Tuesday, September 23, 2014

Resepi Paprik Sotong


Assalamualaikum...

This entry is in between my updates for Hong Kong Holiday. Apologize about that. I just have to update ni dulu sebab takut tak jumpa semula reference. I got this from Sajian Dapur Bonda. Boleh tengok entri untuk resepi yang sama di sini.

Masakan orang tak berapa nak rajin. Satu menu siap dah ada sayur. Heeeee... Oh ya, mesti nak cerita ni....daun limau purut dipetik segar dari kebun ciput depan rumah!

Ok jom tengok resepi.

Bahan-bahan:
8 ekor sotong - bersihkan dan potong //4 ekor je
3 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 batang serai - dihiris kasar //1 batang
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - diketuk //4 biji
1 biji cili merah- dihiris menyerong
1 biji tomato - dihiris panjang
1/2 biji cili benggala - dihiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang panjang, lobak merah, putik jagung (semua sayuran ini dipotong ikut suka) //kacang panjang, lobak merah dan putik jagung
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan atau sos sotong
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara Memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang bawang putih dan cili padi. Kacau sekejap
2. Masukkan cili kering kisar dan kacau sehingga garing sedikit.
3. Kemudian baru dimasukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan atau sos sotong, dan sotong. Masukkan lebih kurang 1 cawan air dan biarkan kuah mendidih sekejap.
4. Selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Masukkan lobak merah dulu, kemudian diikuti oleh sayur-sayuran lain.
5. Bila telah mendidih, masukkan hirisan bulat bawang besar, cili merah, cili bengggala, dan hirisan tomato. Rasa kuahnya, sekiranya perlu perisakan dengan gula dan garam. Kacau dan biarkan masak seketika.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Sebagai menu tambahan, goreng telur dadar + mayonaise!

No comments:

Post a Comment

Tell me what you think