Thursday, July 2, 2015

Resepi Triple Choc Brownies yang fudgy dan sedap

Assalamualaikum dan Hi,

Heeeee..jom baking2 lagi! Dua hari berturut merasmikan oven Butterfly beli dari Lazada. Kelmarin buat semperit dahlia, lepas tu ni pulak Triple Choc Brownies.

Masa sembang-sembang dengan rakan baker yang seasoned, dia ada sebut Anna Olson. Kata dia bukan senang nak ikut resepi minah baker otai teramat yang sorang ni. Dalam fikiran I, sapa jugak lah Anna Olson ni. Tak pernah dengar langsung! Tiba-tiba masa refer resepi The Photographer who loves to cook (Eny Abdullah), she mentioned the recipe diceduk dari Anna Olson tetapi telah diubah suai mengikut bahan-bahan yang ada di Malaysia. Waaaahhh what a coincidence kan.

Resepi by Anna Olson HERE
(Untuk ukuran acuan 4 segi 8 x 8 inci)

Bahan-bahan :
300gm Dark Chocolate (coklat gelap) - Saya pakai jenama Beryls - Jangan pakai coklat susu sebab manis
100 gm butter - saya pakai jenama Anchor //I pakai SCS unsalted
100 gm gula
3 biji telur size A
1 tsp esen vanilla
125 gm tepung gandum
1/4 cawan chocolate chips
1/4 cawan white chocolate chips (coklat putih)
1/2 tsp garam
Jika suka boleh tambah walnut dan almond cincang kedalam adunan.

Cara-cara :
1.Panaskan oven suhu 160C
2.Potong coklat bar dan butter kecil-kecil dan cairkan keduanya sekali dengan kaedah double-boiler sehingga cair sepenuhnya. Angkat dari api.
3.Masukkan gula, kacau sebati.
4.Masukkan esen vanilla
5.Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji masuk, kacau dan kemudian masuk sebiji lagi. Buat sehingga habis. Kacau sekejap je pakai senduk.
6.Masukkan tepung dan garam. Kacau rata tapi jangan over mix.
7.Masukkan chocolate chips. Simpan sedikit untuk tabur diatas
8.Tuang dalam acuan yang digris dan kemudian diletak kertas alas (parchment paper). Kertas alas bagi lebih sikit keatas supaya senang nak tarik brownies dari acuan.
9.Tabur lebihan chocolate chips diatas. Boleh juga tambah walnut atau almond.
10. Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit atau sehingga cucuk cake tester keluar bersih. Jangan terlebih masak sebab nanti agak kering dan tak sedap. Kena moist sikit baru sedap

note: bergantung pada oven masing-masing sebenarnya. I set my oven 150C untuk 35 minit sebab takut terhangit. Bila abis masa test the cake, elok je. Tengah2 tu ada sikit moist. Oh ya, tunggu sejuk sikit brownies tu baru potong. Kalau potong masa panas2 nanti out of shape plak, pecah2.

hasilnyaaaaaa........yumss



brownies1



brownies2


Tuesday, June 30, 2015

Kuih Semperit sedap resepi dari Che Mat Gebu

Assalamualaikum dan Hi,

Semalam rasmi oven baru beli dekat Lazada.com.my Jenama Butterfly. Tak pernah dengar pun jenama ni sebelum ni. Beberapa jenama lain yang kawan-kawan recommended semua berharga RM300++. Harga dah naik katanya sebab masa mereka beli baru dalam RM200++. Yang Butterfly ni RM128 sahaja 19L, ada baking dan grill tray dengan semua basic function untuk oven. Lepas congak-congak, angkat jugak Butterfly ni. Kalau hanya hangat2 tahi ayam pun, simpan masuk setor tidak lah rasa ralat sangat (ayat memujuk hati).

Selalu kalau resepi, memang senang rujuk Che Mat Gebu di www.tiffinbiru.com. Untuk resepi kuih ni pun I rujuk kat sana juga. Kalau ikut gambar kuih semperit tapi CM panggil biskut dahlia.

BAHAN-BAHANNYA :
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) // I beli SCS salted
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose) //pakai esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

note: since Oven I ni kecik molek je, bila letak dekat 175C tu agak hangit. So I maintain suhu around 160C sahaja. Dalam tray tu ada 30 pcs biskut bersaiz sederhana. Api atas bawah untuk oven tu. Letak dekat 2nd tray level dari bawah.

Untuk first time buat, not bad lah kan..cantik je sebelum masuk oven

Yang ni batch yang ke-3 dah. Baru lah nampak semenggah sikit kalau nak hidang kat orang tak malu. Elok je rupa dia.

Yang ni nak tunjuk jugak. First batch yang agak hangit. Tapi hubby kata cair di dalam mulut, still sedap! Alhamdulillah.

Sunday, June 7, 2015

Sungai Palas BOH Tea Centre, Cameron Highlands

Assalamualaikum & Hi,

Nak sambung cerita pergi Cameron Highland hari tu. Boleh baca post asal kat sini. First stop masa sampai hari tu dekat sini lah. Sungai Palas BOH Tea Centre. Kalau dari Simpang Pulai, memang sampai sini dulu baru Pekan Brinchang.

Time kitaorang sampai tu tak lah pagi pun. Dah hampir tengahari. A friend told me, she went there early morning dan boleh nampak pemandangan yang memang superb Masya Allah. But honestly, at that time nak tengahari pun we thought the scenery cantik sangat.

One thing about coming here, please expect that you might need to climb up the hill to get to the top Tea Shop and Tea Factory. Hari tu there were guards who directed all cars to park at the allotted parking lot dekat bawah. Jadi, pakat-pakat lah berjalan kaki naik ke atas. Kalau dah sangat lapar atau tak larat nak jalan, very bad idea!

The same friend who told me about the scenic view, she did mention about breakfast like a king up there. Oh boy, mana adaaaaaa! Such a limited choice of food. And of course mahal dari biasa. Don't expect to get fresh tea brewed before your eyes. Dia bagi kat kita yang dalam tea bag tu lah. Hehhehehe..All four of us just shared scone sebijik, 2 pack of sandwiches. Drinks for each one of us. That's already ~ RM50.

Lepas makan, we strolled along the area lepas tu masuk Tea Factory. We took some photos...siap then turun nak balik pergi parking using different route lalu dekat ladang teh.

More photos taken dekat bawah, ohh wow, rasa macam model Teh Boh. Tersengih2 happy. Please spare a selfie stick in case tak ada orang lain yang boleh tolong ambilkan gambar family. Make sure your camera/handphone is fully charged. :-)