Assalamualaikum.
Dia bukan jenis suka kejutan, tambahan pula jenis kejutan yang perlu belanja besar sehingga membazir. Tiada perancangan tertentu untuk meraikan hari jadi si dia pada hari itu. Dia pergi kerja seperti biasa, anak-anak juga ke sekolah. Saya pula tiba-tiba mendapat pelawaan untuk 'freelance job' beberapa jam di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, dapat sedikit duit untuk berbelanja! Saya terfikir hendak belikan kek ais kerim Baskin Robin, sayangnya tak ada rezeki kerana kesuntukan masa.
Selepas bergegas pulang dan terlewat sedikit mengambil dua orang adik beradik itu, kami tiga beranak singgah ke Giant untuk membeli kek di Secret Recipe. Sudahnya, kami membeli 4 jenis kek yang pelbagai dan minta diberikan beberapa batang lilin. Hmmm, agak okay juga begini. Masing-masing dapat makan kek kesukaan sendiri. Si dia pula memang kurang gemar makan kek. :-)
Selain kek, saya terfikir untuk menyuruh anak-anak saya menyediakan sesuatu untuk Dedi mereka. Sesuatu yang mereka hasilkan sendiri. Kebiasaanya kad hari jadi bukan? Tetapi ada kelainan pada kali ini. Mereka membuat ciptaan dari tanah liat/plastesin untuk diperlihatkan kepada Dedi. Saya suka asalkan mereka dapat dijauhkan sebentar dari permainan berupa gajet. Sekarang memang saya menjalankan kempen #boysnogadgetplz di rumah. Ini adalah salah satu tool yang saya gunakan. Nampaknya ia berhasil. Alhamdulillah.
Si Abang, Adam lebih kreatif dan ada daya cipta. Dia membuat beberapa bentuk haiwan dan bentuk yang berkonsepkan "Animal Zoo". Manakala adik kurang sedikit daya imaginasi, cuba membuat beberapa rantaian tali berwarna warni!
Selepas nyanyi lagu harijadi dan tiup lilin kek, mereka sungguh gembira untuk memberi kejutan (kononnya) pada Dedi - hasil kerjatangan mereka. Tadaaaaaaa...
Segala doa yang baik-baik untuk ketua keluarga kami, imam kami dan pelindung keluarga kami ya Allah. :-)
berkulit lain rasanya blog ni :) Hepi besday King Adam Idrees. Didoakan menjadi imam yang cemerlang untuk family. Amin
ReplyDeleteha ah tukar kaler. Amin ya rabbal alamin.
ReplyDelete