Sunday, May 18, 2014

#Latepost : Makan di D'Kayangan Buffet BBQ Steamboat sempena Hari Ibu 2014


Assalamualaikum...

Well, we managed to gather most of the siblings for Mother's Day tahun ni. Mungkin juga sebab tuah double celebration sempena Konvokesyen during the day (blog post about it read here). So malam tu pergi dinner beramai-ramai. It was a fun occasion ramai-ramai pergi makan steambaot buffet dekat D'Kayangan Buffet BBQ Steamboat.

Nak makan BBQ steamboat ni was originally idea Kak Ita, kalau pergi Seoul Garden usually small setting difficult nak get about 20 people to sit down together at one table. Bila google dan study sikit pasal tempat ni...rasa boleh la booked. From the fanpage nampak macam-macam pilihan makanan. Ada big round table. Tempat macam okay jugak (dari dalam gambar lah). Lepas tu, ada promotion for the first 50 customers during Mother's Day dapat kek "Hari Ibu". Adult RM33, kids 5 y/o above RM17. Abang besar belanja...laju je we alls makan..selera!! Semoga murah rezeki la ye abang besar. :-)

Some useful information kepada sesiapa yang nak pergi ke sana.

Location : Sri Acapella Service Apartment, GPS Coordinates N3.088301 E101.54794 Shah Alam
Hours : Mon-Sun 6pm -12am
Services : takes reservation and walk in customers
Other info: Cash only :-)

And oh yes, before I actually decided to book makan buffet ni, ada la baca review from other bloggers. One review by FatinSuhana yang femes tu was really macam nailed my decision lah. I pictured that it's going to be more or less macam apa yang dalam gambar dia. Can't deny she took good photos too.

Sekali.......

Hari tu agak kelam kabut, we all sampai tengok the reserved table was small round table written 11 pax. Masa called for booking I rasa ada cakap 3 kids and 11 adults. So we expect bila sampai tu table arrangement dah proper lah. But apparently that was not the case. Sedikit kecewa bila mintak setting new table, mereka bagi kita duduk dekat luar. Lepas tu, buat kerja tu macam endah tak endah. The girl yang jaga cashier tu didn't really inform us "Puan, table kita setup dekat luar ye since you all ramai". Not at all. Kesian my mom kena tunggu dan tertanya-tanya which I also tak ada jawapan. And my SIL pulak bawak her baby yang baru lepas habis pantang. Macam kurang sesuai lah dekat luar tapi malas nak kecoh so okay je la. Hujung sekali sampai tak ada bumbung dah. Luckily it was not raining.

Bila dah duduk dekat luar, tak de la plak signboard D'Kayangan BBQ Buffet Steamboat whatever nak posing for photos kan. Aisehmen. With running kids and all, boleh pulak lupa nak ambil gambar sekitar tempat makanan tu. Pilihan makanan memang banyak which I don't complain at all. Toilet pretty clean, surau pun ada kalau nak solat.

Tapi.........

We still cherish the good time of togetherness lah. Bila semua sampai, lepas dapat complimentary kek tu we all nyanyi ramai-ramai lagu "Ratu Hatiku" untuk mak. Cewahhhhh, first time kot ramai-ramai nyanyi macam koir! We had good time catching up, group photos, selfie and etc.



Happy Mother's Day to all mothers out there!

2 comments:

  1. Selamat hari ibu. Meriahnya ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..Memang meriah bila adik beradik dapat kumpul ramai-ramai.

      Delete

Tell me what you think