Tuesday, October 7, 2014

Selamat Hari Raya AidilAdha 2014

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat balik kedua-dua kampung sempena cuti AidilAdha yang lalu. That was a last minute decision.. Bertolak pukul 11.30 malam hari Jumaat from Subang Jaya....5.15am baru sampai Parit Buntar. :p Petang Sabtu bertolak balik ke Lenggong pulak..sampai dalam pukul 9 lebih malam.

Esoknya antara acara kemuncak adalah penyembelihan lembu untuk ibadah korban. Tu la dia lembu nya.


Ambil masa juga nak tumbangkan lembu seekor ni. Kalau tak kena gaya mahu terlepas tali tambatan tu. Ada teknik rupanya nak bagi lembu jatuh ke posisi duduk supaya senang disembelih. Pernah tengok tak?


Kusyuk Idrees tengok lembu tu dah siap dibaringkan. Kaki dan tangan telah pun diikat rapi. Masa ni, kejap-kejap Idrees pusing belakang...riak muka macam nak cakap kesian lembu tu! Teringat masa kecik-kecik dulu, mak pesan jangan sebut kasihankan binatang yang nak dimakan. Nanti, tak boleh makan! Hehehehhe...


Kami semua adik beradik termasuk mak sekali...di barisan hadapan tengok lembu disembeli. Aduh...memang tak sampai hati. Kagum dengan Pakcik Mat Pak Teh Man tu, hebat dia sembelih...yakin dan tak ragu-ragu langsung. Tengok muka kami masing2...tak perasan I asyik pegang leher je sampai selesai sembelih. Huhuhuhuu..


Sekian cerita hari raya korban tahun ni. Kali kedua tanpa arwah abah di sisi. Al-fatihah buat arwah abah.

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think