Monday, September 23, 2013

3 perkara bila menziarah saudara/sahabat yang akan berangkat ke Mekah

girlfriends
Indahnya terpilih menjadi tetamu Allah diusia muda - Rosie second from right

Kali ni Supermakwannabe menulis sebagai seorang sahabat. Tiada profession tertentu. Apa beza sahabat dan kawan? Atau samakah sahabat dan kawan? Sila lah baca sendiri! Yang pasti, Sahabat boleh membantu apabila kita memerlukan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan orang yang mampu menyimpan rahsia/keaiban kita. Tetapi mereka ini tiada pertalian darah dengan kita.

Antara adab sebelum menunaikan fardu haji ialah mengucapkan selamat tinggal. Kalau nak baca lanjut ada di sini. Tidak dinyatakan daripada mana sumber diperolehi tetapi apabila membacanya tidak mendatangkan keraguan - semuanya perkara baik. Wallahualam.

"Sunat mengucap selamat tinggal kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan kerana telah sabit bahawa Rasulullah S.A.W apabila hendak musafir, baginda pergi menemui sahabatnya dan memberi salam kepada mereka dan apabila pulang mereka ( sahabat-sahabat ) pula datang menemuinya dengan mengucapkan salam kepada baginda. Orang hendak musafir mendatangi kerana ia yang hendak berpisah dan orang yang pulang didatangi untuk diucap tahniah dan selamat pulang. Yang hendak bermusafir dan yang mengucapkan selamat berangkat masing-masing saling berdoa di antara mereka."

Dulu, saya tak pernah ambil pusing perkara sebegini. Ikut mak menziarah orang, mak mesti tau nak bagi apa atau cakap apa. Tapi sekarang bila saya sendiri terpaksa melaluinya (sebab umur pun bertambah dah jadi mak-mak), maka kena lah tau adab menziarah kan? Saya buat 3 perkara ini semasa menziarah Rosie. Boleh juga kalau ada yang nak berkongsi pengalaman, sila letak di ruangan komen ya ;-). Sebelum menulis entri ini, ada juga bertanyakan beberapa orang (you know who you are) untuk kepastian apakah kebiasannya dilakukan mereka. Jawapan serupa yang diterima. Tapi saya ingin menambah 2 perkara lagi menjadikannya 3 perkara untuk saya praktikan:

1. Bermafaan
2. Berdoa - semoga dipermudahkan urusan, dikurniakan haji mabrur, dianugerahkan kesihatan untuk beribadat dan sebagainya
3. Sedekah bentuk wang perbelanjaan

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think