Thursday, August 7, 2014

Tanam sendiri terung

Assalamualaikum...

11 syawal dah... orang sibuk update gambar raya...I nak update gambar terung! boleh tak??? Tak kira lah..nak bangga jugak ni. Just right before balik raya seminggu hari tu ..nampak warna ungu terung tu dah keluar sikit... haaiiiii ada la 2 biji! Weeeeee...


At first susah hati... Nanti balik, ada rezeki ke lagi nak tengok dia berbuah sampai besar. Ke layu dan terus mati? Allah itu Maha Besar. Di beri pertolongan melalui kazen ku Petak Hijau. Dia bagi idea untuk letak botol berisi air dekat pokok tu. She's a real gardener weh. Mesti idea ni tested dan boleh pakai!. Oh ya, macam mana pulak pokok tu nak dapat air kalau letak botol macam tu je? Haaaa... kenalah cucuk dulu botol tu bagi ada lubang-lubang kecil untuk air keluar secukupnya.

Bila dah balik seminggu selepas itu.... TADAAAAAA.....


Sikit masa lagi boleh tuai dah. Dulu beli pokok ni RM5 je. Ada dua biji terung juga...tapi tak sempat tuai sebab jadi keras dan kuning... tersalah letak baja 'overdose'. Yang kali ini..besar harapan boleh tuai dan rasa homegrown terung.

Cantik tak warna purple? Haaaa..ni petunjuk untuk warna tema raya tahun ni. Hehehehehe...

Korang suka berkebun ke tak?

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think