Saturday, November 16, 2013

Resepi Kerapu masak stim lemon

Jom jadi chef lagi. Ni bukan hari ni punya menu...dah berhari-hari yang lepas. Baru berkesempatan nak update. Perlu diingatkan, resepi yang dikemaskini dalam blog ni semuanya yang "menjadi" sahaja. Harap maklum. Meaning to say, I adalah jugak cuba masakan yang lain tapi tak berapa nak sedap...maklumlah cek baru nak belajaq masok dapoq..anak dah dua baru la nak berjinak2. apa2 pun better late then never!

I refer resepi satu blogger ni kalau nak tengok kat sini. Masa cari resepi..kebetulan muncul result pada page 2 carian dengan keywords yang menepati kemahuan...apa lagi segera lah click. Bahan semua ada...nampak senang.. rasanya pun insya allah sedap kot bila tengok bahan2 yang digunapakai...



Jom tengok resepi nya:

Bahan-bahan

ikan kerapu sederhana besar
halia 2 inci mayang
bawang putih 5ulas mayang
serai 2 batang mayang
carrot mayang
daun bawang n daun sup // saya tak letak..kalau letak hmmm aroma sure lagi best
limau nipis 1 biji perah airnya // lemon pun jadi lah!
asam boi 5 biji (asam masin org Trg panggil) // tak letak jugak...tak de
tomato 1/2 biji //yang ni terlupa pulak nak letak..baru perasan
1sudu besar sos tiram n air utk kuah. //I letak 2 sudu sebab nak kuah lebih, pastu hubby tambah minyak bijan sket and sos manis ABC
cili padi/cili hidup 5 biji mayang


Cara-cara
ikan digaul dgn sedikit garam n gaul semua bahan2 yg dimayang dgn ikan dan kukus.
perahkan air limau nipis selepas 1/2 jam...then tabur daun bawang n daun sup
masukkan asam boi, perasa.
masukkan tomato yg dipotong (slice)

TADAAAAAAAAAA.....kalau ikan fresh confirm sedap!

4 comments:

  1. lawa je kerapu landing kat situ. Harus inform mr chef suruh cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try konon nak set deco tapi tak baper nak reti and tade prop. yes, suruh jangan tak suruh cuba!

      Delete

Tell me what you think