Thursday, July 3, 2014

Pengalaman berpuasa untuk anak kecil


Assalamualaikum...

Hari ni masuk 5 Ramadhan. Alhamdulillah anak-anak dapat puasa penuh 4 hari. Idrees, 6yo boleh dikatakan 'kuat' juga dia berpuasa berbanding dengan Adam 8yo. Kelmarin tinggal puasa sebab Adam tak larat sangat. Tak lama lepas Adam buka puasa, Idrees pun ikut sama buka puasa. Almost 5pm dah masa tu. Jujurnya I feel upset with them. Rasa nak bagi silent treatment. But actually what matters adalah mereka mencuba untuk berpuasa.

Not only puasa, I stress on the need to read salah too. Kalau puasa sampai tak solat, No No No. Tapi anak-anak kecil bukan betah ikut cakap kita kalau cakap sekali dua. Berpuluh kali sampai nak berbuih mulut remind suruh solat baru nak buat. Itu pun macam patuk ayam. Biasa dengar kan perumpamaan tu? Heeeeee....

Sebagai seorang ibu, I have lots to improve dan belajar nak mendidik anak zaman moden ni. Kadang-kadang sangat kurang sabar.... Tengok orang lain steady je melayan karenah anak. Is it only me yang ada masalah ni? To turn this positively, tak boleh panggil 'masalah'..kena kata dugaan dari Allah. Haaaaaa...kan...positif..positif...

Okay, bila nak puasa bab nak bangun sahur tu antara yang mencabar. Tapi itu bukan fokus cerita kali ni.

Siang hari berpuasa kalau hari cuti...anak korang buat apa? Ada tak selang 10 minit tanya "dah boleh berbuka ke belum?" ataupun "kalau terkorek hidung tak pe kan?" atau "tolong..tolong..tolong...LAPAR!"... haaa macam-macam hal.

Adam dan Idrees..kalau dekat rumah..bangun tido dah lewat pukul 10-11 pagi. Turun bawah, lepak depan TV... pun boleh sambung tido balik. Kalau tengok TV confirm tengok channel katun.


Tak pun, main game. Yang ni okay lagi lah sebab tak fizikal sangat.


Dah bosan main game, lebih fizikal sikit mula cari pasal sesama sendiri pastu main lawan-lawan. Jerit satu rumah pastu mengadu. Bila mengadu tak ada orang layan mula lah bebel sana sini. Ahhhh..ini memang memeningkan kepala!

Kalau tak main game,

Abis idea nak main apa, teringat perut lapar atau dahaga....mula la buka peti ais atau intip makanan/miniman. Heeeeeee....Kalau boleh jerit peti ais tu confirm dah jerit suruh budak-budak ni "jangan kacau aku!". LOL.


Abis, anak korang macam mana pulak?

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think