Friday, February 21, 2014

eSPPSEL Permohonan Murid Tahun 1, 2015

Tahun depan Idrees dah nak masuk Tahun 1. Kena daftar kemasukan mulai sekarang. Dulu Adam pun daftar di Sekolah Kebangsaan, tapi lulus ujian di Sekolah Hira' maka masuk belajar di sana.

Urusan mengisi borang adalah melalui atas talian (online). Boleh layari laman web di sini. Hahhaha, agak formal di situ!

OKay, kisahnya hari ni nak beli setem RM0.60 dan sampul surat size biasa untuk urusan permohonan sekolah. Semalam dah sampai pejabat sekolah pun tapi tak cukup itu ini maka tidak diterima dan diminta datang semula!

Gigih, pagi tadi cari tempat nak photocopy IC encik suami. Bila hantar borang permohonan masuk Tahun 1, kena semak beberapa dokumen penting yang perlu salinan dan yang asal perlu dibawa bersama semasa penghantaran borang. Antara dokumen penting adalah:
- Sijil lahir
- Bil Utiliti (salah satu - Air/Elektrik)
- Kad Pengenalan Ibu & Bapa / Penjaga
- Surat Nikah

Semasa penghantaran borang, sijil lahir perlu dibawa bersama.

Bismillah, kejap lagi petang sikit sebelum pejabat sekolah tutup pukul 4.30 nak singgah hantar.

2 comments:

  1. Suka baca penggunaan Bahasa Melayu Tinggi. Muhsin pun perlu daftar tahun ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka eh! tengah berlatih ni. kot nak tulis buku cerita kanak-kanak. pernah dengar kan, berangan itu percuma? hehehehheh

      Delete

Tell me what you think