Thursday, January 8, 2015

Resepi Pasta Goreng Bawang

Assalamualaikum & Hi,

Belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2015!! Semangat tak awal2 tahun ni? Dah buat resolusi? Dah tulis dalam planner atau dairi? Elok lah kalau ada perancangan. Kalau belum ada lets have one. Then work towards the plan. Mudah-mudahan tercapai. :-)

Resepi pertama ditahun baru setelah sekian lama tak update #laporanmasakan di Instagram dan juga blog ni. Dapat idea dari blog Cookery Pot, selepas puas mencari-cari resepi yang sesuai dengan bahan mentah yang sedia ada.


Sila ambil maklum, meatball tu tidak termasuk dalam resepi asal. Since lebihan spaghetti meatball kelmarin boleh je makan dengan pasta goreng ni pulak. Hhehehe.. Elakkan pembaziran.

Bahan-Bahan:

Bawang Putih
1/2 paket pasta (Linguine) di rebus ikut peraturan di pek //angel's hair je yang ada
3 ulas (15gm) bawang putih di cincang
2 sudu besar butter/majerin untuk memasak
7 biji cili padi dicincang // 3 biji je nanti pedas sangat pulak
2 butir cendawan butang (optional) dicincang
3 butir buah zaiton (optional, akak bubuh sbb dah ada) dihiris //tak letak
1 sudu teh oregano kering
1 sudu teh serbuk lada putih garam daun bawang dan daun sup dicincang halus


Cara-cara:
1. Cairkan majerin/butter dalam kuali
2. Saute bawang putih hingga kekuningan
3. Masukkan hirisan cili padi, cendawan dan buah zaiton, goreng hingga cili layu
4. Tambahkan garam secukup rasa, lada putih dan oregano, sebatikan.
5. Masukkan pasta dan kacau seketika.
6. Masukkan hirisan daun bawang/sup, sedia untuk dihidang.

p/s: I memandai letak pulak isi ayam sikit yang digoreng dulu. Oh ya, dan sedikit carrot yang diparut.

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. Menarik ni, tu meetball ke? Sedapnya kalau letak meetball banyak2.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal, simple jer tp mesti sedapkan....anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga.terima kasih singgah sini. Insya Allah nanti saya singgah kat sana ye.

      Delete

Tell me what you think