Thursday, November 6, 2014

Ayam Bakar simple pakai magic pan


Assalamualaikum & Hi,

Tu lah! Berapa lama dah tak jadi chef dekat rumah mengupdate #laporanmasakan
(tapi tak de lah rasa bersalah sangat) kemalasan melanda korang...huk huk

Ni kira resepi simple lah ni. Ayam fillet je tapi nak buat macam bakar walaupun tak ada oven, magic pan boleh jadi. Haaaaaaaa... jangan nak heran sangat chef blogger ni pun pakai magic pan aka pemanggang ajaib tau!

Resepi dapat dari Azie Kitchen. Jom tengok bahan-bahan... senang je nak buat..untuk orang malas sesuai sangat. Tapi kena ada semua (atau hampir semua) bahan lah...

Bahan bahan;

1/2 ekor ayam - dengan kulit
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Sedikit rempah kari - opsyenal (tak letak) //saya letak!
3-4 tangkai cili kering
3 batang serai
Garam
Gula

Cara-cara:
1.Kisar semua bahan di atas dan masukkan garam dan gula. Gaul sebati dan perap dengan ayam lama lama.
2.Boleh dibakar di atas dapur arang atau di dalam oven atau di dalam pemanggang ajaib jer. Saya akan sudukan keluar air yang bertakung.

Nota:
Boleh juga diperap semalaman dengan disimpan dalam freezer.

Siap..selamat mencuba ya..

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think