Sunday, November 30, 2014

Cuti sekolah nak pergi mana?


Assalamualaikum & Hi,

Dilema orang yang dah jadi mak-mak dan ayah-ayah. Bila cuti sekolah je nak kena plan bawa anak-anak bercuti. Kalau ada kampung, opah dan atuk masih sihat boleh la 'pos' ke kampung ye dak? :D

Kalau 'pos' ke kampung bukan satu opsyen, maka....brainstorming perlu dijalankan untuk mengenal pasti destinasi yang sesuai. Trend sekarang selain bercuti, anak-anak dihantar ke kem ibadat, kem tahfiz, kem cuti sekolah, kem bahasa dan segala mak nenek kem pun ada! Tinggal lagi sedia kan $$$$ sahaja.

Anak-anak lelaki I ni animal lovers korang. Untuk cuti sekolah kali ni tema nye 'animal planet'. Dah 2 Zoo dah kami lawati. Zoo Negara dan selang 3 hari kemudian nya Zoo Melaka pulak. Hujung minggu depan kalau tak ada aral, berkhatan. Dah baik nanti, boleh tambah lagi satu Zoo. Zoo Taiping? Hehehhehe..

Kami sepakat lebih suka Zoo Melaka. Ada buggy service pusing satu Zoo with driver cum personal tour guide. Sangat sesuai untuk mereka yang bawa anak kecil atau bawak parents yang confirm penat nak menapak 3.2km! Harga juga berpatutan untuk 5-6 seater. Kalau nak pergi suggest pegi pagi sampai before 11am. First animal show at 11am. Toilets are clean. Harga air dan makanan pun berpatutan.

Kalau Zoo Negara pulak, additional attraction mungkin sebab ada Panda Conservation Center tu. Of course at additional price. That day nasib baik tak beli ticket with that access. Sebab masuk baru 1.5 hours dah start hujan. Sekarang kan musim hujan bila lewat tengahari dan petang.

Some of the photos taken at the Zoo.


p/s: the top most photo tu was my simple thank you note for MrKingofMyHeart sebab melayan karenah the boys nak pergi Zoo lagi! We will see if there will be third Zoo for this school holiday. :p

2 comments:

  1. My children animal lover too!
    Dah berkali kali duk berzikir suruh belikan pet... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha..ya my boys dah ada tortoise now ada macam2 idea for another pet. I said NO!

      Delete

Tell me what you think