Wednesday, January 29, 2014

Resepi Sambal terung bilis


Nak makan Daging masak kicap dengan apa yek? Tak de la fikir lama sangat, sebab formula yang biasa digunakan ialah tengok stock sayur dan bahan mentah yang ada. Terung, ada. Hari tu balik kampung mak bekalkan seplastik limau kasturi. Hmmm, ikan bilis ada sejemput lagi. Just nice - Sambal terung bilis!

Ini resepi campur aduk. So tak de nak attribute kepada mana-mana chef blogger. Jom tengok resepi.

Bahan-bahan:
3 biji terung saiz sedang ~ potong 2 dan setiap belahnya potong lagi 4, rendam dalam air garam, cuci & tos
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
segengam ikan bilis
1/2 kiub ikan bilis (kalau suka)
1-2 biji limau kasturi
1/2 biji Cili/cabai merah ~ hiris
Ssedikit daun kucai ~ hiris
garam, serbuk perasa & sikit gula
sikit serbuk kunyit
minyak

Cara-cara:
1. Terung digaul dengan garam & kunyit. Panaskan minyak. Goreng terung hingga nampak lembut. Angkat & ketepikan dulu. Kemudian goreng pula ikan bilis hingga garing, angkat & ketepikan dalam pinggan berasingan.
2. Kurangkan minyak dlm kuali tadi utk menumis. Tumis bahan-bahan yang di hiris tadi sehingga layu. Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.
3. Masukkan kiub bilis, sedikit garam, serbuk perasa & sikit gula. Masukkan sedikit air jika sambal terlalu kering. Kacau2 hingga sebati.
4. Masukkan terung & gaul sebati. Perahkan limau ke dalam masakan.
5. Akhir sekali taburkan ikan bilis & gaul lagi. Jika belum mahu makan.. masukkan ikan bilis kemudian apabila dah sedia untuk dihidangkan
6. Boleh dihias dengan hirisan cabai merah dan daun kucai.

2 comments:

  1. wah, ni boleh buat menu makan tengahari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-) boleh sis! sila sila. itu menu semalam. hari ni dapur tutup.

      Delete

Tell me what you think