Tuesday, May 13, 2014
Konvokesyen ke 80 UiTM, saya berjaya!
Assalamualaikum...
This was on Sunday. Indahnya perasaan bila dah grad. Rasa macam a big rock was lifted from my shoulder. Pelbagai perjalanan yang penuh liku untuk sampai ke garisan penamat adalah pahit manis kenangan sepanjang hayat. I missed one semester for Anugerah Fakulti (ada blog pasal ni dulu di sini cerita sem 2), kalau tidak dapatlah mengukir nama sebagai salah seorang yang mendapat Anugerah Sarjana Cemerlang / Excellence Master Award. I was disappointed with myself somehow, tapi come to think of it.....I got to learn to let go. Allah's plans are better then my dreams.
Seawal 7.30 pagi kami perlu berada di sana. Sudahnya sejurus selepas subuh dalam pukul 6.20pagi kami bertolak. Mujurlah Subang Jaya ke Shah Alam tidak lah jauh mana. Gelap buta lagi masa kami keluar rumah. MrKingOfMyHeart, Mak and me...just three of us. Nasib baik ada adik bongsu dan adik ipar yang baik hati sanggup baby sit dua orang budak tu dekat rumah. We did the right choice not to bring them all tunggu di luar dewan. Kalau tak mesti chaos!
Sempat berhenti breakfast dulu dekat Restoran Khulafa berdekatan Unisel tu. I had stomachache. Tak berani nak makan. Minum milo tarik pun tak berasa. Sempat jugak kecek toast bread orang sebelah. Lapar sebenarnya...but kecut perut nanti nak amik scroll. Boleh takkkk? Hahahahha..sama kan dengan Adam when he chicken out to do sports..dia pun sakit perut. So, he took after me rupanya! Ouch...
Dah sampai UiTM, tempat parking agak jauh dari DATC. Kesian mak kena jalan jauh. Merentas trek kemudian naik tangga curam lagi. Yang dalam gambar tu belum cukup curam ye.
Dah sampai DATC, pecah peluh uols. Abis makeup cair! Adoiii...Ramainya manusia...maklumlah 917 orang graduan semuanya. Campur famili..sesak meriah. Tengah-tengah tu lah baru nak put on robe, nak pakai hoodie dan mortar board. Kalau nak konvo, please make sure you iron your robe elok-elok. Lepas tu bawak la extra safety pin atau jarum peniti tu. Nak lekat kan hoodie tu bagi duduk proper atas bahu. I seriously tak reti nak pakai. Senget sana sini..tertarik ke belakang lah...Nasib baik mak dan MrKingOfMyHeart ada sama untuk keep me calm dan betul-betulkan apa yang patut.
Dah puas tunggu (sapa suruh sampai awal), berpeluh meleleh, kaki pun dah lenguh berdiri...it's the time to queue nak masuk dewan. I selalu rasa..kalau I grad sekali dengan classmates especially Kak Ina...mesti meriah, seronok & happening. Tapi tak pe lah. Rezeki tak sama. Cheer up. Ada lah few yang kenal tapi tak lah serapat mana, nak jadi cerita terpisah jugak sebab tempat queue pun tak sama dan seating dalam dewan pun jauh. Frust!
Ok A184, ready to go in! This was almost perfect punya gambar entering the hall. Side profile (hehehe, at least he didn't chop my head or worst terus missed snap the photo).
Boleh pulak tak selfie dalam dewan. Nak kata menyesal, adalah sikit. But the truth is ada pegawai jaga...tak benarkan ambil gambar. Dan pulak, my seat was on the aisle. Last row pulak tu. Terang-terangan kalau ada cubaan untuk raise hand a bit to snap photo. Let alone selfie. Therefore kena sit still buat-buat baca buku atau tengok skrin dekat depan. Sekali sekala curi tengok tempat tetamu (walaupun nampak samar-samar je)
The best attempt to capture me on stage receiving the scroll. Can't see much. But you can tell it's me kan. That's all important. I remembered I smiled, tried not to walk too fast, bowed a bit and said thank you. I did all I supposed (orang tak pergi rehearsal macam ni lah..padan muka). Satu hal paling ingat...if only boleh record...the Tan Sri said my name! Terus I tak neves uols. Ke mimpi? :p
Tak boleh balik terus lepas amik scroll, you got to wait till the last 917th naik stage. Lepas tu ada ucapan lagi, nyanyi-nyanyi lagi. Baru HABIS for real.
Lepas habis je, terus pergi hantar Jubah dan amik transcript dan skrol original. Tadi tu kosong je. Selesai semua terus balik. Tak sempat nak bergambar segala. I dah lapar yang teramat, MrKingOfMyHeart dah peluh sakan dan mak pulak dah keras tengkuk penat (memang she had stiff neck since few days pun).
Itulah cerita Konvokesyen untuk Masters buat kali ni. Till the next 3 years for PhD kalau ada rezeki dan panjang umur Insya Allah. :-)
Labels:
Master Student
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
congrats dear friend!
ReplyDeletethank you babe! next is your turn...
Delete