Thursday, February 20, 2014

Garmin Nuvi 205 sold for RM180


Terjual dalam masa 3 hari! Alhamdulillah. Tak ada masalah semasa proses jual-beli. Pembeli adalah calon kedua setelah abang meniaga pasar malam di Sg Besi tetiba nak mintak nego lagi walhal harga last price telah ditetapkan oleh dia dan dipersetujui bersama. Dengan alasan panjang lebar seperti tak ada warranty, harga baru cuma RM399, map lama tahun 2010, kalau bateri tak bagus perlu diganti dan sebagainya. Nasib baik komunikasi melalui Whatsapp, jadi bila nak balas boleh ambil nafas dulu tak terusan mengamuk di situ! Hahhaha..

Ada terjumpa macam-macam orang bila kita berniaga ni. Tempuhi dengan hati terbuka. Apa-apa pun biar kita jual kita rasa happy dan dia yang membeli pun rasa sama seperti kita. Saya tak sedap hati nak jual kurang dari harga best/last price, maka saya usulkan jika 2 lagi buyer lain tak jadi beli juga maka mungkin rezeki saudara dan saya sanggup negotiate lagi harga.

Nak jual benda kecil pun, saya doa minta pada Allah macam perkara besar. Pada siapa lagi kita nak mengadu dan meminta kan. RM180 untuk surirumah tak bergaji seperti saya ni, besar tu. Alhamdulillah, deal yang kedua dengan abang yang bekerja di Mid Valley tapi tinggal di Seremban selamat sudah pada awal petang tadi. Di waktu hujan renyai-renyai sekitar deret kedai tak jauh dari Domino Pizza. Hmmm..kalau berurusan dengan orang yang tidak dikenali kena lah di tempat awam, terbuka dan ramai orang. Just in case kan.

Lagi satu, segala barang minta dia periksa dan cuba. Contoh charger, holder dan garmin unit itu sendiri. Saya biar dia godek apa yang patut. Kemudian saya minta semula untuk di reset pada factory setting. Seeloknya buat yang itu dulu sebelum jumpa tadi. Tapi saya terlupa langsung. Nasib baik kemudian teringat semula.

Saya jual!

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think