Friday, September 27, 2013

Honey dan lemon bagus untuk kesihatan anda

honey lemon

Saya dah cuba ni 3 hari, so far so good. Idah yang suggest saya cuba ni masa bertanyakan pengambilan supplement tempohari. Umur dah menginjak 3 series ni memang kena jaga kesihatan uols. Tak macam dulu semua main redah je.

Sekarang, buat keje lebih sket dah semput. Jalan jauh sikit dah penat. Angkat berat sikit dah sakit pinggang. Kena jaga kesihatan, bak kata Makcik Odah tukang urut saya "kita nak guna dia lama lagi". Kena ada maintenance kan?

Tak perlu lah saya cerita khasiat lemon dan honey ni. Boleh saja baca di sini dan sini. Banyak lagi sebenarnya cerita khasiat kedua-duanya. Bila google, celebrity blogger Hanis Zalikha dan Mama dia pun ada blog pasal ni.

Saya beli madu jenama GiantB. Botol kecil harga RM26. Ada beberapa jenis madu rupanya, dan masing2 ada khasiat tersendiri. Selepas bertanyakan akak yang menjual saya pilih Pure Honey. Ianya boleh digunakan untuk seisi keluarga. 3 khasiat utama yang membuatkan ianya menjadi pilihan:
(1)Bagus untuk memberi tenaga (untuk saya),
(2)menajamkan memori &
(3)melegakan selesema (untuk kids).


Oh ya, madu ni ada 2 dont's. Pertamanya, jangan disimpan di dalam peti sejuk. Keduanya, jangan menggukan sudu besi. Sebaiknya pakai sudu plastik.

Lemon pula 0.65sen sebiji. Banyak kegunaan lemon ni. Kalau dah perah ambil jus nya jangan dibuang kulit tu, boleh masuk dalam sabun pencuci pinggan. Setelah bertukar warna, boleh lah dibuang. Lemon dan seperti juga limau yang lain terkenal sebagai ajen pembersih yang handal. Jangan lupa, boleh juga buat bersih microwave seperti dalam entri saya sebelum ni.

Insya Allah, saya akan cuba amalkan pengambilan honey lemon ni. Jom cuba!

6 comments:

  1. Betul2...madu byk khasiatnya cuma kita jer yg tk istiqamah mengamalkannya kan...

    ReplyDelete
  2. 65 sen sebiji!!! Kat mana tu? murah bangat. Paling murah kubeli kat JJ RM1.05 kot. Kami peminat tegar lemon. Memang tak putus kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu beli kat Hero. tak tau la kalau mamat tu salah letak harga pulak. But check balik tadi tanda harga kat plastik betul 2 biji RM1.29 heheheh

      Delete
    2. wahhhh....mesti beli situ! jimat banyak tu

      Delete
    3. Lepas perah lemon, masukkan hampas dalam bekas pembasuh pinggan. sesuai utk yg guna liquid macam sunlight tu. Tips dari arwah ibu mertuaku.

      Delete

Tell me what you think