kecil soda
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit esen vanila
* I tambah 1 sudu kecil air limau nipis dan almond flakes (suka hati je)

Cara-cara:

1. Ayak tepung tepung bersama soda dan baking powder.
2. Campurkan telur, gula, pisang dan esen...pakai mixer senang
3. lepas tu masukkan tepung tadi dan akhir sekali masuk kan minyak masak.
4. Masukkan dalam pemanggang ajaib, bakar selama 10 minit tanpa tutup penutup pemanggang tu
5. Kemudian selepas 10 minit tutup penutup dan bakar lagi 10 minit atau sehingga masak
6. Terbalik kan pan, tambah la dalam 8-10 minit // ada lah lagi 20 mins kot...make sure check selalu
Note: Api dapur gas tu buka yang paling kecil

Hasilnya? Tak cukup manis lah. Lain kali pakai pisang emas kot yang dah masak ranum. I pakai pisang berangan... huhuhuhu.pastu tak adjust plak paras gula. Texture not bad. Tak moist. Sedang-sedang aja.

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think