Tuesday, September 22, 2015
Percutian ke Jakarta dan Bogor 6D5N
Assalamualaikum & Hi,
Cuti sekolah belum pun bermula tapi kami telah mengambil cuti terlebih awal. Hari Selasa yang lepas bersamaan 15hb pukul 5.45 petang, bermulalah kembara Jakarta-Bogor. Tujuan asal mengikut encik husband yang ada urusan. Sambil itu dapatlah kami sekeluarga melawat sekitar Bogor.
Kids memang cuti sekolah sempena darurat jerebu. Hari Rabu pula Hari Malaysia. Khamis dan Jumaat mohon cuti dari pihak sekolah.
Flight ticket kalau beli last minute memang agak mahal dari biasa. Jadi perlu rancang perjalanan dengan sebaik mungkin supaya bajet tak burst. Tambahan pula apabila membawa anak kecil bersama.
Kali ni, arrangement untuk supir dan penginapan tidak diaturkan sendiri. Kami guna khidmat nasihat kawan suami yang memang mahir dengan kawasan sekitar Jakarta dan Bogor. 5 hari perkhidmatan bayaran supir sebanyak IDR 2.5 Juta
Agenda lebih kurang seperti di bawah:
Day 1:
Arrived in Jakarta 6.45 local time
Dinner
Home service Pijat (massage) - at friends' house, rate IDR 150 000 for about 2 hours
Day 2
8am Breakfast
9am Journey by car from Jakarta to Bogor
11am Check in at Horison Hotel
1pm Lunch & Solat
3pm Kebun Raya Bogor
7pm Dinner & Solat
8pm Botani Square
Day 3
8.30 am breakfast
10 am Kuntum FarmField
1pm Lunch & Solat
3pm Factory Outlet
7pm Dinner & Solat
Day 4
8.30am Breakfast
10am Taman Safari Indonesia
3pm Lunch & Solat
4pm Factory Outlet along way back to hotel
8pm Dinner & Solat
Day 5
8am Breakfast
9am Attending Kenduri kahwin akad nikah
1pm Lunch & Solat
2pm free & easy
6pm Attending kenduri kahwin reception
Day 6
8am Breakfast
10am Tanah Abang - Block A & B
11am Thamrin City
2pm Lunch & Solat
3.30pm Airport
Menyusul adalah entri yang berkaitan dengan tempat menarik ketika di Jakarta & Bogor. Insya Allah. Stay tune!
Monday, September 14, 2015
Resepi Cream Puff dengan sos kastard
Assalamualaikum & Hi,
Petang tadi teringin nak makan yang manis-manis buat minum petang. Nak cuba buat sendiri. Nak keluar beli, API hari ni tinggi sampai 163!!! Google punya google cari resepi apa yang berkenan. Found this cream puff dengan sos kastard resepi dari blog Cik Epal. Dia dah buat tahun 2012, I tahun 2015 baru terhegeh-hegeh nak cuba. hahahahha..
anyway jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat cream puff ni.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (150g) diayak
secubit garam
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
1. Masukkan butter dan air dalam periuk. Didihkan atas api sederhana. Bila butter dah larut dan sedikit mendidih, masukkan tepung gandum tadi.
2. Kacau laju-laju sampai tepung tu tidak melekat pada periuk. Macam jadi doh nak buat roti. Kemudian boleh ditutup api.
3. Ketepikan adunan dalam bekas lain.
4. Masukkan telur sebiji-sebiji sampai habis 4 biji telur. Terukan mengacau adunan.
5. Masukkan Esen vanila dalam adunan
6. Sediakan loyang yang dialaskan dengan parchment paper/ aluminium foil dan dioles dengan butter.
7. Guna piping bag + nozzle untuk bentuk cream puff yang bulat comel. Kalau tak ada, boleh guna sudu sahaja.
8. Jangan lupa panaskan oven dulu. Cream puff sedia untuk dibakar dalam oven selama 25 minit, 200C api atas dan bawah, tray letak tengah.
note: mine was not a successful one sebab cream puff bantant/runtuh/penyek. Kena cuba lagi next time. Don't know what went wrong. Rasa okay je cuma rupa agak sedih la.
Bahan-bahan untuk sos kastard:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan fresh milk
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar gula
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau sebati atas api sederhana.
3. Sampai sos dah pekat boleh tutup api.
Cadangan hidangan
1. Potong cream puff (jangan sampai terbelah dua) untuk isi sos kastard di tengah2.
2. Tabur kan icing sugar.
Selamat Mencuba!
Saturday, September 5, 2015
Resepi donut tanpa yis
Assalamualaikum dah Hi,
Lama dah tak bersiaran. Tetiba rasa nak kena update resepi dekat blog ni supaya boleh refer lagi di masa depan! Semalam, teringin nak makan donut. Mak ada dekat rumah. Ala2 nak tunjuk la sikit dekat mak, actually anak dia ada usaha lah nak siapkan minum petang ke apa ke. Tak ada lah asyik beli kedai je.
Bila cari2 resepi, rupanya nak buat donut kena pakai yis. Sayang nya yis memang tak ada dekat rumah. Nak keluar beli, malas. Alang2 beli yis nanti pegi beli kuih siap untuk dimakan pulak. Hehehhhe.. Google lagi, nampak ada resepi donut tanpa yis dekat blog Faa Rosli. Wallaaaaa!!!
Jom cuba...
DONUT TANPA YIS / CHINESE DOUGHNUT
Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1/2 sk garam halus
2 1/2 sk baking powder
1/3 cwn butter
3/4 cwn susu segar
minyak untuk menggoreng
gula castor untuk salut donut - faa guna gula icing //kita pun pakai gula icing juga
Cara-cara
1. ayak tepung, garam n baking powder.
2. masukkan butter ke dalam bahan ayak. gaul menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti bread crumbs (tiada ketulan besar)
3. masukkan susu segar dan uli hingga menjadi doh besar.
4. bahagikan kepada ketulan kecil dan bentukkan bulat dan leperkan.
5. panaskan minyak menggunakan api sederhana besar. //pastikan api betul2 panas baru mula menggoreng
6. goreng hingga kekuningan, angkat toskan dan gaul dengan gula.
7. hidang dan siap untuk dimakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


