Monday, September 14, 2015

Resepi Cream Puff dengan sos kastard


Assalamualaikum & Hi,

Petang tadi teringin nak makan yang manis-manis buat minum petang. Nak cuba buat sendiri. Nak keluar beli, API hari ni tinggi sampai 163!!! Google punya google cari resepi apa yang berkenan. Found this cream puff dengan sos kastard resepi dari blog Cik Epal. Dia dah buat tahun 2012, I tahun 2015 baru terhegeh-hegeh nak cuba. hahahahha..

anyway jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat cream puff ni.

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (150g) diayak
secubit garam
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Masukkan butter dan air dalam periuk. Didihkan atas api sederhana. Bila butter dah larut dan sedikit mendidih, masukkan tepung gandum tadi.
2. Kacau laju-laju sampai tepung tu tidak melekat pada periuk. Macam jadi doh nak buat roti. Kemudian boleh ditutup api.
3. Ketepikan adunan dalam bekas lain.
4. Masukkan telur sebiji-sebiji sampai habis 4 biji telur. Terukan mengacau adunan.
5. Masukkan Esen vanila dalam adunan
6. Sediakan loyang yang dialaskan dengan parchment paper/ aluminium foil dan dioles dengan butter.
7. Guna piping bag + nozzle untuk bentuk cream puff yang bulat comel. Kalau tak ada, boleh guna sudu sahaja.
8. Jangan lupa panaskan oven dulu. Cream puff sedia untuk dibakar dalam oven selama 25 minit, 200C api atas dan bawah, tray letak tengah.

note: mine was not a successful one sebab cream puff bantant/runtuh/penyek. Kena cuba lagi next time. Don't know what went wrong. Rasa okay je cuma rupa agak sedih la.

Bahan-bahan untuk sos kastard:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan fresh milk
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau sebati atas api sederhana.
3. Sampai sos dah pekat boleh tutup api.

Cadangan hidangan
1. Potong cream puff (jangan sampai terbelah dua) untuk isi sos kastard di tengah2.
2. Tabur kan icing sugar.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think