Monday, February 24, 2014

Asingkan tempat tidur anak - saya telah berjaya!

Assalamualaikum. Hari ni baru saya berkesempatan dan kiranya masa yang sesuai untuk mengisytiharkan bahawa saya telah berjaya mengasingkan tempat tidur anak. Sudah lebih 2 bulan kalau tak salah. Alhamdulillah. Berkat kesabaran, doa dan pelbagai usaha yang dibuat akhirnya membuahkan hasil.

Kira-kira 5 bulan yang lepas, saya ada buat posting mengenai cubaan mengasingkan tempat tidur, boleh baca di sini. Hari ni bila menikmati hasilnya, rasa puas sekali!


Dulu sebelum saya betul-betul berusaha ke arah ini, selalu saya beri alasan dan bertanya pada diri sendiri. "bilik ni kecil, macam mana mereka akan selesa tidur di sini. Tak ada hiasan pulak tu untuk menarik perhatian anak". "kalau nak dihias bilik ni, kena keluar belanja besar juga..". "Susah juga nak kena teman sehingga tertidur baru saya boleh balik ke bilik tidur sendiri - agak menyusahkan". Bermacam persoalan dan perkara yang difikir. Saya sendiri tiada keyakinan, memandang rendah keupayaan diri dan menyalahkan keadaan semasa (bilik kecil, tiada bajet untuk perabot dan sebagainya). Sebenarnya itulah 'roadblock' yang paling BESAR.

Kita sendiri perlu percaya ianya boleh dilakukan! Dengan kapasiti yang ada (ruang bilik, pilihan perabot, perhiasan) dan tidak membebankan mana-mana pihak (jika perlu keluar sedikit modal). Sudah tentu jika kita mampu, kita akan sediakan yang terbaik dan terindah. Cuba ubah fokus untuk memaksimumkan apa yang ada dari menyusahkan diri mengimpikan apa yang tidak mampu. Bukan ruang bilik luas yang diperlukan. Bukan perhiasan indah yang penting. Bukan perabot mahal yang menjamin berjayanya usaha itu.

Saya baru nampak sekarang, 'pengisian' dan keseimbangan di antara elemen tersebut lebih penting. Pengisian yang bagaimana? Nanti saya kongsikan dilain waktu.

Untuk kali ini, saya nak beritahu tentang beberapa perkara yang saya buat dan akhirnya mereka berjaya diasingkan tempat tidur. Di entri yang terdahulu saya telah senaraikan 5 action plan. Ya, kesemuanya saya buat dengan sabar!


Nota: Idrees masih lagi terjaga tengah malam menangis cari saya. Kadang-kadang saya tersedar dia sudah pun berselimut rapat disebelah! Tak mengapa, usaha tangga kejayaan. Insya Allah.

2 comments:

  1. ok...ini pelan kami seterusnya. sekarang hanya berjaya asingkan tilam saja. Tapi adik masih tercari-cari perut mama. Dah banyak kali ingatkan mereka bahawasanya mereka perlu tidur di bilik sendiri tetapi ada syarat-syarat yg perlu dipenuhi. Gen Z!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita berjaya! Teruskan usaha ya wahai sepupu yang dikasihi kerana Allah ;-)

      Delete

Tell me what you think