Sunday, June 22, 2014
Senang je buat sendiri Aiskrim goreng
Assalamualaikum...
Bukak blog Teratak Bunda pagi ni nampak entri Aiskrim goreng. Eh eh... kebetulan sama idea nak update pasal aiskrim goreng jugak. Comot sikit sebab tak kemaskan tepi. Rupanya boleh kemaskan tepi tu menggunakan garfu macam Teratak Bunda buat. Pasti cuba nanti!
Senang sangat nak buat ni. Kalau beli yang jemana Nestle tu RM9.90 ada 6 biji. Kalau buat sendiri beli Jumbo size roti dengan aiskrim rasanya less than RM10 modal boleh dapat lebih sikit lah. Tak ada lah save banyak tapi air tangan ibu gitu. Plus bila buat sendiri nak letak aiskrim perisa apa pun boleh. Ala boleh personalize lah. Nak salut aiskrim with milo ke chocolate rice ke, cookie crumb ke pun boleh. Eh suka hati lah kan...hehehhe..haven't tried though!
Bahan-Bahan
1. Aiskrim (yang keras any flavor of your choice)
2. Roti
3. Minyak untuk menggoreng
Alatan yang perlu
Cawan atau bekas bulat untuk potong roti berbentuk bulat.
Cara-cara
1. Tekapkan cawan atau bekas bulat pada roti dan buang tepian roti supaya hasilnya roti berbentuk bulat
2. Letak kan satu scoop ais krim ke atas roti
3. Sandwich kan aiskrim tadi dengan sekeping roti lagi diatasnya (roti-aiskrim-roti)
4. Kemaskan tepi roti supaya tiada bahagian yang terbuka.
5. Simpan di dalam peti sejuk semula. Kalau boleh sabar esoknya baru goreng.
6. Esoknya, baru keluarkan dan goreng seperti biasa. Kejap je goreng tak perlu lama. Kalau ikut Nestle punya katanya 8 saat je dalam api panas.
Cuba tau!
Labels:
Chef
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Akak pun baru pegi blog bunda.. tunjuk aiskrim goreng.. rupanya roshaliza pun buat aiskrim goreng... Emmm dapnyaaa ;)
ReplyDeleteHa ah kak. Saya pun buat aiskrim goreng baru-baru ni. Sedap!
DeleteNak try la, thanks for sharing. My 2nd child suka aiskrim goreng tapi kan boycott nestle so x beli la lagi aiskrim goreng nestle tu.. kalau buat camni mesti excited the kids nanti.
ReplyDeleteHi Shasrine. You are most welcome. Ya, kids for sure excited sebab boleh pilih nak perisa apa! :-)
Delete