Wednesday, February 24, 2016
Resepi (creamy) Pumpkin Soup
Assalamualaikum & Hi,
Lamaaaaaaa tak update blog ;-)
Sebelum terlupa resepi ni, baik saya save kat sini dulu untuk rujukan di masa depan. Got this recipe from my cousin. Never into a pumpkin before, tapi creamy pumpkin soup ni is exceptional. You have got to try!
Ingredients:
1. 1Kg Pumpkin ; unseeded, peeled and chopped into chunks
2. 1 potato ; peeled and chopped into chunks
3. 1 zuchinni ; chopped into chunks
4. 1 holland onion ; finely chopped
5. 1 clove of garlic; crushed
6. half teaspoon of dried oregano //can use the flakes one
7. 2 chicken cube or chicken stock
8. a pinch of black pepper to taste
9. Some water
10. chia seeds (optional)
11. fresh milk
Instructions:
1. Add all ingredients (from #1-9) except for chia seeds and fresh milk.
2. cook for few minutes will low heat, let it boil and don't forget to stir occasionally.
3. Remove from heat and you may want to wait for a while before transfer mixture into blender/food processor.
4. Blend it well.
5. Pour the mixture back into saucepan/pot - low heat.
6. One final step is to add some milk for more creamy taste. And chia seeds if you like.
7. Serve warm is at it best!
Tuesday, December 22, 2015
Pantai Klebang, Melaka
Assalamualaikum & Hi,
Bulan November hari tu lepas dapat result final exam budak-budak and hubby felt relieved sebab lulus assignment paper dia, kami pergi Melaka. Tidur semalam di sana. Kali ni tak pergi jalan-jalan kawasan town. But we spent the day at Pantai Klebang area. Ada pantai, kawasan macam padang pasir dan muzium kapal selam.
Kalau ada yang inginkan quick getaway bersama anak-anak, murah dan tak jauh sangat dari KL..... Melaka lah jawapan nya!
Jangan lupa cuba cendol bakar dan juga coconut shake! Original Klebang coconut shake yang dekat dgn futsal arena, sebelah dia ada petrol pam. Hari tu kami makan yang tak original dekat deretan Bustel tu. Jadilah...rezeki.
Friday, November 20, 2015
Sardin Roll / Roti sardin gulung
Assalamualaikum & Hi,
Kenapa lah susah sangat nak update blog secara konsisten? Sigh. Update yang pertama buat bulan November, hari ni dah 20 haribulan pun. huhuhuhu
Bila roti dah hampir expired, antara menu yang terlintas sardin roll ni lah. Kalau ada tuna mayonnaise, pun boleh buat tuna roll juga. Sedap buat minum petang bersama teh o panas!
Senang je nak buat sardin roll. Bahan dan cara-cara penyediaan seperti berikut:
Bahan-bahan
1 tin kecil tin sardin
1 labu bawang besar (dipotong)
beberapa biji cili padi (dihiris)
beberapa keping roti sandwich
sedikit perasa
sedikit minyak untuk menumis dan mengoreng
Cara-cara menyediakan inti
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dipotong sehingga naik bau.
2. Keluarkan sardin dari tin.
3. Masukkan sardin dan cili padi ke dalam kuali dan gaulkan sehingga hancur.
4. Masukkan perasa dan sesuaikan dengan cita rasa masing-masing.
5. Siap sudah inti sardin roll.
Cara-cara menggoreng sardin roll
1. Ambil roti sandwich dan tekan-tekan (guna sudu atau jari) sehingga menjadi mampat dan nipis.
2. Isikan roti dengan inti sardin yang telah dimasak.
**selain sardin, intinya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
3. Selepas masukkan inti, gulungkan roti dan sapukan hujung roti dengan bancuhan tepung gandum (gandum+air) atau telur bagi gam/ lekat gulungan itu supaya tidak terbuka ketika mengoreng.
4. Untuk lapisan luar roti yang telah digulung tu ada beberapa cara; samada celup roti dengan telur kemudian goreng/ celup telur kemudian golek dengan serbuk roti dan goreng/ goreng roti tu begitu sahaja.
**Jika tak nak goreng terus, korang boleh frozenkan dalam peti jadi roti sardin gulung segera dan boleh digoreng bila-bila masa.
reference: Ciktom.com
Thursday, October 22, 2015
Kuih seri muka atau pulut sekaya
Assalamualaikum & Hi,
Kuih tradisional apa yang menjadi kesukaan korang? Adam paling suka kuih seri muka. Bila mood makan seri muka, hari-hari nak makan lepas balik sekolah. Dah cuba beli di beberapa tempat, tapi yang dekat kedai runcit Khifarah tu lah yang menjadi pilihan. Jual dalam bekas plastik 4 ketul RM2.
Satu hari ni, tiba-tiba I jadi rajin nak buat kuih. Terfikir nak surprise kan adik beradik tu nak buat sendiri kuih seri muka. :-)
Lepas belek-belek resepi, I pilih resepi Mat Gebu tapi skip part bunga talang tu. Dah dapat resepi baru pergi beli daun pandan (5 keping 50sen tau), santan dan beras pulut susu. Alhamdulillah sekali buat terus jadi. Memang puas hati!
Jom tengok resepi.
BAHAN-BAHAN LAPISAN PULUT
350 gram pulut, cuci dan rendam 1 jam (che mat guna pulut susu) //guna pulut susu juga
200 ml santan cair
1 camca teh garam
1 helai daun pandan, kerat 4
30 kuntum bunga telang //skip this part, tak letak
BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS
300 ml santan pekat
4 helai daun pandan
180 gram gula pasir (che mat guna 150 gram) //guna 180gm sebab suka manis
4 camca teh tepung jagung
3 camca besar tepung gandum
3 biji telur gred A
Beberapa titik pewarna hijau makanan, jika suka (che mat tak letak) //tak letak
CARA MEMBUATNYA
UNTUK BAHAGIAN PULUT (BAHAGIAN BAWAH):-
1. Panaskan kukusan, sediakan loyang bulat 9 inci, alas dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan. Plastik biar besar sedikit, atau boleh juga guna daun pisang.
2. Letak pulut dalam loyang, ratakan. Susun daun pandan.
3. Bancuh santan dan garam, kacau rata. Tuang dalam loyan berisi pulut tadi. Kukus selama 20 minit.
4. Keluarkan pulut dari kukusan. Buang daun pandan. Kemudian dikareh atau gemburkan. Sambung kukus selama 5 minit lagi. Kemudian keluarkan dari kukusan, tekan pulut tadi hingga padat. Ketepikan sebentar.
UNTUK BAHAGIAN ATAS (BAHAGIAN KASTARD)
1. Kisar santan dan daun pandan hingga lumat, tapis dan perah untuk mendapatkan santan-pandan.
2. Dalam satu bekas, masukkan gula dan telur, kacau dengan whisk hingga gula larut.
3. Tuang santan-pandan dan kacau rata.
4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
5. Gaul hingga semua sebati.
6. Tapis bancuhan ke dalam bekas tahan panas, jika gunakan pewarna hijau, boleh masukkan sekarang dan kacau rata.
7. Masak atas api kecil sambil dikacau sentiasa hingga naik wap (bila bancuhan kelihatan pekat). Matikan api dan tuang ke dalam loyang berisi pulut tadi.
8. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus 30 minit dengan api sederhana hingga kuih masak.
9. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong..
Friday, October 16, 2015
Resepi Churros
Assalamualaikum & Hi,
Dah pernah makan Churros? Hehehehe... since late last year kot macam trending pulak Churros ni. I had my first churros dekat ZAWARA coffee Shah Alam just recently. huhuhuhu..I know, not so trendy me kan? 10 keping RM10 kot harganya. :p Itu pun kawan belanja. Hehehe.
Apa benda Churros ni? Macam cakoi ke? Baru tahu, sebenarnya it's a snack popular dekat Spain, France and the Philippines.
Since recently datang angin sepoi-sepoi bahasa rajin memasak.....so I thought, why don't I try to do it myself. Ya Churros!
Banyak resepi sebenarnya kalau google. Tapi I pilih this one from Papamedia. 2 sebab utama; gambar cantik! dan ada step by step. Sangat helpful untuk I yang kelabu asap bab memasak ni.
Okay let's save the recipe here for future reference.
Bahan-bahan ( 2-3 org )
• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 1 1/4 cawan tepung gandum ( boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka )
• 1 biji telur – size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter
Cara-cara:
1. Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.
2. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)
3. Terus masukkan telur dan kacau sebati.
4.Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan (boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)
5. Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.
6. Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
7. Taburkan gula icing + cinnamon powder (or cinnamon sugar) atau terus saja celup ke dalam coklat cair (Nuttela pun boleh). Nyumm !!
note: nak tabur gula icing tu boleh pakai penapis ya. baru nampak cantik taburan dia..macam snow ;-)
Wednesday, October 7, 2015
Resepi Pie Ayam
Assalamualaikum & Hi,
Update pertama untuk bulan Oktober! Semenjak dua menjak ni memang agak rajin mencuba masakan baru. Salah satu nya pie ayam atau chicken pie ni lah. Seumur hidup, baru first time cuba. Sekali buat terus jadi..mesti lah happy kan! Egegeggegege...
Dalam rumah ni, yang suka cheesy food cuma myself dan anak sulung I si Adam. Bila buat chicken pie ni hari tu, kita orang kongsi dua orang je! Puas makan..heheheh..
Ok jom tengok resepi. I got the resepi dari facebook page Shiela Rusly. Satu hari tu tengah syok browse sekali lalu dekat wall resepi ni, bila go further rupanya dari page Shiela Rusly! . Macam menarik je tajuk nya...sekali tengok bahan2 pun semua siap ada di rumah. Cara2 dia pun senang je kot even untuk amatur macam I ni.
Bahan-bahan:
3 biji kentang
1/4 kiub ayam
1/4 cawan susu segar
1 tiub ayam kisar ramly
1/2 botol sos spaghetti adabi \\ I pakai brand lain sedap jugak hasil nya
2 sudu cili sos
Garam & serbuk lada sula secukupnya
1/2 bawang holland atau bawang besar
Mozarella cheese secukupnya, lebih banyak lagi sedap!
Cara-cara:
1. Rebus kentang dan kemudian lenyekkan.
2. Campurkan kentang yang telah dilenyek tadi bersama kiub ayam, lada sulah dan susu segar kemudian ketepikan.
3. Goreng bawang, ayam kisar, sos spaghetti, sos cili dan garam secukup rasa
4. Masukkan bahan2 yang telah digoreng tadi ke dalam loyang. Ratakan kentang di atasnya kemudian taburkan cheese.
5. Bakar hingga cheese cair sahaja. Tak perlu lama sangat sebab semua bahan telah dimasak.
Sedia untuk dihidang! Yummsssssss....
Sunday, September 27, 2015
Buat sendiri air soda herbs
Assalamualaikum & Hi,
Sejak joined FB public group Masak Apa Hari Ni (MAHN), macam-macam lagi resepi dah cuba. Browse Facebook pasal resepi lagi berfaedah dari update yang ntahapahapa kekadang tu kan?
Untuk rujukan pada masa akan datang dan juga sebagai tanda resepi ni sudah dicuba, therefore I'm updating it here.
Kalau mengikut carian google, air soda herbs ni popular dekat William's Corner. I never tried before, lama dah tak pernah pergi William's pun. When I looked at the ingredients memang dah tahu sedap air ni, so lets see bahan-bahan dan cara-cara penyediaan air soda herbs ni.
Bahan-bahan:
- lemon
- 2-3 batang serai
- daun pudina
- buah laici (boleh guna laici dalam tin)
- Asam Boi
- Ice Cream Soda
- Ais/Air Batu
Cara- Cara:
-Lemon dihiris nipis.
-Serai dititik.
-Masukkan semua bahan-bahan dalam bekas/botol/jug.
Sedia untuk di minum! Bismillah....
Saturday, September 26, 2015
Taman Safari Indonesia (Day 4)
Assalamualaikum & Hi,
Yes, we made it to Taman Safari Indonesia. Memang best lah pergi sana. Kids especially were so excited sebab dapat first hand experience feeding the animals including zebras and camels! Imagine that...
Untung lagi hari tu bila tiket masuk, orang dekat counter tu kira harga tiket kita macam orang local. Seorang harga tiket IDR150 000. Kalau di ikutkan untuk yang berumur 6 tahun dan ke atas, harga IDR300 000 for international visitor. Hehhehehe..rejeki!
Useful Information:
Jalan Raya Puncak 601
Cisarua Bogor 16750
Indonesia
Tel: (+62251) 8250000
Fax: (+62251) 8250555
info@tamansafari.com
Opening Hours:
9.00am to 17.00pm daily
(Last ticket sale at 4.30pm)
Opening Hours:
9.00am to 17.00pm daily
Kalau nak pergi, jangan lupa beli dulu carrot atau makanan untuk binatang yang dijual sebelum masuk ke dalam safari. Kat tepian jalan tu nanti ramai penjaja menjual. Nanti, lepas bayar tiket masuk kita akan menyusuri taman safari sebelum sampai ke Amusement Park. Masa tu lah segala binatang kita boleh tengok. Yang merbahaya macam harimau, singa tak boleh lah buka tingkap kereta. But the rest yang tak merbahaya kita boleh wind down sikit tingkap nak bagi dia makan. Heeee some of the animals akan datang jilat-jilat tingkap. Jadi jangan pulak terlebih berani sua muka. Egegeggegege..
Kami naik kereta gantung atau nama lain nya sky lift. Best jugak pengalaman tu, tengok topview sekitar kawasan amusement park.
Sempat tengok various animal show. Lepas habis show naik beberapa rides di sana. Family ride pun ada macam rumah hantu, bumper car, floating boat and few more.
Please expect at least 4-5hours to be spent inside there (from entrance till exit). On the way back, we had late lunch at Rumah Makan Bumi Aki. Do go there if you like Sunda food and scenic view from top of the hill.
Friday, September 25, 2015
Rendang ayam sempena Aidiladha
Assalamualaikum & Hi,
Lepas subuh semalam baru datang mood nak masak rendang. Ayam memang dah ready defrost. Serai dengan daun limau purut ambil dekat dalam pasu depan rumah je. Cuma daun kunyit tak ada! Pokok yang dalam pastu tu mati, tak buat semaian baru. Redha je lah rendang tak ada daun kunyit walaupun rasa tak lengkap.
Mujur dapat bantuan encik husband. Dia pakar jugak masak-memasak ni. Kalau harap kan I sorang, belum tentu dapat makan rendang kami sekeluarga. Walaupun husband tak payah nak rujuk-rujuk resepi sebab semua dalam kotak kepala dia je, I still need to refer to one. Kali ni, I rujuk resepi dari Sajian Dapur Bonda. Sebetulnya I nak buat rendang yang warnanya hijau pakai cili padi. Tapi hasilnya tak sama lah. But anyhow sedap jugak hasil air tangan I (credit to encik husband juga).
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
1 paket (320ml) santan sawit KHALIS //i pakai santan kelapa, agak-agak dalam 2 cawan kot
4 cawan air //agak-agak jugak
4 helai daun kunyit – dihiris kasar //tak letak
3 – 4 helai daun limau purut - disiat
2 – 3 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
3 senduk nasi kerisik
2 sudu besar gula perang // gula biasa
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan dikisar halus:
15 biji cili padi hijau //7-8 biji je takut pedas sangat
15 biji cili padi merah
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas //lengkuas tak ada
2 inci kunyit hidup
6 batang serai – dihiris
5 biji buah keras
Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.
Cara-cara :
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut
3. Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
4. Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).
5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik (opysen). Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.
Wednesday, September 23, 2015
Kuntum Farm Field in Bogor (Day 3)
Assalamualaikum & Hi,
Day 2 in Bogor we went to Kuntum Farm Field. From Horison Hotel about 15 minutes driving. This place is liken to Farm in the City, Seri Kembangan. It's the kind of place my kids love to go. The area is quite big, we didn't go around all over.
Nothing much to update, I am not fond of this kind of place though. :D Luckily I brought together my pen and paper. So managed to do tearing of paper into animal shape, lettering and take some pictures. heheheh.
Tuesday, September 22, 2015
Aktiviti di Jakarta dan Bogor - Day 1 & 2
Assalamualaikum & Hi,
Day 1
Flying with Malaysia Airlines, they gave kids meal. Adam and Idress got themselves activity books. That kept them occupied for a while doing the word search and some writing.
Jakarta is one hour behind. We reached there 6.45pm local time. It was already dark. Malam tu kami tumpang tidur di rumah kawan. Save budget tak perlu sewa hotel :-)
Alhamdulillah, jalan tak lah 'macet' teruk. Reached home, ordered home delivery food; nasi putih, gurame goreng, begedil, tauhu and some other local dishes tak ingat nak sebut. Hehehhe.
Lepas makan, ada tukang urut datang rumah. Sesi urut dalam 2 hours for IDR150 000. Lebih kurang RM45 duit kita. Bila dah siap urut it is almost midnight, masa untuk tidur. Esoknya pagi-pagi nak berangkat ke Bogor.
Day 2
We had pisang goreng pasir (di goreng menggunakan pasir sebagai medium pemanas) and gehu pedas! Interestingly the gehu pedas you have to eat in sequence. Gigit cili padi, a bite of tauhu and eat the pulut. Wow..memang ketagihan! Bener dong...
Sampai di Bogor kurang lebih 1.5 hours, we checked in straight to Horison hotel.
Next we went for lunch at De' Luit. We can't be frugal when it comes to eating expenses since travelling with the kids. Nanti kalau makan kat stall tepian jalan tu takut sakit perut pulak.
After lunch off we went to Kebun Raya Bogor. The supir whom not a local from Bogor (from Jakarta), was not well verse with the whereabouts. Sesat! Wasted our time. But anyhow, Alhamdulillah we finally reached the place.
Dinner at Bakul-bakul also another restaurant nearby our hotel just within walking distance. Idrees dropped a glass full of strawberry drink. We have to pay additional IDR15000 (around RM4.50) but they kindly replace the drink for free. Of course the juice more expensive around IDR 21000.
Stay tune for Day 3 onwards... :-)
Percutian ke Jakarta dan Bogor 6D5N
Assalamualaikum & Hi,
Cuti sekolah belum pun bermula tapi kami telah mengambil cuti terlebih awal. Hari Selasa yang lepas bersamaan 15hb pukul 5.45 petang, bermulalah kembara Jakarta-Bogor. Tujuan asal mengikut encik husband yang ada urusan. Sambil itu dapatlah kami sekeluarga melawat sekitar Bogor.
Kids memang cuti sekolah sempena darurat jerebu. Hari Rabu pula Hari Malaysia. Khamis dan Jumaat mohon cuti dari pihak sekolah.
Flight ticket kalau beli last minute memang agak mahal dari biasa. Jadi perlu rancang perjalanan dengan sebaik mungkin supaya bajet tak burst. Tambahan pula apabila membawa anak kecil bersama.
Kali ni, arrangement untuk supir dan penginapan tidak diaturkan sendiri. Kami guna khidmat nasihat kawan suami yang memang mahir dengan kawasan sekitar Jakarta dan Bogor. 5 hari perkhidmatan bayaran supir sebanyak IDR 2.5 Juta
Agenda lebih kurang seperti di bawah:
Day 1:
Arrived in Jakarta 6.45 local time
Dinner
Home service Pijat (massage) - at friends' house, rate IDR 150 000 for about 2 hours
Day 2
8am Breakfast
9am Journey by car from Jakarta to Bogor
11am Check in at Horison Hotel
1pm Lunch & Solat
3pm Kebun Raya Bogor
7pm Dinner & Solat
8pm Botani Square
Day 3
8.30 am breakfast
10 am Kuntum FarmField
1pm Lunch & Solat
3pm Factory Outlet
7pm Dinner & Solat
Day 4
8.30am Breakfast
10am Taman Safari Indonesia
3pm Lunch & Solat
4pm Factory Outlet along way back to hotel
8pm Dinner & Solat
Day 5
8am Breakfast
9am Attending Kenduri kahwin akad nikah
1pm Lunch & Solat
2pm free & easy
6pm Attending kenduri kahwin reception
Day 6
8am Breakfast
10am Tanah Abang - Block A & B
11am Thamrin City
2pm Lunch & Solat
3.30pm Airport
Menyusul adalah entri yang berkaitan dengan tempat menarik ketika di Jakarta & Bogor. Insya Allah. Stay tune!
Monday, September 14, 2015
Resepi Cream Puff dengan sos kastard
Assalamualaikum & Hi,
Petang tadi teringin nak makan yang manis-manis buat minum petang. Nak cuba buat sendiri. Nak keluar beli, API hari ni tinggi sampai 163!!! Google punya google cari resepi apa yang berkenan. Found this cream puff dengan sos kastard resepi dari blog Cik Epal. Dia dah buat tahun 2012, I tahun 2015 baru terhegeh-hegeh nak cuba. hahahahha..
anyway jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat cream puff ni.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (150g) diayak
secubit garam
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
1. Masukkan butter dan air dalam periuk. Didihkan atas api sederhana. Bila butter dah larut dan sedikit mendidih, masukkan tepung gandum tadi.
2. Kacau laju-laju sampai tepung tu tidak melekat pada periuk. Macam jadi doh nak buat roti. Kemudian boleh ditutup api.
3. Ketepikan adunan dalam bekas lain.
4. Masukkan telur sebiji-sebiji sampai habis 4 biji telur. Terukan mengacau adunan.
5. Masukkan Esen vanila dalam adunan
6. Sediakan loyang yang dialaskan dengan parchment paper/ aluminium foil dan dioles dengan butter.
7. Guna piping bag + nozzle untuk bentuk cream puff yang bulat comel. Kalau tak ada, boleh guna sudu sahaja.
8. Jangan lupa panaskan oven dulu. Cream puff sedia untuk dibakar dalam oven selama 25 minit, 200C api atas dan bawah, tray letak tengah.
note: mine was not a successful one sebab cream puff bantant/runtuh/penyek. Kena cuba lagi next time. Don't know what went wrong. Rasa okay je cuma rupa agak sedih la.
Bahan-bahan untuk sos kastard:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan fresh milk
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar gula
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau sebati atas api sederhana.
3. Sampai sos dah pekat boleh tutup api.
Cadangan hidangan
1. Potong cream puff (jangan sampai terbelah dua) untuk isi sos kastard di tengah2.
2. Tabur kan icing sugar.
Selamat Mencuba!
Saturday, September 5, 2015
Resepi donut tanpa yis
Assalamualaikum dah Hi,
Lama dah tak bersiaran. Tetiba rasa nak kena update resepi dekat blog ni supaya boleh refer lagi di masa depan! Semalam, teringin nak makan donut. Mak ada dekat rumah. Ala2 nak tunjuk la sikit dekat mak, actually anak dia ada usaha lah nak siapkan minum petang ke apa ke. Tak ada lah asyik beli kedai je.
Bila cari2 resepi, rupanya nak buat donut kena pakai yis. Sayang nya yis memang tak ada dekat rumah. Nak keluar beli, malas. Alang2 beli yis nanti pegi beli kuih siap untuk dimakan pulak. Hehehhhe.. Google lagi, nampak ada resepi donut tanpa yis dekat blog Faa Rosli. Wallaaaaa!!!
Jom cuba...
DONUT TANPA YIS / CHINESE DOUGHNUT
Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1/2 sk garam halus
2 1/2 sk baking powder
1/3 cwn butter
3/4 cwn susu segar
minyak untuk menggoreng
gula castor untuk salut donut - faa guna gula icing //kita pun pakai gula icing juga
Cara-cara
1. ayak tepung, garam n baking powder.
2. masukkan butter ke dalam bahan ayak. gaul menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti bread crumbs (tiada ketulan besar)
3. masukkan susu segar dan uli hingga menjadi doh besar.
4. bahagikan kepada ketulan kecil dan bentukkan bulat dan leperkan.
5. panaskan minyak menggunakan api sederhana besar. //pastikan api betul2 panas baru mula menggoreng
6. goreng hingga kekuningan, angkat toskan dan gaul dengan gula.
7. hidang dan siap untuk dimakan.
Thursday, July 2, 2015
Resepi Triple Choc Brownies yang fudgy dan sedap
Assalamualaikum dan Hi,
Heeeee..jom baking2 lagi! Dua hari berturut merasmikan oven Butterfly beli dari Lazada. Kelmarin buat semperit dahlia, lepas tu ni pulak Triple Choc Brownies.
Masa sembang-sembang dengan rakan baker yang seasoned, dia ada sebut Anna Olson. Kata dia bukan senang nak ikut resepi minah baker otai teramat yang sorang ni. Dalam fikiran I, sapa jugak lah Anna Olson ni. Tak pernah dengar langsung! Tiba-tiba masa refer resepi The Photographer who loves to cook (Eny Abdullah), she mentioned the recipe diceduk dari Anna Olson tetapi telah diubah suai mengikut bahan-bahan yang ada di Malaysia. Waaaahhh what a coincidence kan.
Resepi by Anna Olson HERE
(Untuk ukuran acuan 4 segi 8 x 8 inci)
Bahan-bahan :
300gm Dark Chocolate (coklat gelap) - Saya pakai jenama Beryls - Jangan pakai coklat susu sebab manis
100 gm butter - saya pakai jenama Anchor //I pakai SCS unsalted
100 gm gula
3 biji telur size A
1 tsp esen vanilla
125 gm tepung gandum
1/4 cawan chocolate chips
1/4 cawan white chocolate chips (coklat putih)
1/2 tsp garam
Jika suka boleh tambah walnut dan almond cincang kedalam adunan.
Cara-cara :
1.Panaskan oven suhu 160C
2.Potong coklat bar dan butter kecil-kecil dan cairkan keduanya sekali dengan kaedah double-boiler sehingga cair sepenuhnya. Angkat dari api.
3.Masukkan gula, kacau sebati.
4.Masukkan esen vanilla
5.Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji masuk, kacau dan kemudian masuk sebiji lagi. Buat sehingga habis. Kacau sekejap je pakai senduk.
6.Masukkan tepung dan garam. Kacau rata tapi jangan over mix.
7.Masukkan chocolate chips. Simpan sedikit untuk tabur diatas
8.Tuang dalam acuan yang digris dan kemudian diletak kertas alas (parchment paper). Kertas alas bagi lebih sikit keatas supaya senang nak tarik brownies dari acuan.
9.Tabur lebihan chocolate chips diatas. Boleh juga tambah walnut atau almond.
10. Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit atau sehingga cucuk cake tester keluar bersih. Jangan terlebih masak sebab nanti agak kering dan tak sedap. Kena moist sikit baru sedap
note: bergantung pada oven masing-masing sebenarnya. I set my oven 150C untuk 35 minit sebab takut terhangit. Bila abis masa test the cake, elok je. Tengah2 tu ada sikit moist. Oh ya, tunggu sejuk sikit brownies tu baru potong. Kalau potong masa panas2 nanti out of shape plak, pecah2.
hasilnyaaaaaa........yumss

![]() |
![]() |
Tuesday, June 30, 2015
Kuih Semperit sedap resepi dari Che Mat Gebu
Assalamualaikum dan Hi,
Semalam rasmi oven baru beli dekat Lazada.com.my Jenama Butterfly. Tak pernah dengar pun jenama ni sebelum ni. Beberapa jenama lain yang kawan-kawan recommended semua berharga RM300++. Harga dah naik katanya sebab masa mereka beli baru dalam RM200++. Yang Butterfly ni RM128 sahaja 19L, ada baking dan grill tray dengan semua basic function untuk oven. Lepas congak-congak, angkat jugak Butterfly ni. Kalau hanya hangat2 tahi ayam pun, simpan masuk setor tidak lah rasa ralat sangat (ayat memujuk hati).
Selalu kalau resepi, memang senang rujuk Che Mat Gebu di www.tiffinbiru.com. Untuk resepi kuih ni pun I rujuk kat sana juga. Kalau ikut gambar kuih semperit tapi CM panggil biskut dahlia.
BAHAN-BAHANNYA :
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) // I beli SCS salted
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose) //pakai esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :
1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
note: since Oven I ni kecik molek je, bila letak dekat 175C tu agak hangit. So I maintain suhu around 160C sahaja. Dalam tray tu ada 30 pcs biskut bersaiz sederhana. Api atas bawah untuk oven tu. Letak dekat 2nd tray level dari bawah.
Untuk first time buat, not bad lah kan..cantik je sebelum masuk oven
Yang ni batch yang ke-3 dah. Baru lah nampak semenggah sikit kalau nak hidang kat orang tak malu. Elok je rupa dia.
Yang ni nak tunjuk jugak. First batch yang agak hangit. Tapi hubby kata cair di dalam mulut, still sedap! Alhamdulillah.

Sunday, June 7, 2015
Sungai Palas BOH Tea Centre, Cameron Highlands
Assalamualaikum & Hi,
Nak sambung cerita pergi Cameron Highland hari tu. Boleh baca post asal kat sini. First stop masa sampai hari tu dekat sini lah. Sungai Palas BOH Tea Centre. Kalau dari Simpang Pulai, memang sampai sini dulu baru Pekan Brinchang.
Time kitaorang sampai tu tak lah pagi pun. Dah hampir tengahari. A friend told me, she went there early morning dan boleh nampak pemandangan yang memang superb Masya Allah. But honestly, at that time nak tengahari pun we thought the scenery cantik sangat.
One thing about coming here, please expect that you might need to climb up the hill to get to the top Tea Shop and Tea Factory. Hari tu there were guards who directed all cars to park at the allotted parking lot dekat bawah. Jadi, pakat-pakat lah berjalan kaki naik ke atas. Kalau dah sangat lapar atau tak larat nak jalan, very bad idea!
The same friend who told me about the scenic view, she did mention about breakfast like a king up there. Oh boy, mana adaaaaaa! Such a limited choice of food. And of course mahal dari biasa. Don't expect to get fresh tea brewed before your eyes. Dia bagi kat kita yang dalam tea bag tu lah. Hehhehehe..All four of us just shared scone sebijik, 2 pack of sandwiches. Drinks for each one of us. That's already ~ RM50.
Lepas makan, we strolled along the area lepas tu masuk Tea Factory. We took some photos...siap then turun nak balik pergi parking using different route lalu dekat ladang teh.
More photos taken dekat bawah, ohh wow, rasa macam model Teh Boh. Tersengih2 happy. Please spare a selfie stick in case tak ada orang lain yang boleh tolong ambilkan gambar family. Make sure your camera/handphone is fully charged. :-)

Sunday, May 24, 2015
Idea jalan-jalan cuti sekolah: Cameron Highlands 2H1M
Assalamualaikum & Hi,
Bulan lepas ada kawan encik husband bertunang. So happen dia orang Cameron Highlands, tunang dia pun orang sana. Lamaaaaaa dah teringin nak pergi sana. Last pergi dulu masa Adam masih kecik. Guess, just nice if we could go there again. Dah nak jadi rezeki, sampai lah kami ke Cameron Highlands pada 25/4 yang lepas. Thank You Allah!
Memang short trip lah pergi hari Sabtu balik hari Ahad. I remember last time pergi ikut jalan Tapah tu memang berliku2 sampai muntah! Yes, Mami yang muntah. Kali ni naik ikut Simpang Pulai.... pening2 lalat je. Tak muntah. Happy! Sampai atas boleh breakfast terus dekat Sg. Palas Boh Tea Centre tu.
Since this entry just an introductory, I let you know first our itinerary untuk 2 hari 1 malam ni. Since masa pun singkat, we chose not to rush tak terkejar-kejar. So memang tak ada banyak tempat untuk dilawati masuk dalam list. Lebih kepada tempat untuk dinikmati atau pun dihargai!
Note: Dalam itinerary tak ada pergi kenduri pertunangan tu adalah disengajakan.
I will write in separate entry for places of interest in Cameron Highlands that we went:
1. Sungai Palas Boh Tea Centre
2. SmokeHouse Hotel
3. Pasar Malam Brinchang
4. Glory 78 Steamboat
5. Strawberry picking at Big Red Strawberry
Till next post. Sabaq naaaaaaa ;-)

Saturday, April 4, 2015
2D1N dekat Sri Damai Clearwater Sanctuary Golf Resort - best!
Assalamualaikum & Hi,
Hari tu ada update pasal shot getaway ke Batu Gajah, Perak. Boleh baca dekat sini. Kami stay kat resort ni lah. RM198 semalam for weekend rate (the rate that we paid). We have been told kalau week day dalam RM139 kalau tak silap.
Some info if you are interested
+60 5-366 7433
Lot 6019, Jalan Changkat Larang, Batu Gajah, 31000, Batu Gajah, Perak, 31000, Malaysia
Banyak aktiviti boleh buat dekat sini. Kami sampai dalam pukul 2 lebih macam tu. Freshen up sebelum keluar semula nak beli umpan (have to buy separately). Fishing rod boleh pinjam tapi kena bayar deposit RM50 untuk setiap satu fishing rod. Bila pulangkan nanti dapat balik lah duit tu. Boleh fishing from balcony of the chalet. Make sure you inform the reception prior selecting the room kalau ada niat nak fishing. Sebab the other row yang facing tasik penuh teratai tu tak dapat nak memancing pun.
Dah dekat maghrib memancing, syukur dapat juga seekor ikan. Happy budak2 tu especially Adam because he was the one who caught the fish. Yeah, not even his daddy. Kembang la sekejap budak sorang tu!
Balik bilik lepas memancing we took turn to shower. Selesa bilik air pun. Spacious. Ada shower, ada tempayan. Air kuat dan sejuk. The room is big too. Ada day bed. So Adam jadikan day bed as his crib. Adik menyempit with us on the King Size bed. View facing the balcony, and from balcony to see teratai dalam tasik madu...... memang aman sangat!
We had dinner dekat Restaurant dalam resort tu. Ada variety of choices. Only 4 of us customer kat situ malam tu. Rasa privileged sangat. I was sure my husband didn't book the whole place for us! :p Makanan dia sedap. Portion tak marah tak kedekut. Harga, macam fine dining dekat KL/Subang ni lah. E.g. Pasta ~RM20
All of us had good sleep. Tak creepy nasib baik. We read review kata the place is a rundown, kami tak setuju. Because it's in good condition and nice place!
Esoknya lepas breakfast, we went for morning walk, cycling and archery. We didn't have to pay extra to use the facilities. Basikal free. Main archery tu baper shot pun free siap ada instructor. Well to sum it up, everybody enjoyed the stay and we think it was really worth the experience and money!
p/s:You can do other activities too; paddling, golfing, table tennis, tennis, badminton, swimming and bird watching.

Tuesday, March 31, 2015
Jalan-jalan ke Batu Gajah, Perak
Assalamualaikum & Hi,
Never underestimate this place. Macam tak ada apa kan? Dulu masa study dekat UTP ada lah sekali dua tersesat kat sini pegi isi minyak kot. Masa bercinta dengan ex-boifren (now husband ku sayang) ada jugak sekali dia bawak pergi Kellie's Castle tu. Tapi tak pernah terfikir Batu Gajah has more to offer!
Let me suggest you this itinerary.
Accommodation
At least spend one night stay dekat Sri Damai Clearwater Sanctuary Golf Resort. Will have separate entry for this nanti. For now, cukup kalau I recommend you all to bring along your swimming suit, sports attire, Badminton/Tennis racquet, fishing rod ( & its accessories) and of course your golf set! There a lot of recreational activities you can do here. Dah la percuma most of it. Please gooooo! Just like they said "never a dull moment". :-)
Activities
Outside of resort, boleh explore Kellie's Castle, Masjid, temple, dan Taman Herba. We didn't go to Taman Herba. Masjid pun tak sempat. Temple sempat berhenti tepi jalan je nak tangkap gambar. But we went to Kilang Kicap. Lawatan sambil belajar. It was something new!
Dalam resort, abundance of choice! Pilih la aktiviti apa yang nak buat. From fishing to Golfing to paddling to cycling and lots more!
Makan2
This one not too sure. Tapi kedai dekat town banyak. And nearby the resort pun ada jugak stalls boleh beli laksa ke, mee rebus and the like. We had dinner dekat dalam resort, sedap. Harga macam fine dining lah kalau dekat KL/Subang ni kan.
p/s: If you want to have a holiday di suatu tempat yang tenang, relaxing, tak crowded, privileged, harga mampu milik..... I'd suggest you go here. Insya Allah you will find it worth the money and time spent.

Subscribe to:
Posts (Atom)