Wednesday, August 13, 2014

Resepi Terung Belacan


Assalamualaikum...

Dulu pernah cuba buat Sambal terung bilis. Kali ni cuba resepi yang lain sikit je. Terung belacan. Resepi ni tengok dekat blog Kasih Salina. For original recipe boleh refer sini.

Alright, jom tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.....

Bahan-Bahan

5 biji terung (yang size kecik tu)
1 ulas bawang putih *
5 biji bawang merah *
1 biji cili besar *
1/2 sudu kecil belacan
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
ajinamoto secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Tumbukkan semua bahan-bahan bertanda *
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng terung sehingga agak layu dan keluarkan.
3. Tumis semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau, kemudian masukkan terung, belacan, sos tiram, dan garam.
4. Kalau rasa nak berkuah, masukkan sedikit air. Dah masak, siap untuk dihidangkan.

3 comments:

  1. Tentunya terung tanam sendiri

    ReplyDelete
  2. sedap, mama suka masak terung masak berlada... hihi, takpe nanti try resepi ni pulak

    ReplyDelete

Tell me what you think