Sunday, September 29, 2013

Ciri-ciri sahabat yang baik

sahabat

Pada sahabat yang baik itu, adanya nasihat yang boleh kita ambil dan manfaat. Pada sahabat yang baik itu, adanya kekuatan yang kadangkala kita terasa diri ini hampir tumbang. Pada sahabat yang baik itu, adanya kecantikan dan keindahan yang menterjemahkan kasih sayang daripada Tuhan. - AkuIslam.com

Sahabat Yang Baik Adalah Seperti Pelangi, Sulit Untuk Menemukannya Dan Beruntung Untuk Bisa Melihatnya, Itulah Sahabat Yang Baik."... [valentino]

Tetiba je hari ni nak tulis pasal sahabat. Dulu masa sekolah2, belajar Universiti dan baru mula bekerja memang ramai sahabat/kawan/teman. Bila dah kawin masing2 ada keluarga dah berkurang sangat. Tapi sebenarnya, sahabat yang baik itu walau jarang jumpa pun masih lagi boleh click instantly bila time catch up.

5 perkara Saya tahu dia sahabat saya bila:
i- saya rasa senang bila bersama dia, bercakap dengan nya, berkongsi susah senang bersama - contohnya nama dia akan ada dalam list whatsapp recent chats..hehehe.. kadang2 simple greeting "happy sunday" pun jadi lah.
ii- Ada perkara yang kami serasi - contoh nya saya suka henna kuku sebagai pass time, dia pun sama bila stress suka pakai henna!
iii- tak kedekut kalau soal wang atau apa jenis bantuan yang diperlukan- contoh bila pergi keluar makan, kalau saya tak cukup duit dia tak kisah pun tolong tambahkan atau terus belanja!
iv- sentiasa memberi semangat atau support system yang baik - contoh nya jika saya sedang feel down, diorang lah yang akan pom pom saya suruh happy balik!

friends quote

5 perkara saya tahu dia bukan sahabat yang baik bila:
i- kalau nak bercakap dengan dia kena hati2/cover/berlapik risau nanti salah pengertian sampai dekat orang lain jadi cerita lain - nampak benar bukan 'sahabat' kalau jenis suka jaja cerita dan bawak mulut sana sini
ii-berkira kalau soal wang atau apa jenis bantuan yang diperlukan - contoh nya kalau nak mintak refer assignment, cepat je mengelak! Soal duit pun berkira tak ingat.
iii-penting diri sendiri kalau hal dia, tapi hal kita tak ambil port pun - cerita dia je kena dengar, kalau kita ada problem suruh lend an ear buat deeeekkkk je.
iv-mengajak atau mempengaruhi ke arah keburukan - kalau dia tahu kelemahan kita suka shopping, bukan suruh kita berjimat ke fikir dulu sebelum beli ke. Tapi dia yang lebih2 berkira duit kita suruh spend!
v- perasan best! yang ni memang tak boleh blah la. Kalau berkawan ni satu hala je, memang tak boleh uols. It has to be mutual.

Untuk sahabat/kawan/teman saya di luar sana..thanks for being my friends. I really appreciate your friendship! Love, SupermakWannabe :-)

3 comments:

  1. Masya Allah.....suka ayat ni

    Pada sahabat yang baik itu, adanya nasihat yang boleh kita ambil dan manfaat. Pada sahabat yang baik itu, adanya kekuatan yang kadangkala kita terasa diri ini hampir tumbang. Pada sahabat yang baik itu, adanya kecantikan dan keindahan yang menterjemahkan kasih sayang daripada Tuhan.

    Saya suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan? aku pun suka ayat tu. credit to penulis dari akuislam.com :-) Couzie, kau pun sahabat baik gak!

      Delete
    2. anda juga sahabat baik saya :) seorang yg berfikir di luar kotak. menjadikan saya terasa bertambah pandai berkawan dengan anda yg sememangnya banyak ilmu perlu dicedok

      Delete

Tell me what you think