Saturday, November 8, 2014

Resepi Kari Ikan Nyok Nyok (tanpa santan)


Assalamualaikum & Hi,

Dua kali I cuba masak ni recently. Sekali pakai rempah Adabi, sekali pakai rempah Babas. Hubs kata, sedap lagi dengan rempah Babas. So kena take note lepas ni. Bila masak tanpa santan, lebih healthy dan tahan lama sikit. Actually masak kari ni tak lah susah sangat. Kena make sure rempah dimasak elok dan pecah minyak. Dalam bahasa English nye ikut dekat cookbook or at the back of the packet tu tulis "when oil separates".

Jom tengok bahan-bahan dan cara memasak.

Bahan-bahan:
1. Ikan Nyok nyok (potong beberapa bahagian, kepala dah ada orang chop dulu!)
2. Rempah kari sepaket
3. 1 sudu besar serbuk cili
4. 1 inci halia *
5. 3 ulas bawang putih *
6. 1 biji bawang besar *
7. 4 biji bawang merah *
8. daun kari
9. air asam jawa secukup rasa
10. Bendi
11. Tomato
12. 1 sudu besar halba campur

* dipotong halus


Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk untuk menumis.
2. Tumis halba campur, bawang besar, bawang putih,bawang merah, halia dan daun kari sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis serbuk kari hingga garing/pecah minyak dengan api perlahan. Jika terlalu kering dan melekat, tambah sedikit minyak.
5. Masukkan air untuk kuah (terpulang nak pekat ke cair kuah tu) dan asam jawa.
6. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, bendi, tomato( dibelah 4) dan garam.
7. Apabila ikan telah masak dan cukup rasa garam, boleh tutup api.

2 comments:

  1. Replies
    1. ha ah mama niza..husband suka tanpa santan sbb dia on diet. :-)

      Delete

Tell me what you think