Friday, May 9, 2014

Resepi Beef Nachos (orang melayu )

Assalamualaikum...

Lama tak masakkkkk..Kemalasan melanda. Dari masak setiap hari dah jadi masak alternate day. Masak pun ala kadar. Nak ambik gambar post dekat sini pun boleh buat lupa! Melampau..Maka, sila ambil maklum ini adalah gambar masakan 6 weeks ago? Teeheeee...

Alright..Takkan makan ni for lunch? Betul, ni snek waktu minum petang. Adam likes it but not Idrees. Same goes to Mami loves it but Dedi won't taste even a single Nachos (frust!)

It's an easy recipe and won't take much of your time. Provided barang semua ada, lekas siap dan boleh terus makan.



Resipe was taken from here. Thank you Nadya Rusly. However, I ada improvised sikit sebab ketiadaan tomato. Telah digantikan dengan terung. Pun sedap!

Bahan-bahannya :-

1. Daging cincang (tak kisah dalam packet or fresh)
2. Sos spagetti (sos tomato pun boleh)
3. Buah tomato Terung panjang hiris nipis dan goreng dulu ya
4. Cili benggala // tak letak pun
5. Bawang besar
6. Bawang putih
7. Cili padi (untuk sedikit kepedasan)
8. Keju parmesan (jika nak) //I boh cheese slice tu je
9. Serbuk lada hitam
10.Garam
11. Sebungkus keropok Chaco's

p/s :- bahan 3 hingga 5 dipotong dadu
bahan 6 dan 7 dicincang halus


Cara-cara membuat intinya:-

1. Tumiskan bawang putih dan cili padi yang dicincang halus agak sedikit layu (sekejap sahaja takut nanti pahit pulak)
2. Masukkan daging cincang dan gaul-gaul bersama bawang putih dan cili padi sehingga tidak melekat.
3. Kemudian, masukkan sedikit sos spagetti dan kacau.
4. Bila dah sebati, masukkan buah tomato, cili benggala dan bawang besar.
5. Sedikit serbuk lada hitam dan garam diperlukan untuk menambah rasa.


Cara hidangan :-
1. Susunkan keropok Chaco's dalam bekas.
2. Tuangkan inti yang telah siap di masak dan dibiarkan sejuk seketika.
3. Taburkan keju parmesan (tak bubuh pun takpe).
4. Panaskan di dalam microwave sebentar untuk cairkan cheese.

4 comments:

  1. Salam ukhuwah Roshaliza,

    Sedapnya akak tengok.. boleh cuba jugak nanti resepi ni untuk anak2 akak :)

    Akak follow #23 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis Nur Hayati. Sila lah mencuba resepi tu. Tq jadi follower. Ok nanti saya singgah. :-)

      Delete

Tell me what you think