Friday, May 30, 2014

Untuk para ibu yang meninggalkan kerjaya atau bakal meninggalkan kerjaya

Assalamualaikum...

A friend shared this and I happened to read it. I read it...read it few more times. Bergenang air mata. Tetiba emosi. Ya Allah..rasa macam KENAAAAA sangat dengan apa yang diceritakan. The title reads "Taatilah Allah dan Rasul-Mu". Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_04.htm#ixzz33CvzduJr


Antara yang diperkatakan... "WANITA yang sanggup meninggalkan kerjayanya demi keluarga mempunyai pahala yang besar di sisi Allah". Though I know about the reward, still somehow there is a doubt (which I don't feel good about it) in my heart for leaving my career. I was at the highest achievement I could ever get. Yet I chose to be at home and be the housewife. Though the initial motivation was not natural - we had problem with getting maid and etc.

"Ia menarik hati apabila beliau menyatakan bagaimana setiap hari seusai solat Subuh, hatinya bertanya kepada diri: "Apakah aktiviti hari ini yang mahu aku lakukan?"" Masya Allah..it's exactly what in my mind most of the mornings. Walaupun sebenarnya aktiviti tu hampir sama je setiap hari iaitu bertumpu pada memasak, mengemas, menguruskan rumah tangga dan melayani kerenah anak-anak dan suami.

"Ungkapannya juga jelas: "Kadang-kadang muncul rasa bosan menjalani kehidupan seumpama ini. Ia rutin yang serupa setiap hari."" Big time kena! Memang tidak dinafikan wujud perasan bosan dengan rutin harian. I could do a me-time, indulging a pavlova cake, sipping a cup of tea with good companion of girlfriends. Sekarang memang tak sempat! Yes, I'm guilty. I shouldn't feel bored. Isn't this what others are dreaming of? Nak tengok anak-anak membesar di depan mata. Nak sambut kepulangan suami tersayang setiap kali dia pulang dari mencari rezeki. Memang rasa berdosa. Macam orang tak bersyukur pulak. I was having good conversation with my SIL the other day, she's a housewife too. She said she never bored. So impressed! Is she a robot? :p Sorry Hanis... But really you never feel bored? I really need to cleanse my heart. Set my intention right.


Wanita beriman menjadikan surah adz-Dhariyat ayat 56 sebagai objektif kehidupan di dunia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah), Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."

Lalu lembutkan hati dengan menerima dan merasai betapa yang dilakukan adalah semata-mata untuk menyembah dan beribadat kepada-Nya. Kesemua ibadat pasti dihitung pada hari pembalasan nanti. Insya-Allah, hilanglah gundah-gulana di jiwa.
I should check this surah. Semoga boleh jadi amalan doa. Dan Ya Allah, lembutkan lah hatiku supaya dapat menerima dan merasai segala yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk menyembah dan beribadat kepada Mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Bukankah kita percaya dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya? Tugas sebagai isteri, ibu dan apa sahaja urusan yang telah dipertanggungjawab kepada wanita adalah suatu amanah yang wajib dipikul. Stop whining girl! It's amanah.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas semata-mata kerana taat kepada Allah SWT. Malah, kita turuti nasihat dan teladan sebagaimana ajaran Baginda SAW.
Duhai wanita yang dilembutkan hati untuk mentaati suaminya, apakah puan menyesal membuat pilihan bersara atau meletakkan jawatan tinggi kerana mahu menguruskan keluarga? Usahlah begitu. Ia gerak hati dari Allah.
Astaghfirullah. I should stand by my decision with no regret. Benar, it was gerak hati dari Allah. I shall not describe it here. But I knew it was the right intuition.

Pernahkah kita lalui ketika tubuh dan jasad begitu terbeban dengan urusan kerja? Kemudian, bila pulang ke rumah terasa mual dan loya melihat betapa tidak terurusnya rumah tangga. OK, I may not be able to relate to this sebab while I was still working, I had maid to settle house chores for me. But I could imagine the hassle.

Pernahkah kita menangis di dalam hati menanggung tekanan ini sehingga bagaikan mahu berhenti kerja? Malah, kita hilang sabar lalu melepaskan segalanya kepada suami dan anak-anak hingga ada ketikanya terbawa ke pejabat.
Oh Ya Allah. I did this before. I cried because of tak tahan dengan tekanan kerja and that time too I was on Masters journey. Sangat stress sampai mengamuk meroyan dekat kids and husband too. I'm sorry..I'm truly sorry.

Lalu, apabila reda, Allah mengurniakan nikmat kelapangan masa dan rasa bahagia dengan pilihan mereka. Wajah mereka ceria dan dengan berlapang dada, mereka melahirkan kata-kata bahawa tiada perasaan bosan kerana kini, setiap hari mereka dapat melakukan apa yang mahu dilakukan. Insya Allah, I'm looking forward to this. I shall change.

Hidup bersama suami juga sangat terhad masanya. Pejam celik, tiba-tiba mata melihat wajah kacak dan tubuh sasanya menghilang. Rambut, misai dan janggutnya berubah warna. Ha ah lah....rambut dah banyak uban. Bila tanya sebab banyak fikir katanya. Rambut I hitam je, sebab tak payah fikir teruk-teruk. Heeeee....

Duhai wanita... kenangilah apa yang telah dilalui semalam. Hayati apa yang ada pada hari ini. Fikirkan apa yang harus dilakukan untuk bekalan hari esok.

Terkesan dengan artikel ni. Camana, ada yang same boat tak?

2 comments:

  1. Beruntung buat mereka yg berstatus surirumah sepenuh masa. Dapat melihat anak 24/7. Tapi buat masa ni keadaan masih belum boleh utk saya jadi SAHM :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, satu hari nanti semoga Fiza pun boleh jadi SAHM. :-)

      Delete

Tell me what you think