Saturday, October 26, 2013
Nak cerita pasal pohon solat bebudak ni
Sebenarnya dalam hati ni nak blog pasal benda lain. Tapi kita cerita pasal ni dulu lah since dah bertangguh for quite sometimes. Alhamdulillah, syukur Adam dan Idrees dah mula solat secara konsisten 3 waktu sehari semenjak Aidilfitri yang lepas. (baru 3 waktu dah kecoh - haaaaa ni yang tanak cerita nih!)
Satu hari nanti kalau diorang baca balik entry ni, ingat ye apa yang korang dah buat dekat rumah Opah Nyah masa pergi beraya dekat Sungai Petani dulu. Punya lah sakit hati Mami masa tu Allah saja yang tahu. Muka tak tau nak sorok kat mana. Agaknya saudara dan tetamu yang ada masa tu mesti ingat "mak bebudak ni confirm tak reti jaga anak sampai melampau cam gini!".
Tak perlulah diceritakan kenakalan tahap apa yang telah mereka lakukan. Yang penting di sini, disebabkan kejadian tu yang seperti musibah ada rahmat selepas nya. Sebagai hukuman kesalahan diorang tu, I suruh diorang SOLAT. Diorang pun lain macam punya insaf, memang solat lepas tu.
Awal-awal dulu nak pastikan mereka solat agak mencabar. Keyword nya di sini, jangan putus asa! Tapi kan, memang betul la peribahasa "melentur buluh biarlah dari rebung nya". Tak lama dalam sebulan lebih sikit, lepas tu diorang dah bentang sejadah sendiri bila tiba waktu. Kadang-kadang tak perlu diingatkan pun. Ada jugak time, diorang pulak ingat kan kita yang diorang dah solat so Mami bila lagi?
OK, dah bebel berjela... apa kaitan dengan pohon solat? Pohon solat ni kami belajar dengan Mama Zila tahun lepas kalau tak salah... dekat rumah Awin. Terima kasih untuk Ilmu yang sangat berguna ni! Ilmu yang dipelajari dulu tu tersimpan ...sekarang ni baru nak praktik semula. Harapan buat pohon solat ni semoga dari 3 waktu sehari boleh up jadi 5 waktu sehari. Insya Allah.
Boleh tengok video sesi belajar mengenai pohon solat dengan Mama Zila di sini. Pohon solat ni lain sikit dari apa yang diajar oleh Mama Zila. Tapi asasnya masih sama di mana, setiap kali waktu solat akan di gambarkan dengan daun. Jadi, jika satu hari solat 3 waktu akan ada 3 kepingan daun hijau yang berkelompok. Adam dan Idrees suka tengok Pohon Solat mereka setiap hari. Bila tengok ekspresi tu seperti puas hati dan berlumba untuk solat lagi esok nya. Mereka mahukan pohon yang hijau dan lebat!
Ya Allah biar apa pun motivasi nye sekarang, tapi ini untuk kebaikan mereka suatu hari nanti. Insya Allah. Dulu masa I kecik sebaya mereka ni tak pulak didedahkan macam ni. Harap dapat istiqamah dan menjadi lebih baik!
Labels:
Parenting coach
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
ReplyDeleteWslm. Baik, nanti saya singgah dan follow sana pula. Terima kasih ya!
DeleteKagum dengan usaha gigihmu cousin. Aku doakan Adam Idrees akan istiqamah dalam menunaikan solat mereka. amin
ReplyDeletekau lagi la gigih cousinku! Thanks for the Doa. Amin! Sama-samalah kita mendidik anak supaya rajin solat.
Delete