Wednesday, July 9, 2014

Resepi Bubur Lambuk Ayam

Assalamualaikum...

Hari ni plan nak update dua entri. Pertamanya resepi bubur lambuk ayam. Dua hari berturut2 masak bubur lambuk ni. Licin budak dua beradik tu makan. Sedap sangat ke?

Resepi dapat dari Internet. Banyak betul results hasil keyword search "resepi bubur lambuk ayam" ni. Tapi yang satu ni berkenan nak cuba sebab nampak mudah dan sukatan sedikit sesuai la untuk orang yang baru nak mencuba. Kalau tak jadi, at least tak lah ralat sangat.

Hari ni cari balik resepi tu tak jumpa dah! Boleh pulak lupa nak bookmark. Nak godek browsing history rasanya berjela list sebab 1-2 hari ni banyak bukak browser tab mencari journal. Tak dapat nak bagi backlink dan credit pada empunya resepi. Apa-apa pun, dia dah dapat pahala sebab kongsikan resepi ni. Terima kasih hamba Allah. :-)

Nasib baik ingat dalam kepala bahan-bahan dan cara-cara nya. Sebelum terlupa, baik update dulu.


Bahan-Bahan:
1/2 cawan beras, basuh dan direndam terlebih dahulu. At least 30 mins
1 biji Bawang besar*
2 ulas Bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai
1/2 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam (di tumbuk)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 bahagian dada Isi ayam (ikut suka berapa banyak)di potong kecil
1/2 batang Carrot di potong dadu
2 helai daun pandan
1 cawan santan
2-3 sudu besar butter untuk menggoreng
3 cawan air
garam secukup rasa

nota:
bahan bertanda * ditumbuk halus

Untuk hiasan
Daun bawang dihiris
Bawang goreng
Daun sup dihiris

Cara-Cara:
1. Gunakan butter, tumis bahan yang ditumbuk halus sehingga berbau harum
2. Masukkan Serai, halba dan jintan manis. Kacau seketika.
3. Masukkan beras dan daun pandan. Kacau seketika.
4. Kemudian masukkan air.
5. Apabila air tinggal sedikit dan nasi sudah agak kembang, masukkan isi ayam.
6. Selepas seketika boleh lah ditambah santan. Biarkan mendidih. Kacau seketika jangan sampai berkerak pulak nanti.
7. Masukkan carrot, garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa.
8. Apabila carrot dah empuk, boleh la ditutup api.
9. Sedia untuk dihidang, boleh letak daun bawang/sup, bawang goreng, ikan bilis goreng dan etc.

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think