Friday, March 27, 2015

Merancang kejutan harijadi

Assalamualaikum and Hi,

Ni kira #throwback #balingbelakang lah sebab the actual event was on February. Sorry kalau title tu misleading. Hehehhe..Tapi siapa tahu this could help you in planning surprise birthday cake blow-out the candles for your loved ones. Nak sebut birthday party, what we did the other day tak layak dipanggil party pun. So, I settled with tiup lilin kek harijadi sudah!

This was for my husband. Birthday dia bulan lepas on 25th. Hari Rabu, I still remember sebab kids wearing baju sukan setiap hari Rabu and that day lepas sekolah terus bawak diorang pergi cari helium balloon.

One thing about merancang/planning...at least kena lah ada dalam fikiran apa yang kita nak buat. Semua tu saling berkait dengan berapa bajet $$ yang ada, masa dan juga siapa yang akan ada sama (nak tolong sebelum, semasa dan selepas). It didn't take me long to finalize my plan sebab simple je pun.

Bajet? Ciput. I need helium balloon, cake, candle, birthday card and that's it.
Masa? 2-3 hours (from the time fetch the kids at 5pm till Tuan Besar sampai rumah around 7 or 8pm), melampau kan? patutnya dah lama boleh fikir and plan something better. Tapi I'm not good in giving surprise. Plus, mana pernah surprise-surprise seumur hidup ni?
Siapa? Just me and the boys

So mana nak cari helium balloon, cake, candle, birthday card? Hahahha..baru berapa item nak kena cari rasa hura hara dah ni. It has to be from somewhere yang berdekatan sahaja. Kalau jauh nanti makan masa pulak kan. For sure cake not Secret Recipe (kan orang kata before GST lagi dah ada additional charges. Tak bajet-friendly gitu). So cake beli dekat Berry's Putra Heights. Senang! Lagipun I ingat dia ada cakap, "next time kita boleh beli kek dekat sini. Murah banding secret recipe". Ting! Confirm the right choice. After all, he didn't really appreciate cake. Me and kids pun biasa2 je. Well, kek jadi macam prop je nanti. :P

Birthday card? Well easy peasy lemon squeezy. Buat sendiri je lah! Wakakakka. I need to practise using china ink and the caligraphy brush. Comot-comot sikit pun tak pe. Yang penting ikhlas.

Tadaaaaaaa!


Apasal bergelap? Let's save that for later. Nak citer pasal pergi cari helium balloon. Ya Allah, sampai ke new mall Gamuda Walk kat Kota Kemuning sana mencari. I know got one shop dekat USJ Taipan tapi nanti sure tak ada parking. Leaving kids in the car is not a wise option. So tak pe lah jauh sikit. Lepas sekolah terus ke sana. Kedai baru je bukak. Nama kedai Awesome Party Shop.

credit to FB page of the shop


So we bought birthday candles RM12.90 (dia macam bunga api bila pasang), helium balloon x 2 RM9 and Foil balloon RM18.90. Balik tu dalam kereta Adam dah siap2 plan dah macam mana nanti nak surprise daddy. Nak kena hias belon, tutup lampu bagi gelap and etc. I said to him, hias belon? belon pun 3 ketul je kot!! :p Hahahhaha... kelakar lah diorang ni.

Dah sampai rumah, tak sempat nak rehat asyik tanya kat mana nak letak belon tu cantik? Kek kat mana, birthday card mana? ohoiiii. sabaq sat! Still got time. Lambat lagi Dedi nak sampai.

Bila Dedi sampaiiiiiii.... kelam kabut tutup lampu. Adam offered himself to 'alihkan perhatian' dedi ...dia kata..mami would need time nak pasang lilin. Ye laaaaaaa cari matches tak jumpa! Pulak tu lupa tutup kipas angin, everytime nyala api je padam. Tsk tsk.

and finally! Dedi came in and all of us sang a happy birthday song. Tiup lilin, hugs and kisses. Nampak gambar tu Mami panjat kerusi tau!


I hope you like it Dedi! We love ya.


2 comments:

  1. itu pun dah besar maknanya pada dia... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farah... thanks for the comment! :-)

      Delete

Tell me what you think