Monday, July 7, 2014

Baucer buku 1Malaysia tamat tempoh 31July 2014

Assalamualaikum...

Sabtu lepas pergi MPH Bookstore abiskan baki baucer buku 1Malaysia. Risau nanti kalau simpan terlupa pula nak habiskan. Rugi lah sebab tak lama lagi dalam hujung bulan ni dah tamat tempoh. Tak laku lagi baucer tu nanti.

Jenuh juga fikirkan buku apa nak beli. Kan dah graduate pun Masters. Nak beli alat tulis tak boleh. Kalau tak boleh je beli supply alat tulis untuk budak dua beradik tu. Hmmm nak beli buku, macam tak ada target mana-mana buku nak baca. Kalau beli juga, takut nanti buat kumpul habuk je.

Fikir punya fikir....belek punya belek...sambil tu dalam hati doa.."Ya Allah, moga berjumpa lah buku yang sesuai untuk aku beli hari ni".

Nak beli buku masakan, dah ambil simpan balik.

Nak beli buku motivasi Prof Muhaya...ambil..tengok muka depan..sorot balik ke tempat asal.

Nak beli buku cerita, Wedding Night (Sophie Kinsella) pun baru baca few pages. Buku cerita hadiah dari MrKingOfMyHeart, Jatuh Hati Di Paris (Zura Rahman) pun belum sentuh lagi!

Pergi dekat segmen buku kanak-kanak. Ada dua buku yang berkenan dihati. Jangan tamak, pilih sebuah cukup. Dari pengarang Emila Yusof, illustrator kegemaran saya for her awesome illustration I chose this book with the title "Dapur Emak Saya". This book is for Idrees.


Patah balik dekat segmen bacaan umum...nampak ada satu buku ni terkeluar dari rak. Tajuk buku "Tulis Tesis Cepat" dari Dr. OT. Masya Allah..kalau dalam drama mesti dah ada background music! I rasa macam this is it...it's a sign that I should continue my PhD and try to "Tulis Tesis Cepat"....macam kartun pun ada... heheheh


Masih lagi dekat segmen bacaan umum. Tiba-tiba....NAMPAK buku "Ulu Yam Di Liverpool" oleh Nazali Noor. OMG! I've been wanting to read this book. Beli dulu. Bila nak start baca tu tak pe, nanti pelan-pelan kayuh. I actually followed this guy dekat FB. Memang rasa nak ikut hijrah sama. Tapi ke mana? hahhahaha...


Selesai......that's almost RM150. Ada few mags and books for hubby which not featured in here. Anyway...I'm done spending the voucher. How about you?



2 comments:

  1. bestnya ada baucar.... he he he....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ahhh..best dapat baucer ni..bukan selalu beli buku gomen bayarkan.. yeeehaaaaaa

      Delete

Tell me what you think