Saturday, May 3, 2014

Jakel buat Sales sempena Labor Day


Ingat kain Ingat Jakel! Tu slogan mereka. Dasyat kan? Sampai tertanam dah kot pada mereka penggemar kain seluruh Malaya. First time dalam hidup pergi join adik, kakak dan makcik ke Jakel time ada sale. Pergi yang dekat Shah Alam Seksyen 7 tu. Sebelum sampai, dari kejauhan dah nampak sesak dengan kereta dan ramai orang berpusu nak masuk sana. At that point of time memang rasa it was a wrong decision! Siapa suruh time ini jugak menyibuk nak membeli kain nak try buat shawl. Macam lah pandai sangat nak pilih kain yang mana.. asalnya berangan sampai sana boleh lah tanya assistant tu kain mana orang selalu buat tudung ke apa. Nak mintak consultation sikit. Bila tengok orang BERDUYUN TIBA ni... pembantu jualan pun confirm tak menang tangan!

Alang-alang dah sampai, MrKingOfMyHeart pun baik hati menunaikan permintaan yang tak semena-mena ni...masuk je lah. Harap-harap tak terjadi tragedi yang tidak diingini atau pengalaman pahit :-)

Bila dah masuk, masya allah...rambang mata! Dari setingkat ke setingkat sampai tingkat 4 atau 5... Satu kain pun tak dapat lagi. Sesak. Honestly, if you are newbie bab kain-kain ini..silalah jangan pergi ke Jakel diwaktu Sales berlangsung. Memang boleh dapat murah, tapi kita nak tanya macam-macam mungkin tak dapat nak layan accordingly. Dan perlu diingat, sales assistant tu mungkin baru mula kerja maka dia tak boleh bagi tips atau opinion yang bernas. Selalu 'seasoned' sales assistant mereka dah tahu "oh akak cari chiffon georgette nak buat tudung... ha selalu yang ini diorang beli. Radiusite pun beli yang ini!" haaaa..itu semua inside tips yang perlu jugak untuk orang macam I yang terkial-kial tengok kain cari idea dan banyak benda tak pasti ni. huhuhuhu.

Nak kata murah sangat harga waktu sales? I sincerely doubt. I think other places maybe cheaper. But Jakel have wide selection lah. Banyak betul pilihan dari warna, jenis kain dan pelbagai corak! Harga ada potongan, on top of that boleh minta kurang lagi. Kalau beli banyak lebih lagi diskaun. Kalau beli untuk bisnes would get different discount structure.

Plan asal nak beli beberapa meter kain chiffon dan satin untuk buat shawl. 2 meter setiap warna. Maybe nak cari dalam 5 warna berlainan. Dah survey with few friends... elok cari bidang 60' nanti boleh dapat 2 wide shawl. Kalau beli yang bidang kecik rugi nanti dapat sehelai tetapi kena potong banyak. Gitu lah ceritanya.

Sampai sana....chiffon tu ada bermacam jenis chiffon...ada bermacam harga! Double premium chiffon georgette kalau tak salah...RM23 semeter. What?? Chiffon georgette RM10 semeter, chiffon glitter RM12 semeter. My friend was telling me chiffon georgette price range RM6-8. And this for RM10 the cheapest.


Dalam ramai-ramai orang tu...terjumpa kawan sekolah! She also cari kain nak buat tudung. haaaa elok la tu...tapi tak sempat nak beramah mesra sebab masing2 occupied thinking which color to choose.

Ok, then satin...vietnam satin I couldn't remember how much. Tapi Satin Silk se meter RM45! Whattt? And worst, I bought that satin silk...dan double premium chiffon tu..dan chiffon yang lain jugak. Pengalaman pahit in the making dah time tu....

Dah beli kain tudung...then came MrKingOfMyHeart.... "kita beli kain lah tahun ni buat baju raya". Rasa nak pitam itu jam. I wasn't ready with theme color. May Day! May Day!


So ended up, mint green with purple. I hope it turns out alright. Baju melayu mint green for the boys and sampin kaler purple tu I can imagine nampak stand out. But mine...baju kurung moden with mermaid kain.... purple prada lace with mint green lining as the top...and mint green kain. How uols? OK kah? I hope it turns out macam ni....dok berangan....


Will I go to Jakel again beli kain? My answer is......not in this short time. Serik!

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think